Pemeriksaan Kesihatan
Setiap bakal haji perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah serta ujian air kencing (jika perlu). Ia adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Bakal Haji dan status keadaan penyakit yang dihidapi oleh bakal haji (sekiranya ada). Pemeriksaan kesihatan adalah amat penting untuk pengesahan dan rawatan awal kepada Bakal Haji sebelum bertolak ke Tanah Suci. Bakal Haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan juga hendaklah mendapatkan suntikan Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135.
Pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dengan TH / KKM (mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH)). Manakala suntikan vaksinasi boleh didapatkan dari mana-mana pegawai perubatan yang bertauliah.
Pegawai perubatan yang melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan memberi suntikan Vaksinasi Quadrivalent ACYW-135 hendaklah membuat pengesahan butir-butir pemeriksaan dan suntikan didalam sistem MyVAS serta menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji dan / atau Kad Kesihatan Antarabangsa.
Senarai Tempat Pemeriksaan Kesihatan Muat turun senarai tempat pemeriksaan kesihatan bagi setiap negeri disini, maklumat lanjut disini