Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TABUNG HAJI ANJUR PROGRAM BERTADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

KUALA LUMPUR, 2017-06-03 - Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan ‘Program Tabung Haji Bertadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Kelab TaHa 2017’ bertempat di Bangunan Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. <br /> <br /> Program ini dijalankan secara serentak yang melibatkan 700 orang ahli Kelab TaHa dan TaHa@U serta 918 anggota TH seluruh Negara.<br /> <br /> Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Majlis turut dihadiri oleh Al Fadhil Ustaz Syeikh Muhammad Abdunnabi, Pensyarah Maahad Qiraat Universiti Al-Azhar, Mesir yang turut menyampaikan ceramah khas bagi melengkapkan program itu.