Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Kaunter TH
    Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit di kaunter Tabung Haji (TH) adalah :
    • Pembukaan Ahli Baru
      • Akaun Dewasa
        • Berumur 18 tahun dan ke atas
      • Akaun Kanak-Kanak
        • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir
        • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
        • Penjaga adalah pendeposit TH dan berwarganegara Malaysia
        • Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)
    • Simpanan (Tiada Had Simpanan)
      • Bukan Tunai - Cek dan Bank Draft
    • Pengeluaran
      • Had maksimum pengeluaran tunai RM10,000 sahaja
    • Pendaftaran Haji
      Pendaftaran haji terbahagi kepada Pendaftaran Haji Di Dalam Negara dan Pendaftaran Haji Di Luar Negara.
      Untuk mendaftar haji,
      • Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun,atau;
      • Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00 dan sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang terkini ke kaunter untuk mendaftar haji. Sila rujuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.
    • Kaunter Mudah Alih
      Selain itu juga, TH juga menawarkan perkhidmatan kaunter mudah alih (Mobile Counter). Perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007.Ianya bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan TH di lokasi tertentu seperti ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya.

      Konsep ini bertepatan dengan moto “Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang mementingkan keperluan pendeposit. Melalui perkhidmatan ini pelanggan dapat berurusan dengan TH tanpa perlu datang ke kaunter TH, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.

    Waktu Operasi Kaunter TH, klik disini.

  • Kaunter IFiC
    • Kaunter IFiC (Islamic Financial Services Centre)
      Alt text
    • Pengenalan
      1. Industri kewangan Islam di Malaysia telah muncul sebagai satu komponen sistem kewangan yang berdaya maju dan berdaya saing seiring dengan sistem kewangan konvensional dalam menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Dengan adanya industri kewangan Islam ini, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang mempunyai sektor kewangan Islam yang paling komprehensif di dunia.
      2. Sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa, Tabung Haji (TH) telah mengambil inisiatif untuk merealisasikan usaha kerajaan tersebut dengan menubuhkan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) pertama di Malaysia.
      3. Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) telah melibatkan beberapa agensi yang bergabung di bawah satu bumbung untuk menjalankan urusan muamalat iaitu sistem kewangan Islam bersepadu. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah seperti TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Tabung Haji Travel & Services (THTS), dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
      4. Selain menjadi pusat pengurusan kewangan dan pembiayaan Islam, IFiC juga menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang, perlindungan insurans, menyediakan perkhidmatan pelancongan dan juga pakej Haji dan Umrah. Sebagai projek perintis, Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini telah dilancarkan di bangunan TH Johor Bahru berdasarkan keluasan ruang lobi bangunan tersebut yang mempunyai lokasi yang strategik untuk menarik pendeposit-pendeposit ke kawasan tersebut. Antara sasaran pengunjung ke Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini adalah pendeposit dan orang ramai yang tinggal di daerah Johor Bahru dan kawasan-kawasan yang sekitar dengannya.
      5. Sehubungan itu, diharapkan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini akan dapat dibangunkan di tempat strategik yang lain dan muncul sebagai Pusat Kewangan Islam bertaraf Antarabangsa di masa akan datang.
    • Kaunter IFiC
      1. IFiC menyediakan perkhidmatan bercirikan Islam iaitu perkhidmatan Haji, Umrah & Pelancongan, Perbankan Islam dan Insurans (Takaful) secara berpusat (one stop centre)
      2. IFiC bersifat entiti berasingan di antara penyedia perkhidmatan dengan berkongsi semua kemudahan umum bagi pelanggan yang berurusan.
      3. Walaubagaimanapun, susun atur dan prosedur perkhidmatan masih lagi dibahagikan kepada empat agensi yang berasingan.
    • Kelebihan
      Kelebihan IFiC termasuklah:

