Web Content Display
Panel Pelaburan

Ahli
Datin Paduka Zahridah Ismail
-
DSSA
Datin Paduka Zahridah berasal dari Selangor. Beliau telah memulakan kerjayanya di Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967. Beliau seterusnya menceburi sektor perbankan dengan pelantikan beliau sebagai Pengurus Kanan/Setiausaha Syarikat di Bank Rakyat pada tahun 1978 dan Kwong Yik Bank Berhad (KYBB) pada tahun 1982 sebagai Pengurus Besar. Berikutan penggabungan KYBB dan D&C Bank Berhad pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan dan seterusnya Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam proses penggabungan dan pembangunan korporat yang dilaksanakan oleh pihak bank. Setelah berkecimpung dalam industri perbankan selama lebih 22 tahun, beliau memilih untuk bersara awal dalam tahun 2000. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH sejak Oktober 2001. Pada masa ini beliau turut merupakan Pemegang Amanah kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia.