Saluran Pendaftaran Haji

Perjalanan Haji

bermula di sini

Sejak 1995, Tabung Haji (TH) mengamalkan prinsip mengutamakan mereka yang lebih awal membuat pendaftaran menunaikan haji. Setelah mendaftar, anda akan diperuntukkan tahun jangkaan giliran haji, berdasarkan tarikh dan masa anda membuat pendaftaran. Sebagai pendeposit TH yang telah mendaftar untuk haji, anda layak menunaikan haji apabila tiba giliran pada tahun yang diperuntukkan.

Syarat-syarat Pendaftaran Haji

1

Kekalkan baki sekurang-kurangnya RM1,300 dalam akaun TH

2

Belum pernah menunaikan haji

3

Kemukakan dokumen pengenalan (MyKad) dan sijil kelahiran untuk yang berumur di bawah 12 tahun

4

Anda boleh mendaftar sebagai satu kumpulan tetapi satu-satu kumpulan hanya terhad untuk 6 individu sahaja

Pendaftaran Haji

Anda boleh mendaftar untuk haji di mana-mana rangkaian berikut

Bakal Jemaah Haji Malaysia yang berada di luar negeri

1

Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan ingin menunaikan haji sebagai Jemaah Malaysia digalakkan merujuk kepada TH untuk maklumat terkini dan garis panduan yang ditetapkan untuk pendaftaran haji

2

Untuk maklumat lebih lanjut, dapatkan bantuan:

Penangguhan dan Pembatalan Haji

tag1

Sekiranya anda telah menerima surat tawaran haji tetapi ingin menangguh atau membatalkan tawaran haji, anda boleh menyerahkan permohonan di cawangan TH yang berdekatan. Walaubagaimanapun, anda akan dikenakan bayaran penangguhan/pembatalan mengikut kadar yang ditetapkan.

tag2

Bagi yang ingin menangguhkan haji, peluang menunaikan haji masih terbuka untuk tahun berikutnya tetapi tertakluk pada tempat yang tersedia. Bagaimanapun, anda tidak dijanjikan yang tawaran haji akan terus terbuka untuk anda.

tag3

Kadar denda untuk penangguhan atau pembatalan haji:

Kategori I

RM 500

akan didebitkan daripada akaun TH anda



Jika pembatalan dibuat selepas surat tawaran haji telah dikeluarkan

Kategori II

RM 2,500

akan didebitkan daripada akaun TH anda



Jika pembatalan dibuat selepas jadual penerbangan telah dikeluarkan

Kategori III

RM 7,500

akan didebitkan daripada akaun TH anda



Jika pembatalan dibuat selepas visa Haji telah dikeluarkan