Jabatan-Jabatan dan Fungsinya                                                                                                      

Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif | Jabatan Khidmat Pendeposit Dan Operasi | Jabatan Haji | Jabatan Pelaburan | Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan | Jabatan Sumber Manusia
| Jabatan Pengurusan Hartanah Dan Pentadbiran | Jabatan Kewangan | Jabatan Teknologi Maklumat
                                                                                                                          

TH diterajui oleh lapan jabatan yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri yang disusun secara sistematik dan  teratur  bagi  menjamin perkhidmatan yang cekap dan efisyen bagi setiap pihak samada pelanggan ataupun anggota.

Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif

Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat Kumpulan

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan dalaman dan luaran, menyalurkan maklumat serta pengurusan imej dan identiti TH kearah kecemerlangan.                                                                         

Bahagian Perundangan

Menyediakan khidmat nasihat (advisory), gubalan (drafting), semakan dokumen undang-undang (perusal), litigasi (litigation), penyiasatan, penyediaan dan pendakwaan kes-kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Pendakwaan & Penguatkuasaan), urusan-urusan hartanah (property development) dan perkhidmatan korporat dan kesetiausahaan syarikat.                                                                       

Bahagian Pengurusan Audit Dalam

Bertanggungjawab menjalankan aktiviti secara bebas, objektif dan memberi perundingan yang dirancang untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Bahagian ini turut membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan yang sistematik dan teratur untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan organisasi dalam mengurus risiko, kawalan dan keutuhan pengurusan.

Bahagian Pengurusan Risiko

Bertanggungjawab menerapkan budaya pengurusan risiko secara aktif dan konsisten di semua peringkat kumpulan TH. Memberikan khidmat nasihat yang bebas berdasarkan konsep pengurusan risiko demi menambahbaik keberkesanan operasi di kumpulan TH. Menguruskan risiko-risiko utama di TH berlandaskan Rangkakerja Pengurusan Risiko yang menyeluruh.                                                                                 

Jabatan Khidmat Pendeposit Dan Operasi

Jabatan ini adalah bertanggungjawab ke atas segala urusan simpanan dan pengeluaran wang pendeposit sama ada di pejabat-pejabat daerah, negeri dan ibu pejabat TH atau agensi-agensi yang dilantik oleh TH seperti Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan Pejabat-Pejabat Pos.

Jabatan ini telah dan sedang berusaha untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi aktiviti pemasaran dan perkhidmatan bagi tujuan meningkatkan keyakinan pendeposit kepada TH.                        
                      

Bahagian Simpanan dan Pengeluaran

Mengurus kawalan akaun dan rekod pendeposit secara professional dan amanah; memberi perkhidmatan yang memuaskan bagi mempertingkatkan keyakinan semua umat Islam untuk terus menabung di TH serta mewujudkan perkhidmatan sistem simpanan dan pengeluaran di Malaysia dan di Arab Saudi.                    

Bahagian Operasi Pejabat Cawangan

Bertanggungjawab mengurus pentadbiran pejabat-pejabat cawangan TH di peringkat negeri, daerah dan mini bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada pendeposit. Bertanggungjawab memastikan semua wang pendeposit yang diterima disalurkan ke akaun TH melalui bank-bank yang ditetapkan dalam sesingkat masa untuk memaksimumkan kegunaan dan pelaburan dana.                         

Bahagian Khidmat Pelanggan

Merancang dan menyelaraskan strategi serta aktiviti pemasaran untuk dilaksanakan di Pejabat TH  cawangan bersesuaian dengan matlamat semasa pengurusan TH. Menguruskan soal selidik untuk mendapatkan perspektif pendeposit dan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh TH.                                                                                                                                                    

Jabatan Haji

Visi

Pengurusan Haji Terbilang.

