Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT TH SARAWAK 2016

KUCHING, 2017-04-07 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM1,030,264.85 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri, Kuching, Sarawak, hari ini.

YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH menyerahkan Zakat TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pembayaran zakat bagi Negeri Sembilan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.02% berbanding RM1,009,905.14 pada tahun 2015.