Web Content Display

Berita / Acara : Korporat

Kunjungan Muhibbah Imam Masjid Nabawi Ke Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 24 April 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Fadilatul Al-Syaikh Solah bin Muhammad Al-Badir, Imam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.
 
Lawatan ini adalah lawatan sulung beliau ke TH, dan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Kunjungan tersebut disifatkan oleh Dato' Paduka Ismee sebagai platform  untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
 
Turut hadir sama pada sesi lawatan tersebut adalah Atase Agama Kedutaan Di Raja Arab Saudi di Malaysia, Dr Abdurrahman M. Albelaihi dan barisan Pengurusan Kanan TH  serta pegawai pengiring daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).