Web Content Display

Penerbangan Haji

Tarikh Penerbangan Haji

Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 14 Muharram tahun semasa.

Maklumat Penerbangan Jemaah Haji Musim Tahun Semasa

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Alokasi Penerbangan

Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga (mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada.

Surat Jadual Penerbangan (SJP)

Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan (SJP) akan di hantar oleh TH, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH,surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh pihak penganjur.

Jadual penerbangan haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan surat jadual penerbangan (SJP) dan pengesahan kereta haji. Lazimnya SJP akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya 15 Syawal. Stesen-stesen perlepasan adalah seperti berikut:

 
BIL STESEN-STESEN PERLEPASAN

1.

 Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya

2.

 Kompleks Haji & TH Hotel Penang

3.

 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai

4.

 TH Hotel Kota Kinabalu

5.

 Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

6.

 TH Hotel & Convention Centre Terengganu

7.

 TH Hotel & Convention Centre Alor Setar