Misi

Untuk menyedia dan menyelaraskan semua perkhidmatan yang diperlukan bagi membolehkan umat Islam Malaysia menunaikan fardhu haji dengan sempurna, selamat dan dengan kos yang efektif agar mendapat haji yang mabrur.                                                                                                                                      

Bahagian Operasi Domestik

Bertanggungjawab dalam urusan pengendalian jemaah haji yang meliputi pendaftaran haji, peruntukan pasport, alokasi penerbangan dan penyelarasan visa haji dan pengurusan Operasi Haji Tanah Air.                                                                       

Bahagian Pengurusan Haji

Bertanggungjawab dalam menyediakan infrastruktur pengurusan dan operasi haji bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji dan mengawal serta menyelaras aktiviti kebajikan jemaah haji sesuai dengan kedudukan mereka sebagai Tetamu Allah.                                                                                  

Bahagian Bimbingan

Bertanggungjawab untuk menyediakan modul bimbingan haji bersepadu, menerbitkan bahan-bahan bimbingan haji bagi rujukan utama jemaah haji dan membangunkan pengkursus-pengkursus dan Guru Agama sebagai pembimbing jemaah haji yang berkesan.                                                                                   

Bahagian Agensi Haji

Mengawalselia pengelola jemaah haji berlesen di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 27-36, Akta TH 1995 serta menguatkuasakan sebarang pelanggaran terhadap seksyen tersebut serta meningkatkan tahap profesionalisma pengurusan haji TH-Swasta sebagai sebahagian daripada pengurusan haji Malaysia yang cemerlang.                                                                                                                                         

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji                                                                               

Bertanggungjawab dalam menyedia, merancang dan mengawal aktiviti penyelidikan dan pembangunan haji (R&D) dari semasa ke semasa berdasarkan bajet yang disediakan. Menerajui Pasukan Penggerak Utama (PPU) dan urusetia Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Perkhidmatan Haji (SPK ISO PH) serta inisiatif- inisiatif penambahbaikan. Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajian haji di bawah program Akademi Haji.         

Pejabat Konsul Haji

Bertanggungjawab dalam mewujud dan memelihara perhubungan baik antara TH dengan pihak berkuasa di Arab Saudi yang berkaitan dengan urusan haji, mengurus penyewaan bangunan untuk perumahan jemaah haji, mengurus pembelian bekalan yang ditentukan untuk Rombongan Haji dan jemaah haji Malaysia, dan memastikan jemaah umrah dibawah kelolaan anak syarikat TH mendapat perkhidmatan yang dijanjikan.                                                                                                                                           

Jabatan Pelaburan

Jabatan  ini   bertanggungjawab  semua  urusan  pelaburan  dalam  sektor  ekonomi yang diluluskan Syariah bertujuan memberi pulangan yang kompetitif. Tumpuan yang utama yang diberikan oleh jabatan   ini    adalah   termasuk  langkah-langkah mempelbagaikan   dan memperkukuhkan  aktiviti-aktiviti pelaburan  bagi meningkatkan  keuntungan  dan  berusaha kearah pengembelingan dana ummah di  samping meningkatkan usaha pengeluaran barangan dan kemudahan  yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

Penekanan akan terus dibuat kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju dan mempunyai pengurusan yang cekap. 

Jabatan ini sentiasa berusaha mengenalpasti sektor-sektor industri yang berpotensi tinggi yang berkembang agar dapat menjamin serta memastikan kejayaan pelaburannya.                                
                            

Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan

Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan bertanggungjawab memperkukuhkan pelaburan saham TH  melalui penilaian peluang pelaburan strategik dan hartanah yang komprehensif, sistem pemantauan yang cekap dan mantap, pemuliharaan dan penambahbaikan pelaburan TH  serta kawalselia urustadbir korporat.  Di samping itu, JPK juga memastikan pengstrukturan dan tindakan korporat (corporate exercise) setiap pelaburan saham dan hartanah memanfaatkan TH  demi menjaga kepentingan TH melalui perancangan strategik organisasi.