      1. Penglibatan 4 agensi di bawah satu bumbung berkonsepkan pusat sehenti dapat memberi kemudahan kepada pendeposit yang berurusan.
      2. Gabungan 4 agensi yang berkongsi kemudahan dan prasarana secara tidak langsung memberi penjimatan kos kepada TH.
      3. Menjadi pusat kewangan Islam yang kukuh dan utuh melalui proses keseragaman pengurusan dan penerapan amalan kerjasama.
      4. Mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap sistem kewangan Islam
      5. Peningkatan imej TH melalui pengurusan agensi-agensi yang terlibat dengan cemerlang.
      6. Merupakan pusat kewangan Islam yang menjadi tunggak ekonomi ummah.
    • Agensi-agensi Terlibat
      Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) melibatkan beberapa agensi yang terdiri daripada:

      1. Tabung Haji
      2. Tabung Haji Travel & Services (THTS)
      3. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
      4. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

    Waktu Operasi Kaunter IFIC, klik disini.

  • Kaunter UTC

    URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC)

    UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.

    • UTC KEDAH
      Bangunan MBAS
      Lot 3-11, Tingkat 3
      Jalan Kolam Air
      05675 Alor Setar
      Tel : 04-736 0034
      Fax : 04-736 0035
    • UTC PERAK
      TH UTC Perak
      Lot 10 Tingkat 2
      Bangunan Urban Transformasi Centre
      Jalan Dato’ Onn Jaafar
      30000 Ipoh
      Tel : 05-241 3293
      Fax : 05-241 3492
    • UTC PAHANG
      TH UTC Pahang
      Lot 2-16, Aras 2, Bangunan UTC Pahang
      Jalan Stadium
      25200 Kuantan
      Tel : 09-512 4888
      Fax : 09-512 4777
    • UTC MELAKA
      Lot 1-01, Aras 1, Bangunan UTC
      Jalan Tan Chay Yan
      Off Jalan Hang Tuah
      75300 Melaka
      Tel : 06-281 3218
      Fax : 06-281 0437
    • UTC JOHOR
      L3-UTC-02
      Galleria@Kotaraya
      Jalan Trus
      80000 Johor Bahru
      Tel : 07-221 8226
      Fax : 07-221 9226
    • UTC TERENGGANU
      L1- UTC -02
      Tingkat 1
      Kompleks Paya Bunga Square
      Jalan Masjid Abidin
      20200 Kuala Terengganu
      Tel : 09-631 2691
      Fax : 09-625 2363
    • UTC KELANTAN
      L1.04 Lot 378
      Seksyen 16
      Jalan Hamzah
      15050 Kota Baharu
      Tel : 09-743 8723
      Fax : 09-743 7991
    • UTC SARAWAK
      Lot 337, 352 & 218 Section 47
      Kuching Town Land DistrictBukit Mata
      93100 Kuching, Sarawak
      Tel : 082-423 922
      Fax : 082-421 923

    Waktu Operasi Kaunter UTC Kedah, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak klik disini.

  • Perkhidmatan Saluran Elektronik
    BIL JENIS PERKHIDMATAN KETERANGAN
    1 ATM DAN CDM
    • Pengeluaran melalui ATM
    • Simpanan melalui CDM
    • Pindahan wang dari akaun bank ke akaun TH sendiri dan pihak ketiga
    • Pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank sendiri dan pihak ketiga
    • Pindahan wang dari akaun TH ke akaun TH sendiri dan pihak ketiga
    • Semakan baki
    • Pendaftaran haji
    • Bank terlibat:
      • Bank Islam Malaysia Berhad
      • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
      • Maybank Islamic Berhad
    • Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan perlu membuat pengaktifan kad (link card) ATM bank dengan akaun TH di ATM mesin berkenaan atau pengaktifan di kaunter bank berkaitan. Hanya Buku Akaun Simpanan TH perlu di bawa bagi tujuan pengaktifan
    • Caj perkhidmatan dikenakan adalah RM1.06 (termasuk 6% GST) bagi setiap transaksi kewangan

