Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Lembaga Pengarah

    Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa di bawah Seksyen 4(1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) untuk mentadbir kumpulan wang dan segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji. Ahli Lembaga Pengarah ini juga merumus dasar yang berkaitan dengannya dan perkara-perkara lain yang boleh dilakukan di bawah Akta ini.

    Penubuhan Jemaah Lembaga Pengarah adalah menepati ketetapan keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan di Bahagian II Seksyen 6 Akta 535.

    Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim

    PJN, SSAP, SPDK, DCSM, SJMK, DIMP, JP, DHMS

    • Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau adalah Ahli Parlimen Baling dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sejak 2008 hingga kini. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, Kedah.

      Beliau juga merupakan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia yang telah ditubuhkannya pada 2010. Beliau sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan serta terlibat secara langsung dalam semua siri bantuan kemanusiaan di negara-negara yang ditimpa bencana alam.

      Beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan korporat dan telah dilantik sebagai Pengerusi TH Hotel & Residence Sdn Bhd dan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad. Selain itu, beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Brahim’s Holdings Berhad dan Glomac Berhad.

      Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif di Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd sejak tahun 2003.

      Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada tahun 2011. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi TH pada 1 Julai 2013.

    ×

    Datuk Seri Johan Abdullah

    SMW, DJMK

      • Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) Universiti Morehead State, Kentucky Amerika Syarikat (AS)
      • Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) Universiti Eastern Michigan, Michigan AS
      • Diploma Perbankan, Universiti Teknologi MARA

      Datuk Seri Johan Abdullah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berpengalaman luas dalam kewangan korporat, pasaran modal, perbankan Islam dan pematuhan kawal selia.

      Sebelum menyertai TH, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad sejak Mei 2008. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat di dalam Kumpulan TH. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan kanan semasa di Bursa Malaysia Berhad.

      Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 Julai 2016.

    ×

    Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

    PSM, SSAP, SPSK, DCSM, DIMP, DPSK, SAP

      • AMP Harvard, Amerika Syarikat
      • PhD. Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
      • Sarjana Sains Pengurusan Tenaga dan Dasar, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat
      • Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Demografi, Universiti Malaya

      Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1974 dan ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi. Beliau mula bertugas di Kementerian Kewangan pada tahun 2003 dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi bagi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyberview Sdn Bhd.

      Selain berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa agensi dan badan kerajaan, antaranya Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

      Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Mac 2011.

    ×

    Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin

    PSM, DIMP, DSNS, JSM

      • PhD. Akidah dan Falsafah Islam, Universiti Al-Azhar, Mesir
      • Sarjana Akidah dan Falsafah, Universiti Al-Azhar, Mesir
      • Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir
      • Diploma Pendidikan, Universiti Ain Shams, Mesir

      Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilahirkan di Jerantut, Pahang. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Khas Kabinet Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia serta Felo Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pada masa yang sama, beliau menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di antaranya ialah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (RABITAH), Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pahang, Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Ahli Majlis Pemikir Islam (MPI).

      Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor USIM dari tahun 1999 hingga 2009 dan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama enam tahun. Beliau menerima Ijazah Doktor Kehormat dari UKM pada tahun 2010. Pada tahun 2010, beliau dianugerahkan Profesor Emeritus oleh USIM. Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2011.

      Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Properties Sdn Bhd pada tahun 2013 dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2014.

      Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 15 Oktober 2004.

    ×

    Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amiruldin

    PSM, DHMS, DSDK, BKM, PJK, JP

    • Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin bin Amiruldin telah dilahirkan di Yan, Kedah pada 20 Mei 1950.

      Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi di United Transport Company (UTC) anak syarikat MARA Holdings pada tahun dan Pembangunan Rumah Budi Yan, Kedah (Rumah Anak-Anak Yatim) pada tahun 1992. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di KTM Berhad pada tahun 1992 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada tahun 1992 dan Tourism Development Corporation pada tahun 1994.

      Lantikan pertama beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah pada 1 Mac 1994 sehingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Kedah Cement Berhad pada tahun 1996, Pernas International Holdings Berhad dan MARA pada tahun 1997, Ahli Majlis Kolej Universiti Insaniah pada tahun 1997 dan Larut Consolidated Berhad pada tahun 1999. Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

      Pada 1 Jun 2008, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi FAMA buat kali kedua sehingga kini dan sebagai Pengerusi FAMA Corporation Sdn Bhd (FAMACO) dari tahun 2010 hingga 2014.

