Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Ekuiti

    Objektif Pelaburan Ekuiti

    Menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif melalui keuntungan urusniaga saham dan pendapatan dividen sejajar dengan tahap risiko yang berpatutan disamping memastikan portfolio pelaburan ekuiti setara dengan keadaan pasaran semasa.

    • Jenis Pelaburan Ekuiti
      Pelaburan ekuiti meliputi ekuiti domestik dan ekuiti asing. Ianya diuruskan secara aktif untuk memastikan pulangan yang optimum selaras dengan polisi dan garis panduan yang ditetapkan. Alt text
    • Alokasi Pelaburan Ekuiti
      Alt text Alt text
    • Proses Pelaburan Ekuiti
      Alt text
    • Pelaburan Alternatif
      Objektif Pelaburan Alternatif (Pelaburan Dana dan ‘Outsourcing’)

      Pelaburan alternatif melibatkan pelaburan dana dalam pelbagai kelas aset yang diuruskan pihak luar. Objektif pelaburan alternatif adalah untuk kepelbagaian aset dalam memberikan pulangan alternatif yang lebih kompetitif dengan menggunapakai kepakaran luar.

      Pengurus Dana Luar Ekuiti Tercatat
      Kriteria Utama Pemilihan Pengurus Dana Luar Ekuiti Tercatat
      • Pengurusan portfolio patuh syariah
      • Jumlah aset dibawah pengurusan
      • Kekuatan organisasi dan sumber manusia
      • Falsafah yang seiring dan proses pelaburan yang mantap
      • Keupayaan pengurusan risiko
      • Prestasi yang baik
      • Yuran yang kompetitif

      Pengurus Dana Luar Ekuiti Tidak Tercatat
      Kriteria Utama Pemilihan Pengurus Dana Luar Ekuiti Tidak Tercatat
      • Pengurusan portfolio patuh syariah/li>
      • Keupayaan perolehan dana
      • Pengalaman anggota pengurusan utama
      • Kriteria dana dan yuran yang kompetitif
      • Komitmen pelaburan daripada pengurus dana
      • Keupayaan pengurusan risiko
      • Prestasi yang baik
    • Penyelidikan Pelaburan
      Objektif Penyelidikan

      Membantu dan menyokong bahagian Pengurusan Portfolio Ekuiti dan Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dalam keputusan pelaburan melalui analisa dan penyelidikan. Ianya merangkumi penyelidikan mikro dan makro.

      Aktiviti Penyelidikan

      Kaedah penyelidikan yang digunapakai dalam sesuatu penilaian pelaburan adalah seperti berikut:
      Alt text

      Penilaian Broker
      Panel broker TH akan dinilai setiap akhir tahun. Kedudukan panel broker akan dibentangkan kepada mesyuarat Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah.

  • Pendapatan Tetap

    Objektif Pelaburan Pendapatan Tetap

    Menjana kadar pulangan stabil serta pendapatan berulang untuk dana-dana yang dilabur dengan merangka portfolio sekuriti pelaburan pendapatan tetap jangka sederhana. Strategi pelaburan tertumpu kepada instrumen-instrumen yang menawarkan kadar risiko dan kadar pulangan yang sepadan selaras dengan polisi dan garis panduan pelaburan TH.

  • Pelaburan Hartanah

    Pelaburan Hartanah

    Portfolio hartanah domestik dan antarabangsa terus menjadi aktiviti teras TH di dalam usaha untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dan menjana pulangan pelaburan yang baik dan berterusan.

    TH telah menambah satu (1) lagi hartanah iaitu Hotel Al-Aqiq di Madinah, Arab Saudi. Usaha-usaha melabur di dalam pasaran hartanah di dalam negara terus dipertingkatkan bagi memberikan keuntungan jangka masa panjang. TH juga sentiasa meninjau peluang-peluang pelaburan di pasaran hartanah di luar negara yang berdaya maju.

    Pada tahun ini, TH telah meneruskan pembangunan sebuah kompleks di Putrajaya yang bakal menempatkan pejabat agensiagensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana ianya sedang di peringkat akhir dan dijangka akan mula diduduki pada tahun 2016.

    TH juga telah mengambil peluang terhadap pertumbuhan pasaran hartanah yang menggalakkan di United Kingdom serta tukaran wang asing yang baik untuk menjual 151 Buckingham Palace Road, London.

    Menerusi penglibatan di dalam sektor hartanah, TH terus menyumbang di dalam usaha mempromosi pembangunan kewangan Islam. Pada tahun ini, TH telah melaksanakan pembiayaan semula bangunan pejabat milik TH di 3 Collins Square, Melbourne, Australia di dalam denominasi dollar Australia secara patuh syariah sepenuhnya, pertama kali seumpamanya melibatkan hartanah di Australia. Hartanah tersebut telah dibeli pada tahun 2013.