Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Soalan Lazim Pembukaan Akaun TH
  • Soalan Lazim Pengeluaran Akaun TH
  • Soalan Lazim Simpanan Akaun TH
  • Soalan Lazim Kemaskini Buku Akaun Simpanan TH
    • Soalan 1 : Siapakah yang boleh mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH?
      Urusan mengemaskini buku akaun simpanan TH hanya boleh dilakukan oleh individu berikut:
      • Pemegang akaun sendiri atau;
      • Ibu/bapa/Penjaga bagi akaun kanak-kanak di bawah jagaannya berdasarkan rekod TH.
      • Namun, bagi pemegang akaun yang tidak dapat hadir ke kaunter bagi tujuan mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH, beliau boleh mewakilkan kepada pihak ketiga dengan syarat membawa bersamanya surat kebenaran yang ditandatangani pemegang akaun.
    • Soalan 2 : Mengapakah buku akaun simpanan TH tidak boleh dikemaskini oleh orang lain, selain pemegang akaun?
      Tatacara mengemaskini buku akaun simpanan TH adalah untuk menjaga dan melindungi kepentingan serta kerahsiaan maklumat pemegang akaun atau pendeposit TH kerana ianya diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini adalah selari dengan tatacara yang di praktikkan oleh institusi-institusi kewangan lain yang dikawal di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan Akta Perbankan Islam (IBA).
  • Soalan Lazim Konsep Simpanan TH
    • Apakah konsep simpanan di TH?
      Akaun simpanan TH mengikut konsep Al-Wadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan dalam bentuk hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
    • Apakah konsep Al-Wadiah Yad Dhamanah?
      Berlandaskan Konsep Al-Wadiah Yad Dhamanah, wang simpanan dijamin kerajaan berdasarkan Seksyen 24, Akta Tabung Haji 1995. Manakala, pendeposit tidak boleh mengharap apa-apa pulangan daripada simpanan tersebut.
    • Selain TH siapakah yang mengguna pakai konsep ini?
      Konsep ini turut digunapakai oleh sebahagian besar institusi perbankan Islam lain di Malaysia.
    • Masih adakah pemberian hibah / bonus melalui konsep ini?
      Amalan pemberian hibah / bonus oleh institusi kewangan Islam kepada pendeposit adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemberian hibah tersebut tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai ‘urf (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadiah. Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih.
    • Adakah pendeposit TH perlu membayar zakat wang simpanan mereka?
      Tidak perlu, TH telah membayar zakat ke atas wang simpanan bagi pihak pendeposit selari dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979 yang memutuskan hal berikut. Akad zakat ini turut tertera pada helaian Terma dan Syarat akaun TH serta Slip Simpanan Wang yang menyatakan persetujuan pendeposit bahawa simpanan wang mereka akan diuruskan oleh TH seperti mana yang bersesuaian. Ini juga memberi maksud bahawa urusan pembayaran zakat TH bagi pihak pendeposit termasuklah di dalam perkara di atas.
  • Soalan Lazim Hibah Amanah TH
    • Apakah itu Hibah Amanah TH?

      Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah. Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserahmilik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan/atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

    • Mengapa TH menawarkan produk Hibah Amanah TH?

      • Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan Harta Hibah Amanah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati.

      • Pemberian Hibah Amanah TH adalah tidak tertakluk kepada faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah Amanah.

      • Harta Hibah Amanah yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain secara faraid.

      • Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru/mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.

      • Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat daripada Harta Hibah Amanah yang telah dihibahkan tersebut selama mana Pemberi Hibah Amanah masih hidup.

      • Pembatalan dan pindaan Hibah Amanah TH tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah.

    • Sebelum wujudnya Hibah Amanah TH, bagaimana TH menguruskan akaun simpanan TH Pendeposit yang telah meninggal dunia?

      • Bagi Pendeposit yang membuat Penamaan, baki akaun simpanan TH Pendeposit boleh dituntut oleh penama yang telah dilantik oleh pendeposit semasa hayatnya. Penama yang dilantik adalah merupakan Pentadbir/Pemegang Amanah sahaja dan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun simpanan TH Pendeposit kepada waris mengikut Hukum Faraid.

      • Bagi Pendeposit yang tidak membuat Penamaan, waris Pendeposit boleh membuat tuntutan ke atas akaun simpanan TH Pendeposit dengan mengemukakan Surat Kuasa (Mahkamah/Pejabat Tanah/Amanah Raya Berhad)

    • Apakah peranan dan tanggungjawab TH dalam perjanjian Hibah Amanah TH?

      Penerima Hibah Amanah melantik Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah. Namun, selepas kematian Pemberi Hibah Amanah, TH berperanan sebagai Pemegang Amanah Gantian untuk mentadbir dan membahagikan Harta Hibah Amanah (wang simpanan TH) yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah.

    • Dimanakah permohonan Hibah Amanah TH ini boleh dilakukan?

      Permohonan Hibah Amanah TH boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh Malaysia.

    • Adakah Penerima Hibah Amanah perlu mengesahkan persetujuan pembahagian Hibah Amanah TH ini?

