| Bahawasanya
saya dengan ini mengakui bahawa :- |
| |
| 1. |
Saya
telah memahami dan akan mematuhi syarat-syarat pendaftaran
haji dan segala butir-butir yang diberikan dalam borang pendaftaran
(laman web) ini adalah benar dan saya bersetuju Tabung Haji
(TH) membatalkan permohonan ini
jika :
1.1 - Mana-mana syarat yang ditetapkan oleh TH
tidak dipatuhi
1.2 - Mana-mana maklumat diisikan dalam borang ini (laman
web) didapati tidak benar
|
| 2. |
Saya bersetuju
dan membenarkan TH membatalkan permohonan
pendaftaran haji saya jika saya didapati muflis (bankrap),
kecuali mendapat surat pelepasan/kebenaran untuk menunaikan
haji dari Pegawai Pemegang Harta.
|
| 3. |
Saya membenarkan
TH mengeluarkan (debit) RM100.00
dari wang simpanan saya dalam akaun TH
sebagai bayaran prosesan perkhidmatan pendaftaran dan harga
pasport haji.
|
| 4. |
Saya membenarkan
wang simpanan saya dipotong mengikut peraturan denda yang
dikuatkuasa seperti yang dibenarkan dibawah Akta TH
535 seperti berikut :
4.1 - Denda sebanyak RM1000.00 kepada jemaah haji yang membatalkan
penerbangan haji selepas 1 Ramadhan.
4.2 - Denda RM1000.00 dan tambang kapal terbang 100% kepada
jemaah haji yang membatalkan penerbangan haji setelah jadual
penerbangan haji dikeluarkan.
4.3 - Denda RM1000.00 dan bayaran tambang kapal terbang 100%
serta 50% bayaran sewa rumah di Tanah Suci sekiranya jemaah
haji membatalkan penerbangan haji setelah jadual penerbangan
haji dan visa haji diperuntukkan.
|
| 5. |
Saya bersetuju
dan akan membayar gantirugi jika berlaku sebarang kerosakan
harta benda/kemudahan yang disediakan oleh TH
atau mana-mana pihak yang memberi perkhidmatan di Malaysia
dan Tanah Suci.
|
| 6. |
Saya akan
mengikuti segala tatacara pengendalian haji termasuk aturcara
serta perkhidmatan yang disediakan oleh TH
dan pihak-pihak yang bertanggungjawab di Tanah Suci dan saya
tidak akan membuat sebarang tuntutan bayaran balik di atas
apa-apa perkhidmatan di Tanah Suci yang disediakan tetapi
tidak digunakan oleh saya.
|
| 7. |
Saya faham
akan semua keterangan berhubung pendaftaran haji yang dinyatakan
dalam laman web ini.
|
| 8. |
Saya tidak
akan mengambil apa-apa jenis dakwaan ,tindakan, tuntutan pampasan
atau gantirugi terhadap TH di atas
sebarang kejadian yang melibatkan diri saya atau harta benda
dan juga perkara-perkara yang berbangkit daripada termasuk
apa juga jenis kemalangan sama ada melibatkan kerosakan atau
kerugian tubuh badan atau harta benda, kehilangan, kelewatan,
bencana alam termasuk banjir, kebakaran, rusuhan, peperangan,
ribut, gempa bumi dan apa juga jenis kesusahan, ketidakselesaan
dan umpamanya yang dialami dalam masa menunaikan fardu haji
termasuk perjalanan pergi dan balik.
|
| 9. |
TH
berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana
perakuan yang terkandung di dalam laman web ini dari semasa
ke semasa jika perlu tanpa memberi sebarang notis.
|
| |
| |
|