Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

MAJLIS PERLEPASAN JEMAAH HAJI OLEH YAB PERDANA MENTERI

SELANGOR, 2017-07-24 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Kelana Jaya.

Penerbangan terus dari KLIA ke Madinah pada jam 9:30 malam itu menggunakan penerbangan Flynas dan dijangka tiba pada jam 1:30 pagi (waktu Saudi), keesokannya.

Pada majlis tersebut, YAB Perdana Menteri mengingatkan kepada semua jemaah haji untuk sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh petugas TH.