      Pemberi Hibah Amanah perlu mendapatkan persetujuan daripada Penerima Hibah Amanah sebelum pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat kerana Ijab dan Qabul (sighah) di antara kedua-dua pihak adalah wajib.

    • Bolehkah Pemberi Hibah Amanah menggunakan wang dalam akaun simpanan TH setelah membuat permohonan Hibah Amanah TH?

      Boleh. Pemberi Hibah Amanah boleh menggunakan Harta Hibah Amanah tersebut untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana Pemberi Hibah Amanah/Penerima Hibah Amanah masih hidup.

    • Bagaimana jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah?

      Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Harta Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah. Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada waris Penerima Hibah Amanah mengikut surat kuasa mentadbir yang dikemukakan oleh waris Penerima Hibah Amanah apabila membuat tuntutan.

    • Siapakah yang boleh membuat tuntutan Hibah Amanah TH tersebut jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah?

      Waris kepada Penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan ke atas Harta Hibah Amanah TH tersebut di mana-mana pejabat cawangan TH.

    • Bolehkah Pemberi Hibah Amanah mendaftar Hibah Amanah TH sekiranya beliau telah pun membuat Penamaan bagi akaun simpanannya di TH?

      Boleh, tetapi Penamaan yang sedia ada akan terbatal. Hibah Amanah TH memberi pilihan kepada Pemberi Hibah Amanah sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang simpanannya di TH. Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah sebanyak seratus peratus (100%). Sekiranya Pemberi Hibah Amanah membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah terbatal.

    • Bolehkan orang yang tidak waras dan/atau berumur di bawah 18 tahun menjadi Penerima Hibah Amanah?

      Boleh, tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun dan/atau tidak waras, Penjaga Sah bertanggungjawab ke atas segala transaksi yang terlibat untuk kepentingan dan kebajikan Penerima Hibah Amanah tersebut. Apabila Penerima Hibah Amanah mencapai umur 18 tahun, maka gugurlah kuasa sebagai Penjaga Sah. Manakala bagi Penerima Hibah yang tidak waras, kuasa sebagai Penjaga Sah adalah kekal selagi tidak dipinda ataupun dibatalkan.

    • Bolehkah akaun pelaburan KWSP-TH dihibahkan?

      Tidak boleh, hanya akaun simpanan TH sahaja boleh dihibahkan kerana akaun pelaburan KWSP-TH tersebut bukan milik sempurna Pendeposit pada ketika itu.

    • Pengagihan Hibah Amanah TH dilaksanakan mengikut amaun atau peratusan?

      • Pengagihan Hibah Amanah TH akan ditentukan oleh Pemberi Hibah Amanah mengikut peratusan. Amaun yang akan diterima oleh Penerima Hibah Amanah adalah bergantung kepada jumlah baki akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah semasa tuntutan dibuat.

      • Manakala sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu, bayaran akan dibuat kepada waris berdasarkan peratusan ke atas amaun yang ada pada tarikh kematian Penerima Hibah Amanah dan sekiranya amaun tersebut telah berkurangan TH akan membuat bayaran berdasarkan baki semasa tuntutan dibuat oleh waris dan adalah menjadi tanggungjawab Pemberi Hibah Amanah untuk membuat perbezaan bayaran kepada waris Penerima Hibah Amanah.

    • Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat permohonan dan tuntutan Hibah Amanah TH ?

      1. Dokumen yang perlu dikemukakan oleh Pendeposit semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH

        • Borang Permohonan Hibah Amanah TH (JP031)

        • Surat Kuasa Wakil

        • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah / Pendeposit (asal dan salinan diakui sah);

        • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah / Penjaga Sah / Penerima Namaan (salinan diakui sah);

        • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah);

        • Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah)

      2. Dokumen yang perlu dikemukakan oleh Penerima Hibah Amanah / Waris Penerima Hibah Amanah semasa membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH

        • Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH (JP035)

        • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah / Penjaga Sah / Penerima Namaan (asal dan salinan diakui sah)

        • Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah. (asal dan salinan diakui sah)

        • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan (jika Penerima Hibah Amanah di bawah umur 18 tahun dan/atau tidak waras). (asal dan salinan diakui sah)

        • Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah / Penerima Namaan yang telah meninggal dunia. (asal dan salinan diakui sah)

        • Surat Kuasa Mentadbir (sekiranya Penerima Hibah Amanah / Penerima Namaan telah meninggal dunia). (asal dan salinan diakui sah)

    • Adakah Penerima Hibah Amanah akan menerima notifikasi selepas permohonan Hibah Amanah TH didaftarkan?

      Tidak. Adalah menjadi tanggungjawab Pemberi Hibah Amanah untuk memaklumkan kepada Penerima Hibah Amanah.

    • Bolehkah Penerima Hibah Amanah terdiri daripada kalangan badan kebajikan/ yayasan/ pertubuhan atau institusi tertentu?

      Tidak boleh. Penerima Hibah Amanah TH mestilah terdiri daripada individu yang bukan daripada kalangan badan kebajikan/yayasan/pertubuhan atau institusi tertentu.

    • Semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH, berapakah baki minima yang perlu ada di dalam Akaun TH?

      Baki minima Akaun TH hendaklah berjumlah RM1,200.00 (termasuk RM200.00 yuran pendaftaran & GST) ke atas dan sekiranya Pendeposit ada membuat pendaftaran haji (kecuali KWSP), baki minima hendaklah berjumlah RM2,500.00 ke atas.

    • Mengapakah perlu ada baki minima RM1,000.00 (tidak termasuk RM200.00 yuran pendaftaran dan GST) di dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah setelah mendaftar Hibah Amanah TH?

      Pemberi Hibah Amanah mestilah pada setiap masa mengekalkan baki wang simpanan minimum berjumlah RM1,000.00 bagi memastikan wujudnya Harta Hibah Amanah apabila berlakunya kematian Pemberi Hbah Amanah /Penerima Hibah Amanah.

    • Bolehkah Pemberi Hibah Amanah meminda dan/atau membatal Hibah Amanah TH tanpa persetujuan Penerima Hibah Amanah?

      • Boleh, sekiranya Penerima Hibah Amanah itu terdiri daripada anak kandung/cucu kandung kepada Pemberi Hibah Amanah.

      • Selain daripada pertalian tersebut, Pemberi Hibah Amanah perlu mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada Penerima Hibah Amanah sebelum pindaan atau pembatalan dibuat.

      • Bagi kedua-dua situasi di atas, pindaan atau pembatalan perlulah dilaksanakan semasa Penerima Hibah Amanah masih hidup sahaja.

    • Bagaimanakah Pemberi Hibah Amanah boleh meminda Hibah Amanah TH?

      • Hibah Amanah TH boleh dipinda untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

        1. Pembatalan salah seorang atau lebih Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah Penerima Namaan.
        2. Tambahan Penerima Hibah Amanah Penerima Namaan.
        3. Penggantian Penerima Hibah Amanah Penjaga Sah Penerima Namaan.
        4. Meminda peratusan Bahagian Harta Hibah Amanah

      • Melengkapkan Borang Pindaan Hibah Amanah TH Penamaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    • Bagaimanakah Pemberi Hibah Amanah boleh membatalkan Hibah Amanah TH?

      Hibah Amanah TH boleh dibatalkan dengan melengkapkan Borang Pembatalan Hibah Amanah TH Penamaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan

    • Bolehkah akaun simpanan Pemberi Hibah Amanah TH ditutup selepas pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat?

      Boleh sekiranya Pemberi Hibah Amanah membuat pembatalan Hibah Amanah TH terlebih dahulu sepertimana yang dinyatakan pada bilangan 19 dan 21 di atas.

    • Apakah yang akan berlaku jika Pemberi Hibah Amanah muflis?

      Hibah Amanah TH tidak terbatal tetapi TH akan menguruskan Hibah Amanah TH tersebut mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh TH tertakluk kepada undang-undang kebankrapan yang berkuatkuasa. TH berhak untuk membekukan Harta Hibah Amanah jika terdapat sebarang peruntukan undang-undang yang memerlukannya berbuat demikian sehingga perkara tersebut diselesaikan dengan pihak yang terbabit. TH tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil di bawah peruntukan ini.

    • Apakah yang akan berlaku jika Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental?

      Dalam keadaan Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental, pengeluaran wang daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah oleh wakil dibenarkan dengan syarat mendapat persetujuan secara bertulis daripada semua waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH yang berkuatkuasa serta Borang Permohonan Hibah Amanah THPenamaan.

    • Apakah perbezaan antara Penamaan dan Hibah Amanah TH?

      Deskripsi Penamaan Hibah Amanah TH
      Kelayakan Pemohon/Pemberi Hibah Amanah
      • Pemohon mestilah seorang pendeposit TH;
      • Waras; dan
      • Berumur 18 tahun dan ke atas.
      • Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Borang Penamaan.
      • Pendeposit TH
      • Waras;
      • Berumur 18 tahun dan ke atas;
      • Mempunyai akaun simpanan dewasa; dan
      • Tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH Penamaan, Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
      Kelayakan Penerima Namaan/Penerima Hibah Amanah
      • Bilangan Penerima Namaan adalah terhad kepada dua (2) orang sahaja;
      • Waris mengikut Hukum Syarak;
      • Waras; dan
      • Tiada had umur.
      • ​Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
      • ​Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah;
      • Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
      • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
      • ​Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
      Dokumen Sokongan Untuk Permohonan
      • Dokumen pengenalan diri Pendeposit TH.
      • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah (asal dan salinan diakui sah);
      • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah /Penjaga Sah (salinan diakui sah);
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah);
      • Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah)
      • Pemberi Hibah Amanah meninggal dunia; atau
      • Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah.
      Bila Pembayaran Berlaku
      • Pendeposit meninggal dunia.
      • Pemberi Hibah Amanah meninggal dunia; atau
      • Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah
      Penerima Pembayaran Penamaan/Hibah Amanah TH

      Wang simpanan Pendeposit akan dibayar kepada Penerima Namaan yang dinamakan di dalam Borang Penamaan yang akan membuat pembahagian mengikut Hukum Syarak (Faraid).

