Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PROGRAM EHSAN TH PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SARAWAK, 2017-06-06 - Bersempena bulan Ramadan, Tabung Haji (TH) menganjurkan Program Ehsan TH di mana 140 orang asnaf fakir miskin Negeri Sarawak menerima sumbangan sebanyak RM70,000 di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu, Sarawak.

Program ini menjadi platform utama bagi TH untuk berinteraksi dengan para penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat.

Perasmian program ini dilakukan oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH.