Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

SUMBANGAN KEPADA 164 ASNAF MENERUSI PROGRAM EHSAN TH

PAHANG, 2017-06-07 - Bersempena bulan Ramadan, Tabung Haji (TH) menganjurkan Program Ehsan TH di mana 164 orang asnaf fakir miskin Negeri Pahang menerima sumbangan sebanyak RM82,000 bertempat di Dewan Sek. Men. Maran 2, Maran, Pahang.

Program ini menjadi platform utama bagi TH untuk berinteraksi dengan para penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat.

Perasmian Program Ehsan Pahang ini dilakukan oleh YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor, Ahli Lembaga Pengarah TH.