Objektif Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan (CFS) ialah memperkukuhkan pelaburan saham dan hartanah TH melalui penilaian peluang strategik yang komprehensif, sistem pemantauan cekap dan  mantap, pemulihan dan penambahbaikan pelaburan TH serta kawalselia urustadbir korporat terbaik, Disamping itu, Jabatan CFS juga berperanan memastikan setiap pengstrukturan dan tindakan korporat atas pelaburan saham dan hartanah dimanfaatkan demi kepentingan TH.                                                                                 
 

Jabatan Sumber Manusia

"Setiap Anggota Adalah Aset Utama LTH"

Visi Jabatan Sumber Manusia adalah untuk menjadi rakan kongsi strategik di dalam membangunkan secara total keupayaan organisasi, bagi menyokong segala keperluan dan objektif organisasi. Sementara Misi Jabatan ini adalah untuk membangunkan pasukan kerja yang kompeten, berkeyakinan, dan berkebolehan di dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan komuniti TH, di samping menggalakkan satu suasana budaya kerja yang berdaya saing. Adalah menjadi hasrat Jabatan Sumber Manusia untuk mewujudkan dan mempromosikan satu persekitaran kerja yang sihat dan produktif, selaras dengan kehendak organisasi.

Di dalam menyokong organisasi membentuk dan mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja yang produktif, adalah menjadi tugas jabatan ini untuk menyediakan garis panduan, kepakaran, teknik dan polisi. Ini adalah bagi memastikan pengurusan sumber manusia yang effektif.                                                                   


Bahagian Perancangan Sumber Manusia

Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perancangan dan perlantikan tenaga kerja secara cekap dan effektif bagi memastikan "tenaga kerja yang positif, berdaya saing serta mempunyai kepakaran dan kesungguhan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dalam masa yang diperuntukkan".                       

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti

Bertanggungjawab untuk membentuk dan membangunkan keperluan latihan bagi mempertingkatkan lagi motivasi, kepakaran dan keupayaan tenaga kerja yang sedia ada. Bahagian ini merupakan agen perubahan untuk melaksanakan dan memastikan prinsip-prinsip TQM (Total Quality Management) yang berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti dijadikan sebagai satu budaya kerja kepada semua anggota TH.                        

Bahagian Perhubungan Anggota & Industri

Bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian perhubungan di kalangan anggota TH di samping memastikan peraturan dan undang-undang organisasi dipatuhi. Bahagian ini adalah bertanggungjawab bertindak sebagai pengantara di antara Pihak Pengurusan TH dengan para anggotanya.

Secara keseluruhannya, rangkaian perkhidmatan ini  diwujudkan   bagi   menyokong   dan  memastikan  segala aspirasi dan objektif organisasi dapat didukung oleh semua lapisan tenaga kerja TH.                       

Jabatan Pengurusan Hartanah Dan Pentadbiran

Misi Jabatan Pentadbiran ialah untuk berusaha meningkatkan pendapatan TH melalui peningkatan kutipan sewa dan keberkesanan penyelanggaraan dan pengurusan hartanah TH seluruh negara secara profesional. Disamping itu, jabatan ini juga berusaha kearah memantapkan sistem pentadbiran dan pengurusan perolehan TH dalam memastikan barangan dan perkhidmatan yang diperolehi adalah yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Jabatan ini juga turut berfungsi untuk memberikan khidmat sokongan dan perlindungan ke atas aktiviti-aktiviti TH dalam memastikan matlamat TH tercapai dengan jayanya.                                             

Bahagian Pentadbiran Dan Perolehan

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dari segi perhubungan serta menyalurkan maklumat pengurusan kepada semua jabatan di ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan. Mengendalikan urusan perolehan berpusat secara cekap, berkesan dan menguntungkan TH bagi mencapai matlamat sesuatu perolehan serta perkhidmatan yang berkualiti.                                                                                        

Bahagian Pengurusan Hartanah

Berusaha mendapatkan pelaburan yang halal dan berdaya maju didalam sektor Hartanah.  Menyelaraskan perkhidmatan penyelenggaran dan sewaan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini supaya ruang sewaan dapat disewakan sepenuhnya bagi menghasilkan pulangan yang maksima kepada TH..                                                                                                                                                    

Jabatan Kewangan

Berfungsi sebagai satu badan yang merancang, merumus  dan  menyediakan belanjawan bagi   organisasi TH  berdasarkan kepada keperluan  jabatan-jabatan berkenaan bagi tujuan mencapai  objektif  organisasi dengan lebih berkesan. Disamping itu, jabatan ini memainkan peranan penting bagi mendapatkan pulangan  yang maksimum dari pelaburan jangka pendek dan sewaan bangunan. Ia juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan TH selaras dengan kehendak piawaian dan kawalan kewangan yang mantap.