      Harta Hibah Amanah akan dibayar kepada Penerima Hibah Amanah/*Penjaga Sah yang dinamakan di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH Penamaan atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

      Pendaftaran
      • Pendeposit hadir di pejabat cawangan TH;
      • Lengkapkan Borang Penamaan (Tanda tangan dan cap ibu jari kiri pendeposit diperlukan).
      • Pemberi Hibah Amanah hadir di pejabat cawangan TH;
      • Lengkapkan Borang Permohonan Hibah Amanah TH Penamaan (JP031), Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
      • Maklumat dan tandatangan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/Penerima Namaan/Saksi diperlukan.
      Kemaskini Maklumat
      • Pendeposit perlu mengisi semula Borang Penamaan yang baru dan Borang Penamaan yang sedia ada akan terbatal.
      • Tidak perlu persetujuan Penerima Namaan.
      • Pemberi Hibah Amanah boleh mengemaskini maklumat peribadinya dengan melengkapkan Borang Maklumat Ahli (JP003), manakala kemaskini maklumat peribadi Penerima Hibah Amanah/Penerima Namaan dan/atau Penjaga Sah perlu menggunakan Borang Kemaskini Maklumat Peribadi Hibah Amanah TH Penamaan (JP032)
      • Tidak perlu persetujuan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan
      Pindaan
      • Pendeposit perlu mengisi semula Borang Penamaan yang baru dan Borang Penamaan yang sedia ada akan terbatal.
      • Tidak perlu persetujuan Penerima Namaan.
      • Pindaan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima HIbah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.
      • Syarat-syarat pindaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pindaan Hibah Amanah TH Penamaan (JP033)
      Pembatalan
      • Pendeposit perlu ke pejabat cawangan TH membuat pembatalan penamaan.
      • Tidak perlu persetujuan Penerima Namaan
      • Pembatalan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.
      • Syarat-syarat pembatalan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pembatalan Hibah Amanah TH Penamaan (JP034).
      Tempoh berkuatkuasa Serta Merta. Serta Merta.
      Kos Permohonan Tiada. RM193.00 (Termasuk GST)
      Kos Pembatalan Tiada. RM74.20 (Termasuk GST)
      Kos Pindaan Tiada. RM10.60 (Termasuk GST)
      Kos Tuntutan Tiada. Sebanyak 1% beserta GST daripada baki wang simpanan TH Pemberi Hibah Amanah atau maksimum RM 10,600.00 (termasuk GST). Bayaran tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah.
      Kos Kemaskini Tiada Tiada
      Had bilangan Penerima Namaan / Penerima Hibah Amanah 2 orang Penerima Namaan Sahaja Tiada Had Bilangan.
      Tempoh proses untuk pembayaran pusaka/Hibah Amanah TH 14 hari bekerja. 30 hari bekerja.
      Bilakah tuntutan boleh dibuat?
      • Setelah Pendeposit meninggal dunia.
      • Penama/Waris perlu melengkapkan Borang JP005 dan/atau JP006
      • Setelah Pemberi Hibah Amanah atau Penerima Hibah Amanah meninggal dunia.
      • Penerima Hibah/Waris Penerima Hibah/Penerima Namaan perlu melengkapkan Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH Penamaan (JP035)

    • Contoh Situasi Berkaitan Hibah Amanah TH

      CONTOH SITUASI 1

      Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      En. Abu (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 25 Mac 2015 dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Aminah dihibahkan sebanyak 50% dan En. Amir sebanyak 50%. Pada 31 Mac 2015 En. Abu meninggal dunia. Jumlah baki simpanan di TH pada ketika itu adalah RM500, 000.00. Berapakah amaun yang akan diterima oleh kedua-dua penerima Hibah tersebut?

      Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En. Abu):

      • Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM500,000.00

      Campur

      • Bayaran ehsan dengan andaian pada kadar 3% bagi tempoh simpanan tahun semasa : RM500,000.00 x (2/12) x 3% = RM2,500.00

        Nota: Bayaran ehsan adalah bayaran yang diberikan kepada akaun simpanan TH yang ditutup dalam tahun semasa atas kadar simpanan tetap perbankan Islam untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap tahun dan tertakluk kepada baki minima akaun pendeposit pada setiap bulan.

      Tolak

      • Baki Minima Tutup Akaun RM5.00 + 6% GST = RM5.30
      • 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM502,494.70) + 6% GST = RM5,326.45
        RM500,000.00 + RM2,500.00 - RM5.30 - RM5,326.45 = RM497,168.25

        Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah adalah RM497,168.25

      • a) Jumlah yang diterima oleh Cik Aminah
        Bahagian yang diterima = 50%
        Baki akaun En Abu= RM497, 168.25

        Oleh itu,
        50% x RM497, 168.25 = RM248,584.13

      • b) Jumlah yang diterima oleh En. Amir
        Bahagian yang diterima = 50%
        Baki akaun En Abu = RM497,168.25

        Oleh itu,
        50% x RM497, 168.25 = RM248,584.13

      CONTOH SITUASI 2

      Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      En Hussaini (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Zulaika dihibahkan sebanyak 20%, En Ridzuan sebanyak 20% dan En Rafizi dihibahkan dengan kadar peratusan 30%. Selain itu, beliau juga telah menamakan anak beliau, Mohd Haziq sebagai Penerima Namaan bagi baki lebihan iaitu sebanyak 30%. Pada 1 April 2015, En. Hussaini telah meninggal dunia. Jumlah baki akaun simpanan TH En. Hussaini pada ketika itu adalah RM2 juta<. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh ketiga - tiga Penerima Hibah Amanah dan seorang Penerima Namaan yang telah dinamakan berdasarkan situasi di atas?

      Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En Hussaini):

      • Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM2,000,000.00

      Campur

      • Bayaran ehsan dengan andaian pada kadar 3% bagi tempoh simpanan tahun semasa : RM2,000,000 x (3/12) x 3% = RM15,000.00

        Nota: Bayaran ehsan adalah bayaran yang diberikan kepada akaun simpanan TH yang ditutup dalam tahun semasa atas kadar simpanan tetap perbankan Islam untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap tahun dan tertakluk kepada baki minima Akaun pendeposit pada setiap bulan.

      Tolak

      • Baki Minima Tutup Akaun RM5.00 + 6% GST = RM5.30
      • 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM2,014,994.70) + 6% GST = RM21,358.95 (kadar maksima RM10,600.00)

      RM2,000,000 + RM15,000 - RM5.30 - RM10,600 = RM2,004,394.70

      Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah dan Penerima Namaan adalah RM2, 004,394.70

      • a) Jumlah yang diterima oleh Cik Zulaika
        Bahagian yang diterima = 20%
        Baki akaun En Hussaini = RM2, 004,394.70

        Oleh itu,
        20% x RM2, 004,394.70​ = RM400, 878.94

      • b) Jumlah yang diterima oleh En Ridzuan
        Bahagian yang diterima = 20%
        Baki akaun En Hussaini = RM2, 004,394.70

        Oleh itu,
        20% x RM2, 004,394.70​= RM400, 878.94

      • c) Jumlah yang diterima oleh En Rafizi
        Bahagian yang diterima = 30%
        Baki akaun En Hussaini = RM2, 004,394.70

        Oleh itu,
        30% x RM2, 004,394.70 = RM601, 318.41

      • d) Jumlah yang diterima oleh Mohd Haziq (Penerima Namaan)
        Bahagian yang diterima = 30%
        Baki akaun En Hussaini = RM2, 004,394.70

        Oleh itu,
        30% x RM2, 004,394.70 = RM601, 318.41

      CONTOH SITUASI 3

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      En. Hassan (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Noni dihibahkan sebanyak 70%, En. Zul sebanyak 30%. Pada 1 April 2015 Cik Noni meninggal dunia dan waris Cik Noni datang ke TH untuk membuat tuntutan. Pada ketika itu baki Akaun TH En. Hassan adalah berjumlah RM50, 000.00. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh waris Cik Noni?

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Noni
        Bahagian yang dituntut = 70%
        Baki akaun En Hassan = RM50, 000.00
        Oleh itu,

      Tolak

      • Baki Minima Tutup Akaun RM5.00 + 6% GST = RM5.30

        RM50,000.00 - RM5.30 = RM49,994.70

        Jumlah yang akan diagihkan kepada Waris Penerima Hibah adalah RM49, 994.70
        70% x RM49, 994.70 = RM34, 996.29

      Tolak

      • 1% Yuran Tuntutan (1% x RM34, 996.29) + 6% GST = RM370.96

        RM34,996.29 - RM370.96 = RM34,625.33

        Amaun diterima = RM34, 625.33

      CONTOH SITUASI 4

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Penerima Namaan Masih Hidup:

      En. Hussaini (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Zulaika dihibahkan sebanyak 20%, En. Ridzuan sebanyak 20% dan En. Rafizi dihibahkan dengan Kadar 30%. Selain itu, beliau juga telah menamakan anak beliau, Mohd Haziq sebagai Penerima Namaan bagi baki lebihan iaitu sebanyak 30%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik. Zulaika meninggal dunia dan waris beliau telah menuntut bahagian atas agihan peratusan beliau sebanyak 20%. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Hussaini adalah sebanyak RM8 juta. 6 bulan kemudian, En. Ridzuan pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Hussaini adalah sebanyak RM4 juta. Setelah 5 tahun, En Rafizi meninggal dunia dan waris beliau telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang telah diberikan. Jumlah baki akaun En.Hussaini pada ketika itu adalah sebanyak RM10 juta. Berapakah jumlah tuntutan yang akan diterima oleh ketiga- tiga waris Penerima Hibah Amanah berdasarkan situasi di atas?

