| 1. PRA SYARAT PERMOHONAN |
| |
1.1 |
Pendaftaran dibuka kepada warganegara Malaysia
yang menetap di luar negara dan mempunyai akaun simpanan (pendeposit)
di Tabung Haji (TH) dan terbuka
hanya pada tahun semasa sahaja. |
| |
1.2 |
Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Ramadhan. |
| |
1.3 |
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang
menetap di luar negara. |
| |
1.4 |
Pemohon hendaklah mempunyai akaun simpanan
(pendeposit) di Tabung Haji (TH)
dengan nilai simpanan yang tidak kurang dari kadar semasa
Bayaran Haji jemaah haji luar negara (pohon dirujuk Para
2 di bawah). |
| |
1.5 |
Pemohon wanita hendaklah ditemani oleh suami
atau mahram lelaki. Surat perakuan mahram hendaklah diperolehi
dari Kedutaan/Konsulat Malaysia di negara tempat tinggal pemohon.
Salinan asal surat ini hendaklah nanti dibawa bersama semasa
menunaikan haji. |
| |
1.6 |
Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan
Visa Haji, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS)
di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling
hampir), bagi mempastikan tidak ada masalah bagi pihak Kedutaan
mengeluarkan Visa Haji kepada pemohon. Sebagai panduan, tuan/puan
bolehlah melayari laman web KBDRAS di http://www.mofa.gov.sa. |
| |
|
|
| 2. BAYARAN HAJI |
| |
2.1 |
Kadar asas Bayaran Haji bagi tujuan pendaftaran
haji yang perlu ada dalam akaun TH
hendaklah tidak kurang daripada jadual berikut:- |
| |
|
| Bil. |
Perkara |
BAYARAN HAJI
1430H |
| 1. |
Dewasa |
RM 6,752.00 |
| 2. |
Kanak-Kanak (Bawah 15 tahun) |
RM 5,783.00 |
|
| |
2.2 |
Bakal haji adalah diwajibkan untuk mencukupkan
Bayaran Haji melalui cara berikut:- |
| |
|
2.2.1 |
Simpanan melalui wang tunai, cek atau Bank
Draft bank tempatan, di Pejabat Cawangan TH,
bagi bakal haji yang telah ada akaun TH. |
| |
|
2.2.2 |
Melalui bank atau agen kutipan simpanan yang dilantik oleh
TH (Rujuk http://www.tabunghaji.gov.my). |
| |
|
2.2.3 |
Sekiranya bakal haji belum mempunyai akaun TH,
maka sila hantarkan Bank Draft dalam RM atas nama "Lembaga
Tabung Haji" kepada Bahagian Operasi Domestik (KL) seperti
alamat di Para 13.2. |
| |
2.3 |
Bayaran Haji akan didebit mulai 1 Ramadhan dari akaun
bakal haji. |
| |
2.4 |
Bayaran Haji di atas adalah untuk tahap perkhidmatan
Jemaah Haji Muassasah yang merangkumi kos-kos berikut sahaja
:- |
| |
|
2.4.1 |
Sewa penginapan di Makkah dan Madinah. Bilik
berkongsi dengan muatan 5-6 orang; lelaki-perempuan berasingan.
Jarak penginapan dari perkarangan Masjid Nabawi/Masjid Al
Haram adalah dalam lingkungan 1000 meter untuk Makkah dan
Madinah. |
| |
|
2.4.2 |
Makan tengahari dan malam secara pek, sepanjang
berada di Tanah Suci. |
| |
|
2.4.3 |
Penginapan dan penyediaan makanan di Madinatul
Hujjaj, Jeddah, serta kos pengangkutan dari Madinatul Hujjaj
ke Airport. |
| |
2.5 |
Memandangkan Bayaran Haji ini hanya dapat menampung
bayaran-bayaran yang dinyatakan di atas, maka adalah digalakkan
supaya setiap bakal haji membawa sendiri wang tambahan (pocket
money) sekurang-kurangnya atas kadar SR50.00 sehari selama
berada di Tanah Suci untuk lain-lain perbelanjaan peribadi
serta bayaran Dam, jika mengerjakan Haji Tamattuk atau Qiran.
