TABUNGAN
Kaunter Mesra

Dalam  usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik  kepada pendeposit beberapa pendekatan baru telah diambil. Di antaranya, pembukaan Pejabat-pejabat Mini di kawasan yang tertentu, konsep kaunter yang terbuka dan mesra, penggunaan alat panggilan  digital serta kakitangan  yang  terlatih   untuk melayani  kehendak pelanggan.  Dengan adanya pendekatan ini diharapkan pendeposit TH  dapat  menjadikan  TH  sebagai sebuah institusi bagi urusan simpanan dan pelaburan.
 

Waktu Perkhidmatan Pelanggan

Waktu perkhidmatan di kaunter-kaunter Tabung Haji, berikut adalah jadual perkhidmatan kami:

 

HARI WAKTU URUSNIAGA BARU
1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun Razak, Kuala Lumpur
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 12:30 tengahari
02:30 petang hingga 04:15 petang

2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor

Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
02:30 petang hingga 04:15 petang
3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ahad hingga Rabu 08:30 pagi hingga 04:15 petang
Khamis 08:30 pagi hingga 04:00 petang
4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 11:30 pagi
02:00 petang hingga 04:30 petang
5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri Sarawak
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 11:45 pagi
02:15 petang hingga 04:30 petang