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Zulaika
        Bahagian yang dituntut = 20%
        Baki akaun En Hussaini = RM8 juta
        Oleh itu,

        • Tolak

          Baki Minima Tutup Akaun RM5.00 + 6% GST = RM5.30

          RM8,000,000.00 – RM5.30 = RM7,999,994.70

          Jumlah yang akan diagihkan kepada Waris Penerima Hibah adalah RM7,999,994.70

          20% x RM7,999,994.70 = RM1,599,998.94

        • Tolak

          1% Yuran Tuntutan (1% x RM1,599,998.94) + 6% GST = RM16,959.99

          (Kadar Maksima RM10, 600.00)

          RM599,998.94 - RM10,600.00 = RM1,589,398.94

          Amaun diterima = RM1,589,398.94

      • b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Ridzuan
        Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Zulaika peratusan ini telah menjadi 25%.
        {20% / 80% (100% - 20% peratus yang telah dituntut) x 100% ​ = 25%}
        Baki akaun En Hussaini = RM4 juta
        Oleh itu,
        RM4, 000,000.00 - RM5.30 = RM3,999,994.70
        25% x RM3,999,994.70 = RM999,998.68

        Nota: Memandangkan yuran tuntutan maksimum bagi satu akaun Hibah Amanah TH ialah RM10, 600.00 dan yuran tuntutan ini tidak akan dikenakan lagi kepada Akaun TH Pemberi Hibah Amanah.

      • c) Jumlah yang diterima oleh waris En. Rafizi
        Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Zulaika dan En Ridzuan peratusan ini telah menjadi 50%
        {30% / 60% (100% - 40% peratus yang telah dituntut) x 100%​= 50%}
        Baki akaun En Hussaini = RM10 juta
        Oleh itu,
        RM10, 000,000.00 - RM5.30 = RM9,999,994.70
        50% x RM9,999,994.70 = RM4,999,997.35

        Nota: Memandangkan yuran tuntutan maksimum bagi satu akaun Hibah Amanah TH ialah RM10, 600.00 dan yuran tuntutan ini tidak akan dikenakan lagi kepada Akaun TH Pemberi Hibah Amanah.

      CONTOH SITUASI 5

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      En. Adnan (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Nurul dihibahkan sebanyak 20%, En. Amirul sebanyak 20% dan En. Hamdan dihibahkan dengan kadar 60%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik Nurul meninggal dunia dan waris beliau telah menuntut bahagian atas agihan peratusan beliau sebanyak 20%. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Adnan adalah sebanyak RM800,000.00. 6 bulan kemudian, En. Amirul pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En. Adnan adalah sebanyak RM2 juta. Sebulan selepas En. Amirul meninggal dunia, En. Hamdan pula meninggal dunia. Pada ketika itu jumlah baki Akaun En. Adnan adalah sebanyak RM50,000.00. Berapakah jumlah tuntutan yang akan diterima oleh ketiga-tiga waris Penerima Hibah Amanah tersebut berdasarkan situasi di atas?

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Nurul
        Bahagian yang dituntut = 20%
        Baki akaun En. Adnan = RM800,000.00
        RM800,000.00 – RM5.30 = RM799,994.70

        Oleh itu,
        20% x RM799,994.70 = RM159,998.94
        1% Yuran Tuntutan x RM159,998.94 + 6% GST = RM1,695.99
        RM159,998.94 - RM1,695.99 = RM158,302.95

      • b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Amirul
        Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Nurul peratusan ini telah menjadi 25%.
        {20% / 80% (100% - 20% peratus yang telah dituntut) x 100%​= 25%}
        Baki akaun En. Adnan = RM2 juta
        RM2, 000,000.00 – RM5.30 = RM1,999, 994.70

        Oleh itu,
        25% x RM1, 999, 994.70 = RM499,998.68
        1% Yuran Tuntutan x RM499, 998.68 + 6% GST = RM5,299.99
        RM499,998.68 – RM5,299.99 = RM494,698.69

      • c) Jumlah yang diterima oleh waris En. Hamdan
        Bahagian yang dituntut = 60% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Nurul dan En. Amirul peratusan ini telah menjadi 100%
        {60% / 60% (100% - 40% peratus yang telah dituntut) x100% ​= 100%}
        Baki akaun En.Adnan = RM50,000.00
        RM50,000.00 – RM5.30 = RM49,994.70

        Oleh itu,
        100% x RM49,994.70 = RM49,994.70
        1% Yuran Tuntutan x RM49,994.70 + 6% GST = RM529.94
        RM49,994.70 – RM529.95 = RM49,464.76

        Nota:
        Dalam situasi C, pencairan RM1, 000.00 akan dilakukan dan Hibah Amanah tersebut akan terbatal oleh kerana tidak ada Penerima Hibah lagi.

      CONTOH SITUASI 6

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Akaun Pemberi Hibah Amanah Ada Pendaftaran Haji Biasa (Kecuali KWSP)

      En. Raman (Pemberi Hibah Amanah) telah membuat pendaftaran haji biasa dan juga telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Noni dihibahkan sebanyak 50% dan En. Zam sebanyak 50%. Pada 1 April 2015 Cik Noni meninggal dunia dan waris Cik Noni datang ke TH untuk membuat tuntutan. Pada ketika itu baki Akaun TH En. Raman adalah berjumlah RM100,000.00. Pada 1 Jun 2015 En. Zam pula meninggal dunia dan ketika itu baki wang Simpanan En. Raman berjumlah RM50,000.00. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh kedua-dua waris tersebut?