Anggaran harga satu dam ialah sebanyak SR350.00. |
| |
2.6 |
Selain dari Bayaran Haji yang perlu dibayar kepada TH
seperti di Para 5 di atas, bakal haji hendaklah menyediakan
2 keping Bank Draft yang dibayar atas nama “UNITED
AGENTS JEDDAH” seperti berikut:- |
| |
|
| Bil. |
Kategori Bakal Haji |
Bank Draft
1 |
Bank Draft
2 |
| 1. |
Dewasa |
SR 594.00 |
SR 435.00 |
| 2. |
Kanak-Kanak (2-15 tahun) |
SR 297.00 |
SR 217.50 |
|
| |
2.7 |
Bank Draft 1 adalah untuk bayaran perkhidmatan
Mutawwif. |
| |
2.8 |
Bank Draft 2 adalah untuk bayaran perkhidmatan
pengangkutan bas. |
| |
|
|
| 3. VISA HAJI |
| |
3.1 |
Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan
Visa Haji dari Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS)
di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling
hampir). |
| |
3.2 |
Pada kebiasaannya (dan tertakluk kepada peraturan
semasa di KBDRAS berkenaan), permohonan hendaklah dibuat dengan
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:- |
| |
|
3.2.1 |
Tiket kapal terbang ke Jeddah dengan tarikh pergi/balik
yang berstatus ”confirmed” (seperti keterangan
di Para 4 di bawah). |
| |
|
3.2.2 |
Dua (2) keping gambar warna terbaru (ukuran 6 cm x 4 cm),
latarbelakang warna putih. |
| |
|
3.2.3 |
Pasport Rasmi/Diplomatik/Antarabangsa. |
| |
|
3.2.4 |
Surat perakuan dan sokongan dari Kedutaan/Konsulat Malaysia
di negara tempat tinggal pemohon. |
| |
|
3.2.5 |
Dua (2) keping Draf Bank seperti keterangan lanjut di Para
2 di atas. |
| |
|
3.2.6 |
Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa dengan pengesahan suntikan
Anti-Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYW-135
dan apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan
oleh KBDRAS berkenaan (seperti keterangan di Para
4 di bawah). |
| |
|
3.2.7 |
Sekiranya bakal haji memperolehi visa ziarah diplomatik,
bakal haji hendaklah mendapatkan catatan “Untuk Menunaikan
Haji” pada stiker visa. |
| |
3.3 |
Selewat-lewatnya 15 hari sebelum tarikh penerbangan
pergi atau pada 1 Zulkaedah (tarikh mana yang lebih awal),
pemohon bertanggungjawab memberi pengesahan memperolehi visa
haji kepada TH. Sekiranya pemohon
gagal mematuhi pensyaratan ini, pemohon akan dianggap sebagai
telah membatalkan pemergian hajinya pada tahun tersebut. Denda
pembatalan seperti Para 8 di
bawah, akan terus didebit dari akaun pemohon. |
| |
|
|
| 4. PEMERIKSAAN KESIHATAN |
| |
4.1 |
Pemohon hendaklah menjalani pemeriksaan am kesihatan
seperti tekanan darah, jenis darah dan urine test
untuk mengetahui tahap kesihatan dan penyakit yang dialami. |
| |
4.2 |
Pemohon juga hendaklah mendapatkan suntikan;- |
| |
|
4.2.1 |
Anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYW-135
di negara berkenaan ; dan |
| |
|
4.2.2 |
Apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan
oleh KBDRAS di negara berkenaan. |
| |
4.3 |
Pemeriksaan dan suntikan ini hendaklah diperolehi
dari pegawai perubatan yang bertauliah. Pegawai perubatan
tersebut hendaklah membuat pengesahan/endorsement
butir-butir pemeriksaan/suntikan itu serta menurunkan cop
rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa. |
| |
|
|
| 5. JADUAL DAN TIKET PENERBANGAN |
| |
5.1 |
Pemohon bertanggungjawab mendapatkan
tiket penerbangan berstatus confirmed, dengan tarikh
tiba/balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (KAAIA)
yang mematuhi tempoh masa berikut:- |
| |
|
5.1.1 |
Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf,
mereka hendaklah tiba di Jeddah mulai 1 Zulkaedah
hingga sebelum atau pada 15 Zulkaedah. |
| |
|
5.1.2 |
Jika bakal haji memilih untuk terus ke Makkah sebelum Wukuf,
mereka hendaklah tiba di Jeddah di antara tarikh 16
Zulkaedah hingga 29 Zulkaedah. |
| |
|
5.1.3 |
Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf,
atau memilih untuk tidak pergi ke Madinah, bakal haji boleh
meninggalkan Arab Saudi mulai dari 17 Zulhijjah hingga 10
Muharram. |
| |
|
5.1.4 |
Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah selepas Wukuf,
tarikh terawal boleh memasuki Madinah ialah pada atau selepas
21 Zulhijjah, dan bakal haji boleh meninggalkan Arab Saudi
mulai dari 25 Zulhijjah hingga 10 Muharram. |
| |
5.2 |
Selewat-lewatnya 15 hari sebelum tarikh penerbangan
pergi atau pada 1 Zulkaedah (tarikh mana yang lebih awal),
pemohon bertanggungjawab memberi pengesahan tarikh penerbangan
pergi/balik kepada TH. Sekiranya
pemohon gagal mematuhi pensyaratan ini, pemohon akan dianggap
sebagai telah membatalkan pemergian hajinya pada tahun tersebut.
Denda pembatalan seperti Para 8
di bawah, akan terus didebit dari akaun pemohon. |
| |
5.3 |
Setelah tiba di Arab Saudi, pemohon bertanggungjawab
membuat pengesahan semula (re-confirmation) tarikh
penerbangan balik, dengan syarikat penerbangan berkenaan atas
kadar segera. |
| |
5.4 |
Sekiranya pemohon bercadang untuk membeli tiket
penerbangan domestik (antara Jeddah dan Madinah), hendaklah
dipastikan bahawa kadar tambang yang dibayar adalah kadar
tambang pemegang Visa Haji; bukannya tambang pemegang visa
selain dari Visa Haji. Untuk perhatian, kadar tambang pemegang
Visa Haji ini jauh lebih tinggi dari kadar tambang pemegang
visa lain. |
| |
5.5 |
Tiket kadar biasa yang (tersilap) dibeli untuk
pemegang Visa Haji tidak akan diterimapakai oleh pihak Saudi
Arabian Airlines di Jeddah/Madinah. Tempat duduk yang sepatutnya
confirm juga, akan terbatal. |
| |
|
|
| 6. PERGERAKAN DI ANTARA LOKASI-LOKASI
UTAMA DI ARAB SAUDI |
| |
6.1 |
Sambutan Ketibaan di Lapangan Terbang
Jeddah/Madinah |
| |
|
Petugas TH akan menunggu
bakal Haji di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah. Bakal
haji adalah dipohon supaya; |
| |
|
6.1.1 |
sentiasa membawa bersama (atau menyimpan) nombor telefon
serta alamat dan menghubungi pejabat TH
di Arab Saudi seperti terdapat di Para 13.2; dan |
| |
|
6.1.2 |
menuju ke bay tempat berkumpul jemaah haji Malaysia
(berpandukan bendera Malaysia) di Terminal Haji. |
| |
6.2 |
Perjalanan Ke Madinah Dahulu |
| |
|
6.2.1 |
Bagi bakal haji yang memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf,
mereka akan diuruskan menaiki bas bersama-sama dengan jemaah
