PENDAFTARAN HAJI
Bagaimana Pendaftaran Haji Melalui Web di Laksanakan.
Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.
 
Siapa yang layak mendaftar.
Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.
Menu Pendaftaran
    Pendaftaran Baru
    Semak Pendaftaran
    Cetak Semula Slip Daftar