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Noni
        Bahagian yang dituntut = 50%
        Baki akaun En. Raman RM100, 000.00 dan ada membuat pendaftaran haji biasa
        Oleh itu,
        RM100, 000.00 – RM5.30 – RM1,300.00 = RM98,694.70
        50% x RM98,694.70 = RM49,347.35
        1% Yuran Tuntutan x RM49,347.35 + 6% GST = RM523.08
        RM49,347.35 – RM523.08 = RM48,824.27

      • b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Zam
        Bahagian yang dituntut = 50% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Noni peratusan ini telah menjadi 100%.
        {50% / 50% (100% - 50% peratus yang telah dituntut) x 100% = 100%}
        Baki akaun En.Raman RM50, 000.00 dan ada pendaftaran haji biasa
        Oleh itu,
        RM50, 000.00 - RM5.30 – RM1,300.00 = RM48,694.70
        100% x RM48,694.70 = RM48,694.70
        1% Yuran Tuntutan x RM48,694.70 + 6% GST = RM516.17
        RM48,694.70 – RM516.17 = RM48,178.53

        Nota:
        Dalam situasi B, pencairan RM1,000.00 akan dilakukan dan Hibah Amanah tersebut akan terbatal oleh kerana tidak ada Penerima Hibah lagi.

      CONTOH SITUASI 7

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Kemudian Pemberi Hibah Amanah Pula Meninggal Dunia:

      En. Azman (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Hayati dihibahkan sebanyak 50%, dan En. Amin sebanyak 50%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik Hayati meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Azman adalah sebanyak RM100, 000.00. 2 bulan kemudian, En. Amin pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En. Azman adalah sebanyak RM200,000.00. Sebulan selepas En. Amin meninggal dunia, En. Azman (Pemberi Hibah) pula meninggal dunia. Pada ketika itu jumlah baki Akaun En. Azman adalah sebanyak RM250,000.00. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh kedua-dua waris Penerima Hibah Amanah tersebut berdasarkan situasi di atas dan siapakah yang berhak ke atas wang simpanan setelah kematian En. Azman?

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Hayati
        Bahagian yang dituntut = 50%
        Baki akaun En. Azman = RM100,000.00
        RM100,000.00 – RM5.30 = RM99,994. 70

        Oleh itu,
        50% x RM99,994. 70 = RM49,997.35
        1% Yuran Tuntutan x RM49,997.35 + 6% GST = RM529.97
        RM49,997.35 - RM529.97 = RM49,467.38

      • b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Amin
        Bahagian yang dituntut = 50% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Hayati peratusan ini telah menjadi 100%.
        {50% / 50% (100% - 50% peratus yang telah dituntut) x 100%​ = 100%}
        Baki akaun En. Azman = RM200,000.00

        Oleh itu,
        RM200,000.00 – RM5.30 = RM199,994.70
        100% x RM199,994.70 = RM199,994.70
        1% Yuran Tuntutan x RM199,994.70 + 6% GST = RM2,119.95
        RM199,994.70 – RM2,119.95 = RM197,874.75

        Nota:
        Pencairan amaun RM1,000.00 berlaku dalam situasi B dan baki Akaun Pendeposit/Pemberi Hibah Amanah cuma tinggal RM5.30 sahaja.

      • c) Setelah kematian Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (En. Azman)
        Baki Akaun En. Azman = RM250, 000.00
        En. Azman tidak membuat pindaan Hibah Amanah atau Penamaan yang baru.
        Oleh itu,
        Tuntutan pusaka boleh dibuat oleh mana-mana waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak atau mana-mana pihak dengan mengemukakan Surat Kuasa (Mahkamah/Pejabat Tanah/Amanah Raya Berhad) dan proses tuntutan adalah tidak menggunakan Sistem Hibah Amanah tetapi menggunakan Sistem Pusaka.

      CONTOH SITUASI 8

      Penerima Hibah Amanah Hybrid (Hibah dan Penamaan) Meninggal Dunia Dan Pemberi Hibah Amanah Pula Meninggal Dunia.

      En. Abu Bakar (pemberi hibah amanah) telah mendaftar hibah amanah dan penamaan TH (Hybrid) pada 1 Februari 2016. En Abu Bakar menamakan 4 orang penerima Hibah Amanah mengikut agihan keputusan iaitu Cik Wadah dihibahkan sebanyak 10%, En Syafiq dihibahkan sebanyak 30%, Cik Ilyana dihibahkan sebanyak 10% dan En. Adib dihibahkan sebanyak 20%. En. Abu Bakar juga mendaftarkan 2 orang penama iaitu kepada En. Adib dan Cik Linda dengan peratusan 30%.

      Pada 4 Mei 2016, Cik Wadah meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukan pada 1 Jun 2016 ketika itu baki akaun semasa En Abu Bakar adalah berjumlah RM100,000.00. Selepas itu, pada 13 Disember 2016 En. Adib pula meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukkan pada 2 Mac 2017. Baki akaun semasa En Abu Bakar pada tarikh tuntutan adalah berjumlah RM1, 000,000.00.

