Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH TERIMA SIJIL KETUA AUDIT NEGARA

KUALA LUMPUR, 2017-05-12 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan TH 2016 daripada YBhg Tan Sri Dr. Ketua Audit Negara semasa sesi mesyuarat Exit Conference untuk Penyata Kewangan TH 2016 di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Audit Negara.

Turut hadir di dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Timbalan Pengarah Audit Negara, Barisan Pengurusan TH serta Pegawai-Pegawai Audit Negara.