      Dalam pertubuhan politik pula, beliau merupakan Ketua UMNO Cawangan Pekan Yan dari tahun 1978 sehingga kini, menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai, Ketua UMNO Bahagian Jerai, Ketua Penerangan UMNO Negeri dan Bendahari UMNO Negeri Kedah. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Yan/Jerai dari tahun 1992 sehingga tahun 1999 dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dari tahun 1999 sehingga tahun 2004. Pada tahun 2004 hingga 2008, beliau sekali lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen Jerai. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia sejak 2008 hingga kini.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Travel & Services Sdn Bhd pada 19 September 2012 dan Ahli Lembaga Pengarah TH Hotel & Residence Sdn Bhd pada 14 Ogos 2013. Pada 12 Mac 2015, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Global Services Sdn Bhd.

      Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin bin Amiruldin telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sejak 1 Januari 2005.

    ×

    Tan Sri Mohamed Apandi Ali

    PMN, PSM, SSAP, SPSK, SIMP, DGSM, DPMK, DSAP, DIMP

      • Certificate of Legal Drafting, Institute of Advance Legal Studies, London
      • Bar-At-Law, Inner Temple London
      • LLB (Hons), University of London

      Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali dilahirkan pada 11 Februari 1950 dan merupakan anak jati Kelantan. Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia pada 27 Julai 2015, beliau merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.

      Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dari tahun 1973 hingga tahun 1975. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Bantuan Guaman di Kelantan dari tahun 1975 hingga 1977. Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Terengganu dan Kelantan dari tahun 1977 hingga tahun 1980. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia sehingga tahun 1982.

      Beliau membuka firma guamannya sendiri, Tetuan Apandi Ali & Co dan telah beramal sebagai peguambela dan peguamcara dari tahun 1982 hingga tahun 2003. Pada 1 Mei 2003, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan sehingga tahun 2004. Seterusnya, pada 21 Disember 2004, beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan kekal berkhidmat di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan sehingga 14 Februari 2007. Pada 15 Februari 2007 hingga 13 April 2010, beliau meneruskan khidmatnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 hingga 29 September 2013. Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 30 September 2013 hingga 26 Julai 2015.

      Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 15 Januari 2016.

    ×

    Tan Sri Datuk Mohamad Aziz

    PSM, PJN, SMJ, KMN, PIS, BSI, AMN, PPN

    • Tan Sri Datuk Mohamad Aziz berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dari tahun 2008 sehingga kini. Di samping itu, beliau juga adalah Ahli Pihak Berkuasa RISDA. Beliau pernah menjadi wakil peribadi kepada YAB Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Seranta Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dari tahun 1982 hingga 1986.

      Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Parit Yaani, Johor dari tahun 1986 hingga 1999, Exco Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1990 hingga 1995, Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Johor (Tugas-Tugas Khas) dari tahun 1995 sehingga 1999 dan juga sebagai Ahli Parlimen Seri Gading dari tahun 1999 hingga 2013.

      Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Switchgear Sdn Bhd (Anak Syarikat TNB) serta pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah TH Indopalms Sdn Bhd dan Sabaco Sdn Bhd.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Hotel & Residence Sdn Bhd pada 24 Ogos 2015.

      Tan Sri Datuk Mohamad Aziz dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Januari 2011.

    ×

    Tan Sri Shukry Mohd Salleh

    PSM, PJN, SMW, DPSK, PGBK, ASDK, PMP, PSK, AMN

      • Sarjana Kajian Dasar Sosial, University of Hull, United Kingdom
      • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Universiti Sains Malaysia

      Tan Sri Shukry Mohd Salleh dilahirkan di Kelantan. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

      Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kementerian, termasuk sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Beliau pernah bertugas dalam bidang Keselamatan di Negeri Sarawak, Sabah dan Selangor serta Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada April 2015 dan Ahli Lembaga Pengarah Brandworth Corporation pada Mac 2016.

      Tan Sri Shukry Mohd Salleh telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 September 2015.

    Datuk Rosni Sohar

    DMSM, PJK

    • Datuk Rosni Sohar dilahirkan pada 1 Februari 1958 dan merupakan anak jati Hulu Selangor, Selangor.

      Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Hulu Bernam dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Selain itu, beliau adalah merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 2009 sehingga kini. Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau merupakan seorang usahawan dan pernah berkhidmat sebagai pendidik. Beliau juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Wanita dan Kebajikan KOM.

      Beliau cenderung menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio-ekonomi komoditi sejagat terutamanya di Negeri Selangor. Beliau turut aktif memperjuangkan hak-hak asasi dan mempertingkatkan penyertaan wanita dalam pelbagai sector ekonomi dan pendidikan. Beliau terlibat secara langsung sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan yang melaksana dan menyelaras aktiviti kebajikan dan perkhidmatan sukarela bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi seluruh negara. Sebagai satu-satunya wanita dalam Ahli Lembaga Pengarah TH, keprihatinan beliau lebih ditumpukan bagi mendekati dan mendalami isu serta keperluan jemaah wanita di Malaysia.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Hotel & Residence Sdn Bhd pada 24 Ogos 2015.

      Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Februari 2014.

    ×

    Datuk Mohd Zuki Bin Ali

    P.S.D, D.I.M.P, J.S.D, A.M.T, P.P.T

      • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Pembangunan dan Perancangan), Universiti Kebangsaan Malaysia
      • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan), Nanyang Technological University, Singapore/Massachusett Institute of Technology, Boston, USA
      • Diploma Pengurusan Awam (INTAN)

      Datuk Mohd Zuki Bin Ali berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dari tahun 2011 dan kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM.

      Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri.

      Datuk Mohd Zuki Bin Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada pada 1 Ogos 2017.

    ×
  • Panel Pelaburan

    Menurut Seksyen 11(1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Ahli Lembaga Pengarah telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang dikenali sebagai Panel Pelaburan. Panel Pelaburan ini bertanggungjawab menasihati Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan TH dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

    • PENGENALAN

      Panel Pelaburan Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Lembaga Pengarah TH dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 11 Akta Lembaga Tabung Haji 1995 (Akta 535).

      Panel Pelaburan merupakan sebuah badan bebas (independent) menggantikan jawatankuasa sebelumnya yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kajian Pelaburan yang keahliannya terdiri daripada kalangan Ahli Lembaga Pengarah dan orang perseorangan dan dipengerusikan oleh seorang ahli Lembaga Pengarah TH.

      Penubuhan awal Panel Pelaburan dan pelantikan Ahli Panel Pelaburan diluluskan melalui Resolusi Pekeliling Jemaah Lembaga Pengarah TH No. 2 (2/2001) bertarikh 18 September 2001.

      Keahlian Panel Pelaburan telah dipilih daripada kalangan pakar-pakar pelaburan dan ahli-ahli profesional oleh YB Menteri Kewangan dan kemudiannya dilantik dengan persetujuan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

      Objektif utama Panel Pelaburan adalah untuk menasihat Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menimbang dan memberi persetujuan ke atas apa-apa cadangan pelaburan yang dikira sesuai untuk TH sebelum ia diangkat untuk kelulusan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

      Panel Pelaburan turut berperanan menasihati pengurusan TH ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan TH dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburan-pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

    • KOMPOSISI PANEL PELABURAN

      Keahlian Panel sediada terdiri seperti berikut:-

      • Seorang Pengerusi;
      • Seorang wakil Bank Negara Malaysia atau di kalangan profesional sektor kewangan ;
      • Seorang pakar syarak yang diiktiraf;
      • Tidak lebih dari 5 orang ahli lain yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkaitan.

      Keahlian:

    Dato’ Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab

    DPSJ, SMP, ASDK

      • Sarjana Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya, Malaysia

      Dato’ Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab berasal dari Perlis. Beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Celcom Axiata dan Boustead Plantations. Beliau yang merupakan siswazah Ekonomi dari Universiti Malaya, menyertai Kumpulan Shell sejak tahun 1976. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd masing-masing dari tahun 2001 dan 2005 sehingga persaraan beliau pada penghujung tahun 2009. Beliau bersara dari Shell Malaysia pada penghujung Januari 2010 setelah berkhidmat selama 33 tahun. Sebelum persaraan, beliau adalah Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif untuk Shell Refining Company (FOM) Berhad sehingga 31 Disember 2009 dan Ahli Lembaga Brunei Shell Marketing. Pada 2011, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Pavillion REIT Management dan Hong Leong Investment Bank.

      Dato’ Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab telah dilantik sebagai Pengerusi Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015.

    ×

    Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

    PSM, PJN, DSDK, SDK, AMN

      • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Syariah dan Kehakiman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
      • B.A Perundangan Islam (Syariah) Universiti Azhar, Kaherah, Mesir
      • Diploma Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir
      • Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

      Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman Tan Sri Sheikh Ghazali berasal dari Tobiar, Pendang, Kedah. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, JAKIM; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara dan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Beliau juga bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain.

      Beliau aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam, Jabatan Perdana Menteri; Ahli Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam, Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan MAIWP; Pengerusi Jawatankuasa “Good Governance” untuk Garis Panduan Syarikat MAIWP; Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Ahli Jawatankuasa Kerja Projek Pembangunan IKIM; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) YWM; Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Pengerusi Jawatankuasa Panel Syarie Tabung Wakaf Universiti Islam Malaysia (UIM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee on Programme Development), Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa, JAKIM, Penyandang Kerusi Felo Utama, Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM, Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pergerakan Gaji dan Kenaikan Pangkat IKIM, Ahli Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan IKIM, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin IKIM dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Program Sarjana Syariah Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM).

      Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TH sejak tahun 2010. Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, beliau telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1995, Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah 1428H Peringkat Kebangsaan Tahun 2007 dan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H/ 2014M.

      Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada tahun 2001.

    ×

    Dato’ Ghazali Awang

    DIMP

      • Sarjana Muda Perdagangan, University of Newcastle, Australia
      • Akauntan Berkanun, The Institute of Chartered Accountants, Australia
      • Akauntan Berkanun, Institut Akauntan Malaysia (MIA)
      • Diploma Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
      • Diploma Pengajian Syariah, Kolej Dar Al-Hikmah, Malaysia
      • Magister Agama (MA), Institut Agama Islam Negeri, Imam Bonjol, Padang Indonesia

      Dato’ Ghazali Awang dilahirkan di Kelantan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan telah banyak memegang jawatan penting di dalam beberapa organisasi di antaranya Ketua Akauntan/ Pengurus Kanan Kewangan & Pentadbiran di Amanah Saham Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad.

      Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Audit, Pengurus Perkhidmatan Kewangan, Ketua Akauntan dan Pengurus Dana di Kumpulan Shell Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kumpulan Guthrie Berhad sebagai Pengarah Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Kewangan & Perkhidmatan Korporat dan juga sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Bank Simpanan Nasional. Beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di TH Marine Holdings (L) Inc dan syarikat-syarikat senaraian awam iaitu CCM Duopharma Biotech Berhad, HeiTech Padu Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, BIMB Investment Management Berhad dan TH Heavy Engineering Berhad.

      Dato’ Ghazali Awang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 September 2011 dan tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 31 Ogos 2015. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015.

    ×

    Syed Elias Alhabshi

      • Sarjana Pengurusan Perniagaan, Asian Institute of Management Manila, Filipina

      Syed Elias Alhabshi berasal dari Melaka. Beliau adalah merupakan bekas pegawai kanan dalam bidang pelaburan, kewangan korporat dan perbankan. Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Asian Institute of Management, Filipina. Karier beliau bermula pada tahun 1961 di Malayan Banking Berhad dalam operasi perbankan runcit dan kemudian beliau berkhidmat di Bank Bumiputra Malaysia Berhad termasuk sebagai Pengurus Besar di pejabat London dan ibu pejabat. Pada 1982, beliau dilantik sebagai Naib Presiden dan Timbalan Ketua Eksekutif dan kemudiannya sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Finance Corporation. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Babcock & Brown Asia Pacific, Penasihat Eksekutif Hong Leong Capital Berhad dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pengguna, Hong Leong Bank Berhad dan sebagai Penasihat Phileo Allied Bank (Malaysia) Berhad. Semasa beliau di Merill Lynch selama 11 tahun, beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Private Banking/Securities & Investment Division bagi Asia Tenggara dan Pengarah Eksekutif Special Projects Asia Pacific District, Private Banking Division. Beliau kini adalah Pengerusi Threadneedle Asset Management Sdn Bhd, sebuah syarikat Global Islamic Asset Management di Kuala Lumpur.

      Syed Elias Alhabshi dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada tahun 2009.

    ×

    Abdul Kadir Md Kassim

      • LLB (Honours), University of Singapore

      Abdul Kadir Md Kassim berasal dari Taiping, Perak. Beliau merupakan seorang peguam yang telah beramal selama lebih 47 tahun. Kini, beliau merupakan Rakan Kongsi Kanan di Tetuan Kadir, Andri & Partners. Abdul Kadir adalah Pengerusi TimedotCom, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan UEM Berhad yang tidak disenaraikan, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan Danajamin Nasional Berhad. Abdul Kadir juga merupakan Ahli Lembaga di dua buah syarikat tidak-berkeuntungan, iaitu Datuk Yaw Teck Seng Foundation dan The Renong Group Scholarship Trust Fund. Beliau juga merupakan ahli Corporate Debt Restructuring Committee dan Financial Services Professional Board.

      Abdul Kadir Md Kassim dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada tahun 2007.