      Selepas dua tahun 4 bulan 14 hari En Abu Bakar pula meninggal dunia pada tarikh 14 Jun 2018. Baki akaun semasa En Abu Bakar adalah berjumlah RM500,000.00 semasa tuntutan dibuat pada 15/3/2019. Berapakah jumlah tuntutan pembahagian peratusan yang akan diterima oleh penerima Hibah Amanah dan juga Penamaan tersebut?

      Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      • a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Wadah
        Bahagian yang dituntut = 10%
        Baki akaun En. Abu Bakar = RM100,000.00
        RM100,000.00 – RM5.30 = RM99,994. 47

        Oleh itu,
        10% x RM99,994.47 = RM9,999.47
        1% Yuran Tuntutan x RM9,999.47 + 6% GST = RM105.99
        RM9,999.47 - RM105.99 = RM9,893.48

      • b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Adib
        Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris En.Adib peratusan ini telah menjadi 22.22%.
        {20% / 90% (100% - 10% peratus yang telah dituntut) x 100% = 22.22%}
        Baki akaun En.Abu Bakar RM1,000,000.00

        Oleh itu,
        RM1,000,000.00 – RM5.30 = RM999,994.70
        22.22% x RM999,994.70 = RM222,198.82
        1% Yuran Tuntutan x RM222,198.82 + 6% GST = RM2,355.31
        RM222,198.82 – RM2,355.31 = RM219,843.51

        Nota:
        Dalam situasi B, peratusan penamaan tidak boleh dituntut kerana Pendeposit/Pemberi Hibah Amanah masih hidup.

      Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:

      Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En. Abu Bakar):

      • Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM500,000.00

      Campur

      • Bayaran ehsan dengan andaian pada kadar 3% bagi tempoh simpanan tahun semasa : RM500,000.00 x (2/12) x 3% = RM2,500.00

        Nota: Bayaran ehsan adalah bayaran yang diberikan kepada akaun simpanan TH yang ditutup dalam tahun semasa atas kadar simpanan tetap perbankan Islam untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap tahun dan tertakluk kepada baki minima akaun pendeposit pada setiap bulan.

      Tolak

      • a) Baki Minima Tutup Akaun RM5.00 + 6% GST = RM5.3

      • b) 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM502,494.70) + 6% GST = RM5,326.45

        RM500,000.00 + RM2,500.00 - RM5.30 - RM5,326.45 = RM497,168.25

        Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah dan Penerima Namaan adalah RM497,168.25

      • c) Jumlah yang diterima oleh Encik Syafiq
        Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 42.86%
        {30% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 42.86%}
        Baki akaun En Abu Bakar = RM497,168.25

        Oleh itu,
        42.86% x RM497,168.25 = RM213,086.31

      • d) Jumlah yang diterima oleh Cik Ilyana
        Bahagian yang dituntut = 10% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 14.28%
        {10% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 14.28%
        Baki akaun En Abu Bakar = RM497,168.25

        Oleh itu,
        14.28% x RM497,168.25 = RM70,995.63​

      • e) Jumlah yang diterima oleh Cik Linda (Penerima Namaan)
        Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 42.86%
        {30% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 42.86%}
        Baki akaun En Abu Bakar = RM497,168.25

        Oleh itu,
        42.86% x RM497,168.25 = RM213,086.31

      Nota Keseluruhan

      1) Baki Minima RM5.30 dan Amaun Aqad Hibah Amanah RM1,000.00 perlu dikekalkan kerana Pendeposit/Pemberi Hibah Amanah masih belum meninggal dunia.

      2) Pencairan Amaun Aqad Hibah Amanah RM1,000.00 akan dilakukan setelah:-

      • Kematian Pemberi Hibah Amanah; atau
      • Kematian Penerima Hibah Amanah yang terakhir walaupun masih terdapat Penerima Namaan.

      3) Pencairan Amaun Daftar Haji RM1,300.00 akan dilakukan setelah kematian Pemberi Hibah Amanah.

      4) Seandainya pemberi Hibah Amanah ada membuat Pendaftaran Haji maka pengiraan bayaran tuntutan Hibah Amanah kepada waris penerima Hibah Amanah adalah setelah menolak wang pendaftaran haji tersebut.

      5) Sekiranya terdapat pembekuan Akaun ataupun pembekuan amaun ianya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memproses bayaran Hibah Amanah.

      6) Yuran Tuntutan tidak akan dikenakan sekiranya telah mencapai maksimum RM10, 600.00 (termasuk GST).

      7) Baki Minima RM5.30 akan dikenakan ke atas penutupan Akaun TH.

      8) Pengkreditan ke bank adalah tertakluk kepada kadar caj yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

      9) Semua Yuran/Caj/Fee adalah tertakluk kepada GST yang berkuatkuasa.

      10) Seandainya penerima dan pemberi Hibah Amanah meninggal dunia serentak, maka pengiraan bagi Hibah Amanah adalah mengikut pengiraan pemberi Hibah Amanah meninggal dunia.

    • Contoh-contoh Borang Hibah Amanah