Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

THiJARI 2.0 DILANCARKAN BAGI KEMUDAHAN PENDEPOSIT DAN JEMAAH HAJI

KUALA LUMPUR, 2017-07-10 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 semasa Majlis Lebaran Aidilfitri bersama Anggota-anggota di Bangunan TH, Jalan Tun Razak.

Menyedari jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang dijangka mencecah sehingga 17.8 juta pada penghujung tahun 2017 (mengikut kajian laman web Statista), TH terus mengorak langkah dengan menambahbaik aplikasi THiJARInya yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan interaktif atas talian tanpa sempadan, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.