haji Malaysia yang akan ke Madinah pada masa itu. |
| |
|
6.2.2 |
Bakal haji kumpulan ini akan memakai ihram di Madinah, dan
berniat umrah atau haji di miqat (tempat berniat) iaitu di
Zulhulaifah yang sekarang dikenali sebagai Abyar ‘Ali,
terletak kira-kira 10 km dari bandar Madinah. Bakal haji juga
boleh berniat sebaik sahaja bas/kenderaan bergerak meninggalkan
bangunan penginapan di Madinah. |
| |
|
6.2.3 |
Bakal haji ini juga berkemungkinan akan menaiki bas yang
bercampur dengan warga negara lain bagi pergerakan dari Jeddah
ke Madinah. Petugas TH hanya akan
menyambut bakal haji apabila sampai di Perhentian Bas Madinah. |
| |
6.3 |
Perjalanan Ke Makkah Dahulu |
| |
|
6.3.1 |
Bagi bakal haji yang memilih untuk terus ke Makkah sebelum
Wukuf, mereka hendaklah memakai ihram sebelum menaiki pesawat
atau dari lapangan terbang terakhir sebelum berlepas ke Jeddah,
dan berniat ihram umrah atau haji di dalam penerbangan sebelum
atau semasa kapal terbang melintasi miqat. |
| |
|
6.3.2 |
Niat ihram itu juga boleh dilakukan sebaik sahaja bakal
haji menaiki pesawat untuk mengelakkan terlupa atau tertidur
semasa kapal terbang melintasi miqat. |
| |
|
6.3.3 |
Kumpulan bakal haji ini juga berkemungkinan akan menaiki
bas yang bercampur dengan warga negara lain bagi pergerakan
dari Jeddah ke Makkah. Petugas TH
hanya akan menyambut bakal haji apabila sampai di Perhentian
Bas Makkah. |
| |
|
|
| 7. PERTUKARAN ATURCARA PERJALANAN
DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
| |
7.1 |
Bakal haji hendaklah mematuhi peraturan, aturcara
perjalanan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh
TH dan pihak Berkuasa Arab Saudi
di Tanah Suci. |
| |
7.2 |
Bakal haji juga adalah tertakluk kepada jadual
penerbangan yang telah disahkan sendiri. |
| |
7.3 |
Sekiranya bakal haji menukar mana-mana aturcara
perjalanan mereka samada menukar tarikh/waktu penerbangan/perjalanan,
atau menukar jenis perkhidmatan seperti jenis pengangkutan/jenis
penginapan, maka kos yang berkaitan seperti tambang kenderaan
(jenis lain atau pada tarikh baru), sewa penginapan baru (bilik/bangunan
lain atau pada tarikh baru), akan memerlukan bayaran tambahan. |
| |
7.4 |
Bayaran tambahan tersebut perlu ditanggung sendiri
oleh bakal haji. |
| |
7.5 |
Bakal haji tidak boleh membuat sebarang tuntutan
balik atas apa-apa perkhidmatan yang disediakan di Tanah Suci
tetapi tidak digunakan. |
| |
|
|
| 8. PEMBATALAN HAJI |
| |
Bakal haji yang membuat pembatalan haji setelah
pendaftaran haji didaftarkan oleh TH,
akan dikenakan Denda Pembatalan sebanyak 40% daripada Bayaran Haji. |
| |
|
|
| 9. PERATURAN HAJI ARAB SAUDI |
| |
9.1 |
Semasa berada di Tanah Suci, semua bakal haji
akan ditempatkan di bawah pentadbiran Maktab Muassasah Asia
Tenggara bagi kawasan Makkah, Arafah, Mina; dan di bawah Muassasah
Adilla’ bagi Madinah. |
| |
9.2 |
Terdapat sebilangan pegawai/petugas TH
dan Perubatan turut bersama untuk memberi perkhidmatan seperti
berikut:- |
| |
|
9.2.1 |
Sambutan ketibaan bakal haji. |
| |
|
9.2.2 |
Pengurusan pengangkutan bas ke kawasan haji (dari Jeddah