    ×

    Dato’ Abdul Rahman Ahmad

    • Dato’ Abdul Rahman Ahmad berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Ilmu Education Group Sdn Bhd, syarikat kumpulan pendidikan bersepadu terulung di Malaysia. Dato’ Abdul Rahman merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat firma ekuiti persendirian berkaitan kerajaan. Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif di Media Prima Berhad (MPB), dan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif di Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

      Dato’ Abdul Rahman memulakan kerjayanya di Arthur Andersen, London, dan kemudian berkhidmat sebagai Pembantu Khas kepada Pengerusi Eksekutif Trenergy (M) Berhad / Turnaround Managers Inc Sdn Bhd Beliau kemudiannya menyertai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan kemudian menjadi Pengarah Eksekutif SSR Associates Sdn Bhd.

      Dato’ Abdul Rahman berkelulusan Sarjana Ekonomi dari Cambridge University, United Kingdom dan merupakan Ahli, Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW). Beliau kini adalah Pengarah Bukan Eksekutif Icon Offshore Berhad, Axiata Group Berhad (Axiata) dan M+S Pte Ltd, sebuah syarikat hartanah usaha sama Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings (Private) Limited, RHB Investment Bank Berhad, DRB-Hicom Berhad dan Astro Malaysia Holdings Berhad.

      Dato’ Abdul Rahman Ahmad telah dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015.

    ×

    Dato’ Izham bin Yusoff

    • Dato’ Izham bin Yusoff dilahirkan di Kedah. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB).

      Dato’ Izham bin Yusoff mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dengan syarikat-syarikat besar dan multinasional di mana beliau memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dalam sektor korporat khususnya dalam perancangan korporat dan kewangan.

      Beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BDB pada Ogos 2013 dan kemudiannya sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas sebelum memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengarah Eksekutif BDB mulai Februari 2014.

      Sebelum menyertai BDB, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), sejak Februari 2010 hingga Januari 2014. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Ninebio Sdn Bhd (2007-2010), Ketua Pegawai Operasi KUB Malaysia Berhad (2004-2007) dan Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad (2002-2004).

      Beliau juga telah berkhidmat di beberapa syarikat tersenarai termasuk Bursa Malaysia Berhad.

      Beliau juga merupakan Ahli Bersekutu, Institute of Internal Auditors Malaysia.

      Dato’ Izham bin Yusoff dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015.

    ×

    Dato’ Sri Jahaberdeen bin YM Mohamed Yunoos

    • Dato’ Sri Jahaberdeen bin YM Mohamed Yunoos

      Dilantik pada 1 November 2016.

    ×

    Dato’ Iskandar Mizal Mahmood

    • Dato’ Iskandar Mizal Mahmood

      Dilantik pada 1 November 2016.

    ×
  • Majilis Penasihat Haji

    Penubuhan Majlis Penasihat Haji adalah mengikut Seksyen 11 (1), Akta Tabung Haji (Akta 535). Majlis ini bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Pentadbir berkenaan kebajikan jemaah haji dan perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji. Majlis ini juga berfungsi memberi maklum balas kepada pengurusan TH berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh jemaah haji disamping memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.

    Keahlian :

    • Wakil Kementerian (Ahli)

      Datuk Farida Mohd Ali
      Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

      Encik Roseli Abdul
      Setiausaha Bahagian Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

    • Wakil Negeri (Ahli)

      Perlis

      Tuan Jafperi Othman PJK, SMP
      Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Agama)

      Pulau Pinang

      Dato’ Haji Muhammad Yusoff Wazir DSPN, BSDK, PPG, BCK
      Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri

      Melaka

      Datuk Haji Mohd Zin Mansor
      Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka

      Perak

      Dato’ Abdul Pahat Mat Nayan DPMP, PMP, AMP, PPT, KMN
      Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat SUK Negeri Perak

      Kuala Lumpur

      Yang Amat Dihormati Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Dato’ Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj SSIS, DSSA, SMS, PJK

      Negeri Sembilan

      Dato’ Haji Mat Ali Hassan DPNS, DPTJ, AMT
      Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

      Johor

      Dato’ Haji Obet Tawil DPMJ, PIS
      Setiausaha Kerajaan Johor Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

      Terengganu

      Dato’ Haji Mazlan Ngah DSMZ, DPMT, ASM, SMT, AMT, PJC, PJK, BLB
      Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

      Kelantan

      Dato’ Dr. Haji Zainuddin Haji Ibrahim DPSK, KMN, PSK, BSK, ASK
      Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

      Sabah

      Datuk Haji Amri Aliaman bin Suratman
      Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

      Sarawak

      Dato’ Haji Wan Abdul Wahab Wan Sanusi JBS, PSBS
      Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak

    • Setiausaha

      Datuk Seri Johan Abdullah
      Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji

      Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman DSDK
      Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji

