Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

200 ASNAF MENERIMA SUMBANGAN MENERUSI PROGRAM EHSAN TH SELANGOR

SELANGOR, 2017-06-06 - Program Ehsan adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH yang dilaksanakan bersempena bulan Ramadan untuk membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya daripada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negara.

Salah satu negeri yang terlibat dalam Program Ehsan tersebut adalah Negeri Selangor dengan jumlah sebanyak RM100,000 yang diagihkan kepada 200 asnaf. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Turut dihadiri oleh YB Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, para pegawai TH serta keluarga penerima.