ke Madinah dan Makkah termasuk Arafah dan Mina), sepertimana
aturan biasa pihak Nagabah (Konsortium Pengangkutan Bas). |
| |
|
9.2.3 |
Perumahan dan kemudahan penginapan. |
| |
|
9.2.4 |
Makan tengahari dan makan malam. |
| |
|
9.2.5 |
Bimbingan/ceramah agama. |
| |
|
9.2.6 |
Rawatan perubatan di klinik dan hospital. |
| |
|
9.2.7 |
Penerimaan bayaran dam. |
| |
|
9.2.8 |
Kaunter aduan dan penerangan. |
| |
|
9.2.9 |
Kaunseling dan Pakar Rujuk. |
| |
|
9.2.10 |
Kaunter simpanan dan pengeluaran wang tunai dalam Saudi
Riyal (SR). |
| |
|
9.2.11 |
Ziarah dalam dan luar di Madinah (seperti jadual yang ditetapkan). |
| |
|
9.2.12 |
Pengurusan jenazah. |
| |
|
|
| 10. KEBERANGKATAN BALIK JEMAAH
HAJI |
| |
10.1 |
Jemaah haji hendaklah memaklumkan waktu dan
tarikh keberangkatan balik mereka kepada Pengurus Maktab semasa
di Makkah, atau Pengurus Zon semasa di Madinah, tidak lewat
dari 3 hari sebelum tarikh keberangkatan balik. |
| |
10.2 |
Memandangkan penerbangan balik jemaah haji adalah
melalui Terminal Antarabangsa di KAAIA, Jeddah, adalah menjadi
tanggungjawab jemaah haji untuk berunding dengan Pengurus
Maktab atau Pengurus Zon berhubung urusan pengangkutan balik
jemaah haji samada terus melakukan check in di Terminal
KAAIA, atau melapor diri di Madinatul Hujjaj, Jeddah. |
| |
10.3 |
Sekiranya jemaah haji memilih untuk terus melakukan
check in di Terminal KAAIA secara persendirian:- |
| |
|
10.3.1 |
Jemaah haji adalah bertanggungjawab penuh untuk melakukan
urusan check-in sehingga berlepas ke destinasi masing-masing. |
| |
|
10.3.2 |
Kos tambang kenderaan dari Makkah atau Madinah ke Terminal
KAAIA, Jeddah, adalah di bawah tanggungan sendiri. |
| |
|
10.3.3 |
Jemaah haji hendaklah berada di Terminal KAAIA selewat-lewatnya
6 jam sebelum masa pesawat berlepas, atau lebih awal, tertakluk
kepada kesesakan di Terminal. |
| |
10.4 |
Sekiranya jemaah haji memilih untuk melapor
diri di Madinatul Hujjaj, Jeddah:- |
| |
|
10.4.1 |
Jemaah haji akan ditumpangkan dengan bas jemaah haji Malaysia
dari Maktab lain sekiranya ada; atau |
| |
|
10.4.2 |
Menaiki kenderaan yang disewa oleh Muassasah, di mana kos
tambang ditanggung oleh jemaah haji. |
| |
|
10.4.3 |
Jemaah haji hendaklah melapor diri dalam tempoh 18 jam sebelum
pesawat berlepas. |
| |
|
10.4.4 |
Urusan penginapan, makan minum, pengangkutan dan check-in
dari Madinatul Hujjaj ke Terminal KAAIA akan diurus oleh petugas
TH Jeddah. |
| |
|
|
| 11. BARANG-BARANG HADIAH/
TAG NAMA/ GELANG PENGENALAN HAJI |
| |
11.1 |
Barang-barang hadiah seperti beg galas, beg
sandang dan gelang pengenalan haji akan diserahkan kepada
bakal haji oleh Pengurus Maktab setelah bakal haji tiba di
Tanah Suci Makkah. |
| |
11.2 |
Air zam-zam perlu diambil dan dibawa sendiri
oleh bakal haji tertakluk kepada peraturan syarikat penerbangan
yang dinaiki. |
| |
|
|
| 12. MENINGGAL DUNIA DI TANAH
SUCI |
| |
12.1 |
Jika berlaku kematian kepada bakal haji semasa
di Tanah Suci, pengurusan jenazah akan dilakukan oleh pihak
Muassasah yang akan dipantau oleh pihak TH.