  • Jawatankuasa Pengurusan Risiko

    Jawatankuasa Pengurusan Risiko bertanggungjawab meneliti dan memantau pencapaian dan tahap Pelan Strategik Bahagian Pengurusan Risiko, di mana Jawatankuasa ini akan:-

    • Mengesyor, mengkaji semula dan memastikan Rangka kerja Pengurusan Risiko dilaksanakan secara efektif dan sewajarnya;
    • Mengesyor dan mengkaji semula pelan strategi pengurusan risiko, tahap penerimaan risiko, polisi-polisi pengurusan risiko dan had risiko untuk kelulusan Lembaga Pengarah;
    • Mengkaji profil risiko dan pendedahan risiko untuk memastikan ianya di dalam lingkungan yang ditetapkan;
    • Meluluskan pelan pengurusan kesinambungan perniagaan;
    • Meluluskan metodologi pengukuran risiko
    • Meneliti dan memantau segala inisiatif pengurusan risiko dan usaha-usaha menyerapkan budaya mengawal risiko di TH.

    Keahlian :

    Tan Sri Shukry Mohd Salleh
    Pengerusi

    Dato’ Ghazali Awang
    Ahli

    Pengurus Besar (Pengurusan Risiko)
    Setiausaha

    Tan Sri Shukry Mohd Salleh

    PSM, PJN, SMW, DPSK, PGBK, ASDK, PMP, PSK, AMN

      • Sarjana Kajian Dasar Sosial, University of Hull, United Kingdom
      • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Universiti Sains Malaya


      Tan Sri Shukry Mohd Salleh dilahirkan di Kelantan. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kementerian, termasuk sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Beliau pernah bertugas dalam bidang Keselamatan di negeri Sarawak, Sabah dan Selangor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada April 2015 dan Ahli Lembaga Pengarah Brandworth Corporation pada Mac 2016.

      Tan Sri Shukry Mohd Salleh telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 September 2015.

    ×

    Tan Sri Ismee Ismail

    PSM, SSIS, PJN, DHMS, DSNS, SSAP

      • Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants (FCMA)
      • Ahli Chartered Accountants of Malaysia, CA(M)

      Tan Sri Ismee Ismail dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau berpengalaman luas di sektor swasta dengan memegang jawatan penting di beberapa organisasi, di antaranya Pengurus Besar di Arab Malaysia Development Berhad dan beberapa jawatan kewangan di syarikat pengeluar minyak antarabangsa, Shell Malaysia.

      Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Akauntan di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan Pengurus Besar Kanan Kewangan di TH bermula Disember 2001 hingga November 2003. Beliau kemudiannya menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat broker saham.

      Tan Sri Ismee menyertai semula TH sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serentak dengan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 1 Januari 2006.

    ×

    Dato’ Ghazali Awang

    DIMP

      • Sarjana Muda Perdagangan, University of Newcastle, Australia
      • Akauntan Berkanun, The Institute of Chartered Accountants, Australia
      • Akauntan Berdaftar, Institut Akauntan Malaysia (MIA)
      • Diploma Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
      • Diploma Pengajian Syariah, Kolej Dar Al-Hikmah, Malaysia
      • Magister Agama (MA), Institut Agama Islam Negeri, Imam Bonjol, Padang Indonesia

      Dato’ Ghazali Awang dilahirkan di Kelantan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan telah banyak memegang jawatan penting di dalam beberapa organisasi di antaranya Ketua Akauntan/Pengurus Kanan Kewangan & Pentadbiran di Amanah Saham Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Audit, Pengurus Perkhidmatan Kewangan, Ketua Akauntan dan Pengurus Dana di Kumpulan Shell Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kumpulan Guthrie Berhad sebagai Pengarah Kumpulan, Pengarah Eksekutif Kewangan & Perkhidmatan Korporat. Beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat-syarikat senaraian awam iaitu CCM Duopharma Biotech Bhd, Bank Simpanan Nasional, HeiTech Padu Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, BIMB Investment Management Bhd dan Chemara Palmea Holdings Berhad.

      Dato’ Ghazali telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) (2011-2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Audit TH (2011-2015). Beliau telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015

    ×

    Abdul Kadir Md Kassim

      • LLB (Honours), University of Singapore

      Abdul Kadir Md Kassim berasal dari Taiping, Perak. Beliau merupakan seorang peguam yang telah beramal selama lebih 46 tahun. Kini, beliau merupakan Rakan Kongsi Kanan di Tetuan Kadir, Andri & Partners. Abdul Kadir adalah Pengerusi TimedotCom, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Syarikat UEM yang tidak disenaraikan dan Danajamin Nasional Berhad. Beliau juga merupakan ahli Corporate Debt Restructuring Committee dan Financial Services Professional Board.

