Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PERPINDAHAN PEJABAT TH KUALA PERLIS KE PADANG BESAR

PERLIS, 2017-05-19 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Perasmian TH Padang Besar sebagai usaha memberi perkhidmatan lebih cemerlang kepada para pendeposit di Daerah Padang Besar, Perlis dan sekitarnya. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Khairi bin Hassan, Exco Agama Negeri Perlis mewakili YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis.

Perpindahan pejabat Kuala Perlis ke Padang Besar ini disebabkan jumlah penduduknya yang lebih tinggi. Ini akan memudahkan para penduduk Padang Besar untuk melaksanakan urusan simpanan dan haji masing-masing.

Perpindahan ini membuktikan TH sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Islam selaras dengan visinya menjadi tonggak kejayaan ekonomi ummah. Selain daripada memberikan akses terbaik, ia juga memenuhi keperluan dan permintaan para pendeposit di kawasan sekitar.