Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit di kaunter Tabung Haji (TH) adalah :

  • Pembukaan Ahli Baru
    • Akaun Dewasa
      • Berumur 18 tahun dan ke atas
    • Akaun Kanak-Kanak
      • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir
      • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
      • Penjaga adalah pendeposit TH dan berwarganegara Malaysia
      • Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)
  • Simpanan (Tiada Had Simpanan)
    • Bukan Tunai - Cek dan Bank Draft
  • Pengeluaran
    • Had maksimum pengeluaran tunai RM10,000 sahaja
  • Pendaftaran Haji
    Pendaftaran haji terbahagi kepada Pendaftaran Haji Di Dalam Negara dan Pendaftaran Haji Di Luar Negara.
    Untuk mendaftar haji,
    • Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun,atau;
    • Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00 dan sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang terkini ke kaunter untuk mendaftar haji. Sila rujuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.
  • Kaunter Mudah Alih
    Selain itu juga, TH juga menawarkan perkhidmatan kaunter mudah alih (Mobile Counter). Perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007.Ianya bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan TH di lokasi tertentu seperti ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya.

    Konsep ini bertepatan dengan moto “Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan“ yang mementingkan keperluan pendeposit. Melalui perkhidmatan ini pelanggan dapat berurusan dengan TH tanpa perlu datang ke kaunter TH, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.

*Waktu Operasi Kaunter TH, klik disini.