Lembaga Pengarah
---------------------
Jemaah Lembaga Pengarah diberi kuasa dibawah Seksyen 4 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) untuk mentadbir kumpulan wang dan segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji. Jemaah Lembaga Pengarah ini juga merumus dasar yang berkaitan dengannya dan perkara-perkara lain yang boleh dilakukan dibawah Akta ini.

Penubuhan Jemaah Lembaga Pengarah adalah menepati ketetapan keanggotaan Lembaga seperti yang dinyatakan di Bahagian II Seksyen 6 Akta 535. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang disenaraikan dalam Penyata Kewangan Tabung Haji.

Panel Pelaburan
---------------------
Menurut Seksyen 11 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Jemaah Lembaga Pengarah telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang dikenali sebagai Panel Pelaburan.

Panel Pelaburan ini bertanggungjawab menasihati Jemaah Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tabung Haji ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan Tabung Haji dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

Keahlian Panel Pelaburan Tabung Haji yang terkini.

Majlis Penasihat Haji
---------------------
Penubuhan Majlis Penasihat Haji adalah mengikut Seksyen 11, Akta Tabung Haji (Akta 535). Majlis ini bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Pentadbir berkenaan kebajikan jemaah haji dan perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji. Majlis ini juga berfungsi memberi maklum balas kepada pengurusan Tabung Haji berkaitan isu-isu  yang dihadapi oleh jemaah haji disamping memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.