Web Content Display

Berita / Acara : Korporat

Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Musim Haji 1434H

KUANTAN, Sabtu, 2 Februari 2013Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan Program Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di Hotel Hyatt Regency, Kuantan Pahang.

Program empat hari yang bermula pada 1 hingga 4 Februari ini telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Muzakarah tahunan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai hukum hakam ibadat Haji, Umrah dan Ziarah di Malaysia serta membantu melahirkan ummah yang bertakwa. Muzakarah ini juga turut membincangkan kaedah terbaik untuk meningkatkan lagi keberkesanan bimbingan Ibadat Haji kepada bakal Jemaah Haji tahun 1434H.

Seramai lebih daripada 350 orang peserta pembimbing Ibadat Haji seluruh negara termasuk 13 orang deligasi dari luar Negara seperti Indonesia, Singapura, Turki, Brunei dan Thailand telah menyertai program muzakarah ini.

Majlis perasmian muzakarah ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Pengerusi TH, YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Sahibus Samahah Dato' Seri Hassan bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji TH, serta ahli-ahli tertinggi dan barisan pengurusan kanan TH

Lain-lain Gambar