Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT TH KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

SELANGOR, 2017-03-10 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM15,130,379.28 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Selangor dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Pembayaran zakat TH bagi negeri Selangor ini mencatat peningkatan sebanyak 2.65% berbanding RM14,739,426.67 (2015).

Zakat ini dipersembahkan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.