Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT KEDAH

LANGKAWI, 2017-03-24 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM4,181,741.95 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga
Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis ringkas di Masjid Riyadzussolihin Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amiruldin, Ahli Lembaga Pengarah TH. Pembayaran zakat bagi negeri Kedah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.68% berbanding RM4,072,689.90 (2015).