    • Waktu operasi:
      • 24 jam, 7 hari seminggu
    2 UNITELLER
    • Pembukaan akaun TH
    • Simpanan tunai
    • Simpanan cek
    • Pengeluaran tunai
    • Pindahan wang antara akaun TH
    • Pendaftaran haji
    • Pengaktifan kad ATM bank
    • Kemaskini Buku Akaun Simpanan TH
    • Bank terlibat:
      • Bank Islam Malaysia Berhad
      • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
    • Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit TH
    • Waktu operasi:
      • 9.30 pagi sehingga 4.30 petang
    3 PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
    3.1

    e-THiJARI

    Perkhidmatan yang disediakan

    1. Perkhidmatan Deposit
      • Kemaskini Profil Pendeposit
      • Semakan Baki Akaun
      • Kemaskini Akaun (kemudahan untuk membuat penambahan akaun bagi akaun kanak-kanak di bawah jagaan dan akaun pelaburan KWSP
      • Pindahan Simpanan Antara Akaun TH
      • Permohonan Penyata Akaun (3 bulan terkini)
      • Selenggara Favourite Account
    2. Perkhidmatan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Semakan Pendaftaran Haji
      • Cetakan Slip Pendaftaran Haji
      • Semakan dan Cetakan Surat Jadual Penerbangan
    3. Kelab TaHa
      • Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
      • Semakan Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
    • Boleh diakses melalui www.e-thijari.com.my
    • Manual Pengguna
    • Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit TH
    • Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelangan perlu mendapatkan no. Pin di mana-mana TH berdekatan
    3.2

    M2u

    Perkhidmatan yang disediakan:

    • Pindahan wang dari akaun bank ke akaun TH sendiri dan pihak ketiga
    • Pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank sendiri dan pihak ketiga
    • Pindahan wang dari akaun TH ke akaun TH sendiri dan pihak ketiga
    • Semakan baki
    • Pendaftaran haji
    • Boleh diakses melalui www.m2u.com.my
    • Manual Pengguna
    • Caj perkhidmatan dikenakan RM1.06 (termasuk 6% GST) bagi setiap transaksi Kewangan
    • Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan perlu membuat pengaktifan kad ATM Maybank dengan akaun TH di ATM mesin Maybank
  • Potongan Gaji

    Skim Potongan Gaji Bulanan adalah merupakan kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji (TH) untuk pendeposit membuat simpanan bagi diri dan keluarganya secara bulanan melalui potongan gaji. Skim ini juga bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk dirinya dan anak-anak dari pelbagai peringkat umur termasuk yang baru lahir. Selain itu, potongan gaji juga boleh dibuat untuk suami atau isteri, ibu bapa, dan adik beradik.

    Kelebihan Menyertai Skim Potongan Gaji

    • Simpanan boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke Pejabat TH.
    • Anak-anak boleh menjadi pendeposit TH sejak ianya dilahirkan dan mempunyai simpanan dari potongan gaji ibu bapanya.
    • Dapat menanam sikap berjimat cermat dan minat menabung dikalangan kanak-kanak dan merancang keperluan mereka dimasa hadapan.
    • Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardhu Haji, simpanan bulanan secara tetap akan membantu merealisasikan impian anda.

    Terma Potongan Gaji

    • Setiap pemohon dan ahli keluarga hendaklah terlebih dahulu menjadi pendeposit TH untuk mendapatkan nombor akaun sebelum membuat simpanan melalui potongan gaji.
    • Potongan paling minima yang boleh dibuat ialah RM10.00.

    Potongan Gaji Majikan

    Individu boleh datang ke kaunter TH dengan mendapatkan :

    1. Borang (JP010)
    2. Borang (JP010-01)

    Borang JP010, JP010-01 (salinan Tabung Haji) yang telah dilengkapi hendaklah dihantar terus ke TH. Manakala salinan Borang JP010 (salinan Majikan) dihantar kepada majikan masing-masing, dan Borang JP010-01 (salinan pendeposit) untuk disimpan oleh pendeposit.

