Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

  • Kelab TaHa

    Latarbelakang Penubuhan

    Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.

    Objektif

    • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda
    • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya
    • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda

    Keistimewaan

    • Kad keahlian secara percuma
    • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia
    • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA
    • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.
    • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM secara percuma.
    • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.

      Tertakluk kepada syarat dan terma.

    Lihat senarai Rakan Kelab TaHa

    Borang Pendaftaran

    Syarat-syarat Menjadi Ahli :
    • Individu beragama Islam
    • Warganegara Malaysia
    • Permastautin tetap
    • Berumur 7 hingga 17 tahun
    • Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh membuka akaun TH serendah RM2
    • Mendaftar sebagai Ahli Kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dengan cara-cara berikut :

    Aktiviti-aktiviti

    Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa

    • Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai penghargaan TH dan motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR-5A, PT3-8A, SPM/SPMV-9A.
    • Muat turun Borang Penyertaan Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2017 sekarang. Klik disini.

    Seminar Bimbingan Peperiksaan

    • Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara percuma kepada ahli Kelab TaHa
    • Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PT3, SPM)
    • Dijalankan di seluruh negeri

    Kem Bijak

    • Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta, meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan diri
    • Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan menjalankan aktiviti bersama-sama

    English Camp

    • Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.

    Program

    • Tiada program bagi tahun 2017 untuk dipaparkan (Kemaskini terkini pada 2 Februari 2017).

  • TaHa@U

    Latarbelakang Penubuhan

    Sebagai usaha TH yang berterusan untuk membantu kerajaan dalam pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang, TH telah melancarkan satu kelab khas untuk pelajar-pelajar IPT iaitu Kelab TaHa@U. Pelancaran Kelab TaHa@U telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Hj Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di tapak Kompleks TH Terengganu, Mukim Kuala Nerus.

    Objektif

    • Menanam minat menabung
    • Membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan
    • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli dan membangkitkan keinginan menunaikan ibadat haji pada usia muda
    • Membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah serta negara

    Keistimewaan

    Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-

    • Program Skim Latihan Graduan
    • Latihan amali/praktikal
    • Program sukarelawan
    • Semasa musim haji dalam operasi tanah air
    • Program mentor mentee antara pelajar universiti dan pelajar sekolah
    • Program kemasyarakatan TH / IPT di bawah Kelab TaHa@U
    • Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah serta peraduan yang dianjurkan bersama Berita Harian
    • Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

    Borang Pendaftaran

    Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-

    Syarat-syarat Menjadi Ahli :

    • Individu beragama Islam
    • Warganegara Malaysia
    • Pemastautin tetap
    • 17 tahun ke atas dan masih menuntut di IPTA dan IPTS
    • Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh buka akaun TH RM2 tunai sahaja.

    Muat Turun Borang Pendaftaran

    Aktiviti-aktiviti

    Program Kemasyarakatan

    Rumah Nur Hikmah

    Salah satu aktiviti Kelab TaHa@U dengan kerjasama Berita Harian. Program ini merupakan program pertama yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan bagi ahli Kelab TaHa@U. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa meningkatkan kemahiran insaniah dan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan, berdedikasi dan berkepimpinan. Di samping itu juga, program ini dapat mendekatkan mahasiswa dengan golongan kurang bernasib baik melalui aktiviti yang dilakukan.

    Majlis Qurban dan Aqiqah

    Program ini adalah program yang diadakan dengan kerjasama TH Melaka, UTeM dan Berita Harian/NSTP. UTeM merupakan IPT yang ke-5 membuat pelancaran TaHa@U selepas UPSI, UITM, UM dan UUM. Sebagai permulaan atau projek perintis, Program Qurban diperkenalkan di UTeM di samping membuat pelancaran TaHa@U.

    Tujuan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan adalah untuk melibatkan ahli TaHa@U. Program Qurban yang diadakan di UTeM Melaka adalah untuk menarik perhatian para pelajar dan masyarakat sekeliling untuk membuka akaun Tabung Haji dan seterusnya mendaftar sebagai ahli KelabTaHa@U. Selain itu, melalui Ibadah Qurban dan Aqiqah yang diadakan, ianya dapat menjalin dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Tabung Haji, Berita Harian dan juga Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM).

    Karnival TaHa@U

    Karnival TaHa@U adalah sesuai dengan saranan pihak pengurusan tertinggi TH untuk mendedahkan dan menawarkan ganjaran melalui aktiviti-aktiviti kepada ahli TaHa@U. Karnival TaHa@U diadakan bagi menarik perhatian para pelajar untuk membuka akaun Tabung Haji dan seterusnya mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U yang baru. Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan, ianya dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Tabung Haji, Berita Harian dan juga Universiti.

    • Karnival TaHa@U perkasa remaja
    • Karnival TaHa@U di UM
    • Pemastautin tetap
    • TaHa@U di UM meriah
    • Karnival TaHa@U dekati siswa

    Karnival Bimbingan Kerjaya

    Bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar dengan panduan kerjaya, selain membantu pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai peluang kerjaya yang ada di negara ini. Selain dari itu juga, ia dapat membantu para pelajar merancang atau membuat persediaan awal, melengkapkan diri dengan pelajaran dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.

    Bakti Siswa

    Mendedahkan dan melibatkan mahasiswa TaHa@U dengan aktiviti kemasyarakatan agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Mendekatkan silaturrahim antara mahasiswa dan masyarakat yang lain.

    Futsal

    Dapat memupuk semangat kesukanan dan silaturahim antara sekolah-sekolah. Melahirkan tubuh badan yang sihat, kemesraan diantara satu sama lain.

    Program

    Muat turun senarai program - September hingga November

  • Pembiayaan PKS Al-Ansar

    Pembiayaan PKS Al-Ansar

    Pembiayaan PKS Al-Ansar

    Al-Ansar merupakan program usahasama antara Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi taraf ekonomi komuniti usahawan Bumiputera Muslim dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan menyediakan pembiayaan bagi tujuan keperluan modal dan perbelanjaan modal.

    Ketahui lebih lanjut. Klik di sini.