Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

MAJLIS PENGURNIAAN ZAKAT DAN SANTAPAN BERBUKA PUASA

KUALA LUMPUR, 2017-06-17 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Zakat dan Santapan Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim/tahfiz asnaf dibawah kelolaan TH di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim.

Pengurniaan zakat berjumlah RM90,000 (RM150 seorang) kepada 600 anak-anak yang berumur 10 -17 tahun dari sekitar Lembah Kelang. Majlis yang dianjurkan julung-julung kali di Istana Negara ini atas keprihatinan KDYMM SPB Tuanku Agong terhadap kebajikan anak-anak yatim/tahfiz asnaf.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah TH, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli Jawatankuasa PERKAYATIM, Pengurusan Kanan serta anggota TH.