Jenazah tidak akan dibawa keluar dari Arab Saudi untuk tujuan
pengkebumian di Tanah Air atau di tempat bakal haji menetap.
|
| |
12.2 |
Petugas TH atau Jabatan
Pendaftaran Negara akan memaklumkan kepada waris seperti nama
yang tercatat dalam borang permohonan berkaitan kematian tersebut.
|
| |
|
|
| 13. TANGGUNGJAWAB MEMBERITAHU
KONSUL HAJI DAN BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK |
| |
13.1 |
Bakal haji hendaklah memaklumkan kepada Konsul
Haji di TH Jeddah dan Pengurus (Visa)
di Bahagian Operasi Domestik, TH
Kuala Lumpur, melalui telefon atau e-mel atau faks berhubung
perkara-perkara berikut, selewat-lewatnya 15 hari sebelum
berlepas ke Jeddah:- |
| |
|
13.1.1 |
Tarikh dan waktu tiba (ETA)
di Jeddah. |
| |
|
13.1.2 |
Syarikat dan nombor penerbangan yang
dinaiki. |
| |
|
13.1.3 |
Bilangan bakal haji yang akan tiba. |
| |
|
13.1.4 |
Jenis visa (Haji atau Diplomatik) yang
diperolehi. |
| |
13.2 |
Nombor telefon, faks, e-mel dan alamat pejabat
TH di Arab Saudi, Bahagian Operasi
Domestik dan TH Contact Centre (THCC)
semasa operasi haji ialah: |
| |
|
NO. |
TH
JEDDAH
|
BAHAGIAN
OPERASI DOMESTIK (K.L.) |
TH Contact
Centre
(THCC) |
Telefon : |
009662-6876715
009662-6301638
|
03-20542518
03-20542371
|
03-62071919 |
Faks : |
009662-6301667
009662-6873661
|
03-21635046 |
03-77284959 |
e-mel : |
khalid@lth.gov.my |
operasidomestik@lth.gov.my |
th-info@lth.gov.my |
Alamat : |
Konsul Haji
Wisma Tabung Haji
24 Al-Bab Al-Zahabi Street,
Behind Jamjoom Motors Workshop,
Kilo 5, Old Makkah Road,
P.O. Box 593, JEDDAH 21421,
KINGDOM OF SAUDI ARABIA. |
Pengurus Besar
Bahagian Operasi Domestik
Lantai 30, Bangunan Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR. |
|
|
| |
|
|
| 14. HAK/ TANGGUNGJAWAB/ PENGECUALIAN
TH |
| |
14.1 |
TH berhak meminda,
mengubah, menambah atau membatalkan mana- mana peraturan yang
terkandung di dalam risalah ini dari semasa ke semasa jika
perlu, tanpa memberi sebarang notis. |
| |
14.2 |
TH tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa jua jenis kemalangan atau kejadian termasuk banjir,
kebakaran, peperangan, ribut, gempa bumi dan apa jua jenis
kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan dan seumpamanya yang
dialami dalam masa bakal haji menunaikan fardhu haji yang
melibatkan tubuh badan atau harta benda dan bakal haji juga
adalah terhalang dari mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan,
tuntutan atau pampasan gantirugi terhadap TH
berikutan dari apa jua perkara yang berbangkit atau yang berpunca
dari kemalangan atau kejadian tersebut. |
| |
|
|
| |
Nota. Maklumat ini tertakluk
kepada pindaan akhir. |
| |
|
|
| |
Tarikh : 27 Mei 2009 |
| |
Pindaan 02 JamadilAkhir 1430H.
(Pindaan
1/1430H) |
| |
|
|
| |
Ruj. Fail : JH.429/215/22
JLD.4 (56) |
| |
|
|
| |
|
|