      Abdul Kadir dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada tahun 2007.

    ×

  • Jawatankuasa Audit

    Bagi membantu Lembaga Pengarah berkaitan pengauditan, Jawatankuasa Audit telah ditubuhkan pada 1 Januari 1989. Antara tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit adalah untuk mengkaji, menilai dan melaporkan mengenai perkara-perkara berikut:

    • Menetapkan skop audit dan perancangan audit dalaman;
    • Memastikan program, proses, hasil program serta penyiasatan audit dalaman dilaksanakan dan tindakan yang bersesuaian diambil berdasarkan cadangan audit dalaman.
    • Memastikan polisi dalaman, prosedur dan garis panduan, kawalan dalaman dan operasi yang mantap dilaksanakan.
    • Memastikan hasil kewangan suku tahun dan akhir tahun mematuhi piawaian perakaunan dan keperluan perundangan lain.
    • Memastikan keberkesanan sistem kawalan dalaman wujud dalam penilaian juruaudit dalam dan luar.
    • Memastikan tiada sebarang urusniaga yang boleh menimbulkan konflik kepentingan dan keraguan terhadap integriti Pengurusan.

    Kuorum mesyuarat ialah 2 orang ahli dan Ketua Audit Dalam sebagai Setiausaha. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengurusan Kanan TH akan turut hadir atas jemputan Jawatankuasa Audit.
    Keahlian Jawatankuasa Audit:

    Tan Sri Othman Mahmood

    PJN, PMW, AMN, DGMK

      • Sarjana Pengurusan Sumber Tanah, University Putra Malaysia.
      • Sarjana Muda Sosiologi(Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia
      • Diploma Pentadbiran Awam (INTAN)

      Tan Sri Othman Mahmood berasal dari Muar, Johor. Beliau telah berkhidmat di JPM dari tahun 2006 dan kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang kerjayanya di JPM, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di antaranya, Penolong Pengarah di Kementerian Kewangan, Setiausaha Bahagian di Bahagian Kewangan & Pembangunan dan Timbalan Ketua Setiausaha.

      Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Negeri Sembilan dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.

      Beliau aktif dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan dan telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Bukit Perdana JPM pada tahun 2011 dan Setiausaha Kehormat Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA).

      Tan Sri Othman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 16 Januari 2012.

    ×

    Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

    PSM, SSAP, SPSK, DCSM, DIMP, DPSK, SAP

      • AMP Harvard, Amerika Syarikat
      • PhD. Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
      • Sarjana Sains Pengurusan Tenaga dan Dasar, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat
      • Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Demografi, Universiti Malaya

      Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1974 dan ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi. Beliau mula bertugas di Kementerian Kewangan pada tahun 2003 dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi bagi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyberview Sdn Bhd.

      Selain berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa agensi dan badan kerajaan, antaranya Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

      Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Mac 2011.

    ×

    Datuk Rosni Sohar

    DMSM, PJK

    • Datuk Rosni Sohar dilahirkan pada 1 Februari 1958 dan merupakan anak jati Hulu Selangor, Selangor. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Hulu Bernam dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Selain itu, beliau adalah merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 2009 sehingga kini. Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau merupakan seorang usahawan dan pernah berkhidmat sebagai pendidik. Beliau juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Wanita dan Kebajikan KOM.

      Beliau cenderung menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio-ekonomi komoditi sejagat terutamanya di Negeri Selangor. Beliau turut aktif memperjuangkan hak-hak asasi dan mempertingkatkan penyertaan wanita dalam pelbagai sektor ekonomi dan pendidikan. Beliau terlibat secara langsung sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan yang melaksana dan menyelaras aktiviti kebajikan dan perkhidmatan sukarela bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi seluruh negara. Sebagai satu-satunya wanita dalam Ahli Lembaga Pengarah TH, keprihatinan beliau lebih ditumpukan bagi mendekati dan mendalami isu serta keperluan jemaah wanita di Malaysia.

      Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Hotel & Residence Sdn Bhd pada Ogos 2015.

      Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Februari 2014.

    ×
  • Jawatankuasa Penasihat Syariah

    Jawatankuasa Penasihat Syariah berperanan sebagai sumber rujukan bagi Lembaga Pengarah TH mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Syariah. Ini termasuk:

    • Menyemak dan mengesahkan polisi dan garis panduan yang berkaitan Syariah.
    • Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan seperti peguam, juruaudit dan jururunding dalam hal-hal yang berkaitan dengan Syariah apabila perlu.
    Keahlian :

    Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin

    PSM, DIMP, DSNS, JSM

      • Ph.D. Akidah dan Falsafah Islam, Al-Azhar University
      • M.A Akidah dan Falsafah Islam, Al-Azhar University
      • B.A (Honours) Usuluddin, Al-Azhar University
      • Diploma in Education Ain Shams, University of Cairo

      Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilahirkan di Jerantut, Pahang. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pada masa yang sama beliau menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di antaranya ialah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (RABITAH), Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pahang, Ahli Lembaga Penasihat Pensijilan Halal (JAKIM), Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI).

      Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor USIM dari tahun 1999 hingga 2009 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama enam tahun. Beliau menerima Ijazah Doktor Kehormat dari UKM pada tahun 2010. Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2011.

      Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Properties Sdn Bhd pada tahun 2013 dan berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 15 Oktober 2004.

    ×

      Profesor Madya Dato’ Al-Ustaz Haji Ellias Zakaria

      • Ijazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
      • Ijazah Sarjana Temple University, Philadelphia, USA

      Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias berasal dari Kampong Tasek Junjong, Simpang Ampat, Seberang Perai. Beliau memperolehi ijazah pertama dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 1977-1981 dan mendapat ijazah sarjana dari Temple University, Philadelphia, USA, 1983-1984.

      Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias memulakan kerjayanya sebagai ahli akademik, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, sejak Oktober 1984 hingga kini.

      Di Peringkat Negeri Pulau Pinang pula, Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2010 – 2011, Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat, MAINPP 2010 - 2012, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang, AJK Panel Peguam Syar’ie Pulau Pinang, AJK Pembangunan Insan dan Dakwah MAINPP dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias juga dilantik menganggotai Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (2016 – 2018), Jawatankuasa Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia dan Penasihat Syariah Syarikat Jeruk Madu Pak Ali.

      Beliau turut aktif membentangkan kertas kerja dalam wacana-wacana ilmu, seperti seminar, kursus, persidangan, kolokium dan lain-lain, di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

      Hasil sumbangan dan khidmat bakti beliau, beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato’ pada Ogos 2013. Beliau juga dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pulau Pinang (2005), Tokoh Maal Hijrah USM (2006), Tokoh Agama (2010), Tokoh Waris (2010), dan terkini, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 (1437H).

      Sekarang Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias diamanahkan menjawat jawatan sebagai Pengarah, Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia.

    ×

      Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

      PSM, PJN, DSDK, SDK, AMN

      • B.A Perundangan Islam (Syariah) Universiti Azhar, Kaherah, Mesir
      • Diploma Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir
      • Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

      Tan Sri Sheikh Ghazali berasal dari Tobiar, Pendang, Kedah. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Tan Sri Sheikh Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain.

      Beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa “Good Governance” untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa. Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TH pada Mei 2010.

    ×

      Prof. Dr Ashraf Md Hashim

      • PhD Undang-Undang Islam, University of Birmingham, United Kingdom
      • Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh, University of Jordan
      • Ijazah Sarjana Muda, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

      Prof. Dr. Ashraf Md Hashim adalah Ketua Pegawai Eksekutif di ISRA Consultancy. Beliau juga merupakan Penyelidik Kanan di International Research Academy for Islamic Finance (ISRA) dan Professor di International Centre of Education in Islamic Finance (INCEIF).

      Prof Dr. Ashraf juga merupakan salah seorang ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan juga ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia dan berkhidmat sebagai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga menjadi penasihat Syariah berdaftar bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang memberi khidmat nasihat kepada beberapa syarikat REIT terutamanya di Singapura. Beliau juga ahli Jawatankuasa Syariah Association of Islamic Banking Association Malaysia (AIBIM). Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai kerja perundingan yang berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia dan di luar negara, antara lain Bank Islam Australia (Project) dan Noor Takaful Nigeria.

      Prof. Dr. Ashraf memperolehi PhD dalam Undang-Undang Islam dari University of Birmingham, United Kingdom, Ijazah Sarjana dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari University of Jordan dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

    ×

      Dr. Asmak Ab Rahman

      • Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya

      Dr. Asmak Ab Rahman merupakan pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

      Beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau adalah wakaf, takaful, perbankan Islam dan Syariah.

      Beliau telah menerbitkan artikel di dalam jurnal tempatan mahupun antarabangsa seperti Arab Law Quarterly, Humanomics, Journal of Islamic Marketing, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management dan Jurnal Syariah.

      Beliau mengetuai dan menganggotai penyelidikan-penyelidikan yang dibiayai oleh dana dari Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Long term Research Grant Scheme (LRGS) dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) di samping penyelidikan yang dibiayai oleh Universiti Malaya.

    ×