  • Ahli KWSP

    SKIM PELABURAN AHLI KWSP

    • Lembaga Tabung Haji (TH) telah dilantik oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai 01 Januari 1997 sebagai salah sebuah institusi di bawah Skim Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang telah dilancarkan pada November 1996.
    • Skim ini membolehkan ahli-ahli KWSP yang memenuhi syarat-syarat melaburkan wang mereka di dalam mana-mana institusi yang diluluskan oleh pihak KWSP.
    • Syarat-syarat menyertai skim ini boleh diperolehi di mana-mana TH Cawangan.

    PENDAFTARAN HAJI PENCARUM KWSP

    Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan pendeposit TH yang mencarum dengan KWSP membuat pendaftaran haji dengan TH tanpa perlu mendepositkan RM1,300.00 dalam akaun TH.

    Pendaftaran haji boleh dibuat dimana-mana kaunter TH atau kaunter Uniteller Bank Islam dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dengan mengemukakan Penyata KWSP yang terkini.

    Syarat-syarat kelayakan bagi pendeposit TH yang juga ahli KWSP membuat Pendaftaran Haji adalah seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
    • Beragama Islam
    • Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
    • Belum mencapai umur 55 tahun
    • Mempunyai akaun simpanan TH

    PENGELUARAN HAJI PENCARUM KWSP

    Inisiatif Pengeluaran Haji Wang Caruman KWSP bagi mencukupkan bayaran haji telah diperkenalkan pada 28 September 2012 menerusi Bajet 2013.

    Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan mengemukakan surat tawaran menunaikan haji tahun semasa. Maksimum Pengeluaran Haji adalah sebanyak RM3,000 dengan syarat-syarat tertentu.

    Syarat – syarat Pengeluaran :

    Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    • Pendeposit TH yang juga ahli KWSP berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ untuk mengerjakan Haji daripada TH;
    • Pendeposit TH yang juga ahli KWSP belum cukup simpanan di TH bagi tujuan mengerjakan Haji;
    • Kelayakan Amaun Pengeluaran :
      Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun TH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah);
    • Bayaran pengeluaran dibayar secara terus ke akaun TH
    • Kelayakan pengeluaran sekali sahaja
    • Pengembalian amaun pengeluaran :
      1. Sekiranya ahli membatalkan/menangguhkan pemergian Haji, ahli perlu mengembalikan semula amaun pengeluaran kepada KWSP dan tindakan pemulihan akaun akan dibuat.
      2. Sekiranya berlaku kematian ahli selepas pengeluaran dibuat, waris ahli tidak perlu mengembalikan amaun tersebut kerana telah menjadi harta pusaka dan tuntutan oleh waris tertakluk kepada prosedur semasa TH.

    Untuk maklumat lanjut bagi Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan Pengeluaran Haji Pencarum KWSP di laman sesawang KWSP atau hubungi THCC di talian 03-6207 1919.

  • Ejen Kutipan Simpanan

    Tabung Haji (TH) telah mengambil insiatif dengan berkolaborasi dengan 13 bank yang dilantik sebagai Ejen Kutipan Simpanan berikut untuk memudahkan urusan pendeposit TH;

    AgenPERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN KADAR CAJ
    (TIDAK TERMASUK GST)
    CARA CAJ DIKENAKAN
    1POS BHD
    (Pos Malaysia Berhad)
    • Kaunter (Tunai)
    • Pos Online
    RM0.60
    RM0.60
    DEBIT AKAUN TH
    2BSN
    (Bank Simpanan Nasional)
    • Kaunter (Debit Akaun/Tunai)
    • Automated Teller Machine (ATM)
    • Standing Instruction (SI)
    RM0.50
    RM0.50
    RM0.50
    DEBIT AKAUN TH
    3BIMB
    (Bank Islam Malaysia Berhad)
    • Standing Instruction (SI)
    • Internet Banking (IB)
    • Short Message System (SMS)
    RM0.60
    RM0.60
    RM0.60
    DEBIT AKAUN TH
    4CIMB (BCB)
    • Internet Banking (IB)
    RM0.50 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    5RHB
    (Rashid Hussein Bank)
    • Internet Banking (IB)
    RM0.50 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    6PBB
    (Public Bank Berhad)
    • Internet Banking (IB)
    • Automated Teller Machine (ATM)
    • Enhanced Standing Instruction (ESI)
    RM0.50
    RM0.50
    RM1.00
    DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    7AMB
    (Ambank Berhad)
    • Kaunter (Debit Akaun)
    • Internet Banking (IB)
    • Automated Teller Machine (ATM)
    RM0.50
    RM0.50
    RM0.50
    DEBIT AKAUN TH
    8MUAM(Bank Muamalat Malaysia Bhd)
    • Kaunter (Debit Akaun/ Tunai)
    • Internet Banking (IB)
    RM0.60 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    9HONG LEONG ISLAMIC BANK (Menggantikan Eon Bank Berhad)
    • Kaunter (Debit Akaun/ Tunai)
    • Internet Banking (IB)
    RM0.50
    RM0.50
    DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    10BKRM (Bank Kerjasama Rakyat M’sia)
    • Internet Banking (IB)
    RM0.60 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    11AFB (Asian Finance Bank)
    • Kaunter (Tunai)
    RM0.50 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    12Kuwait Finance House
    • Internet Banking (IB)
    RM0.50 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
    13Affin Islamic Bank Berhad
    • Internet Banking (IB)
    RM1.00 DEBIT AKAUN TH (UPFRONT)
  • Perkhidmatan Auto-Debit
    • Perkhidmatan Auto-Debit merupakan satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan di mana pelanggan boleh membuat pembayaran kepada pelan takaful yang berkaitan dengan mendebit akaun TH pelanggan secara auto.
    • Arahan Auto-Debit boleh dibuat oleh pelanggan di mana-mana premis Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ataupun melalui agen STMB yang terpilih.
    • Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit TH.
  • Caj Perkhidmatan

    Perlaksanaan GST: Bermula 1 April 2015, perkhidmatan TH di bawah tertakluk kepada 6% GST (termasuk dalam caj semasa)

    BIL JENIS TRANSAKSI CAJ SEMASA
    (+ 6% GST)
    RM
    1 Permohonan Salinan Penyata
    • Bagi tempoh 6 bulan
    • Bagi tempoh setahun
    5.30
    10.60
    2 Pindahan Telegrafik (TT) Sekali\ 2.12
    3 Pindahan Telegrafik (TT) Arahan Tetap*
    (Bagi TT Arahan Tetap, caj tambahan RM1.00 akan dikenakan untuk setiap kali transaksi Arahan Tetap dilakukan)
    2.12
    1.06
    4 Bank Draft* (Permohonan hanya boleh dibuat di TH Jalan Tun Razak) 2.80
    5 Pindahan Simpanan Arahan Tetap TH ke TH 1.06
    6 Transaksi ATM dan CDM* 1.06
    7 Transaksi Maybank2u* 1.06
    8 Simpanan Syiling Kaunter bagi jumlah simpanan
    RM500.00 dan ke atas untuk setiap transaksi
    (Caj ini dikecualikan bagi pejabat TH yang mempunyai CoDM-Coin Deposit Machine
    2.12
    9 Gantian Buku Penuh
    • Pengecualian GST bagi buku rosak dan buku hilang
    1.06
    5.00
    (tiada GST)
    10 Penutupan Akaun 5.30
    Nota:
    1. *Caj ini adalah bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak bank dari semasa ke semasa