Latarbelakang dan Fungsi Jabatan Kewangan

Jabatan Kewangan TH beralamat seperti berikut:

  • Lantai 18,
    Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
    201, Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur.

          No. Tel: 03 - 2054 2000

Jabatan Kewangan adalah satu daripada lapan ( 8 ) Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan (KPKK) dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (TKPKK) serta tiga (3) Ketua Bahagian di Bahagian berikut:

• Bahagian Perkhidmatan Pelaburan
• Bahagian Pengurusan Strategik Kewangan Kumpulan
• Bahagian Perkhidmatan

Fungsi utama Jabatan Kewangan:

i.  Bertanggungjawab mentadbir dan mengawal Urusan Kewangan menurut Akta TH dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh TH.

ii. Mewujudkan polisi serta peraturan kewangan yang efektif dan efisyen untuk pelaksanaan sistem dan prosedur kerja yang menzahirkan hasil kerja berkualiti.

iii.Melaksanakan analisa kewangan untuk membantu dalam membuat keputusan kewangan yang berkesan.

iv.Memantau, menilai dan menambahbaik operasi kewangan bersesusaian dengan perancangan kewangan yang diluluskan.

Misi Jabatan Kewangan

Menerajui Pengurusan, Perkhidmatan Dan Analisis Kewangan (PPAK) yang profesional, efektif dan efisyen melalui perkhidmatan berkualiti dan mengamalkan penambahbaikan berterusan yang memenuhi keperluan pelanggan dan kecemerlangan TH dengan memfokuskan kepada:

    •  PPAK yang sentiasa berkualiti.

    •  Profesionalisme anggota dan pematuhan piawaian.

    •  Orientasi efektif dan efisyen dalam pelaksanaan kerja.

    •  Nilai kreatif dan inovatif bagi pembaikan berterusan PPAK yang menepati keperluan TH dan 
        pelanggan secara berterusan.

Ringkasan Aktiviti Jabatan Kewangan

·         Bahagian Perkhidmatan

·         Bahagian Perkhidmatan Pelaburan

·         Bahagian Pengurusan Strategik Kewangan Kumpulan                                                                  

Jabatan Teknologi Maklumat

◊  Bertanggungjawab memberi perkhidmatan ICT kepada organisasi berasaskan teknologi terkini, cekap dan
     efektif.
◊  Membuat analisa dan kajian kemungkinan untuk meningkatkan kawalan prosesan dan pengurusan
    maklumat di semua peringkat.
◊  Mewujudkan persekitaran ICT kepada semua peringkat pengurusan untuk meningkatkan prestasi dan
     produktiviti anggota.
◊  Memperkembangkan dan meningkatkan penggunaan ICT secara bersepadu dan terkini setanding dengan
     agensi luar.

Bahagian Operasi

◊  Mengendalikan aktiviti pengoperasian Sistem Aplikasi, Pemerosesan Data dan Pengurusan Rekod  
     Pendeposit/Maklumat-maklumat lain.

◊  Mengendalikan aktiviti rangkaian komputer, automasi pejabat seperti emel/internet dan implementasi
     sistem di Ibu Pejabat dan Pejabat
TH Cawangan termasuk di Tanah Suci.

◊  Mengendali dan melaksanakan Pelan Pemulihan Bencana Perniagaan (Business Recovery Centre (BRC)).

Bahagian Projek & Aplikasi

◊  Mengendalikan aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi.

◊  Terlibat dalam pelaksanaan Projek Sistem Aplikasi.

◊  Melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Sistem Aplikasi                                                                

                             
                                                                                                                           
Carta Organisasi>>>