Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya                                                                                                    

Latar Belakang | Kemudahan Yang Disediakan | Kadar Sewa Bagi Dewan | Keistimewaan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya | Pertanyaan | Pelan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
 


Latar Belakang

Kompleks  Tabung Haji Kelana Jaya (KTHKJ) ataupun dikenali sebagai Kompleks Jemaah Haji telah mula beroperasi  pada  tahun  1983. Fungsi  utama kompleks ini adalah bagi memudahkan urusan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci pada setiap musim haji di mana semua urusan check-in dibuat di sini. Kompleks ini juga menyediakan penginapan untuk jemaah haji dari luar Lembah Klang untuk berehat sebentar sebelum berangkat ke Tanah Suci. Di luar Musim Haji, orang ramai dibolehkan untuk menyewa bilik inapan dan juga dewan-dewan yang ada.                                                                                                                 
      

Kemudahan Yang Disediakan

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya kini lebih kompetitif dalam menyediakan kemudahan bagi tujuan peribadi dan perniagaan. Dengan khidmat kakitangan yang professional dan mesra pelanggan, kemudahan yang selesa dan berkualiti, berserta harga yang berpatutan KTHKJ semakin menjadi pilihan.                                         
 

Kadar Sewa Bagi Dewan

KTHKJ menyediakan 7 buah dewan pelbagai saiz yang dapat menampung kapasiti dari 20 orang sehimgga 400 orang (tertakluk kepada susunan). Di samping itu kemudahan lain juga disediakan seperti kafeteria, alat pandang dengar, alat tulis dan tempat kereta yang luas, Terdapat  juga sebuah masjid di dalam Kompleks ini bagi memudahkan umat Islam untuk beribadat.                                                                                        

DEWAN DAN BILIK SEMINAR

Kadar Sewa

8 Jam ( RM )

4 Jam ( RM )

Tambahan 1 Jam Berikutnya ( RM )

Dewan Melawati
Kapasiti            : Pawagam 400 Org
Jamuan Makan : 320 Org

1,500.00

800.00

150.00

Bilik Seri Kelana (2 Unit)
Kapasiti 30-60 Org

700.00

350.00

60.00

Bilik Seri Kemuning
Kapasiti Max. 30 Org

200.00

120.00

60.00

Bilik Alam Shah, Seri Indah & Seri Setia
Kapasiti Max. 20 Org 

200.00

120.00

60.00

Bilik Jugra (2 Unit)
Kapasiti Max. 50 Org 

400.00

200.00

80.00

                                                                                                                                                         

Kompleks  Bilik Inapan Published Rate (RM) Kelab TaHa 15%(Min- 3D2N) (RM)
Kelana Jaya Standard bermula dari 100 (weekdays) bermula dari85
bermula dari 120 (weekend)  

* Perubahan harga tertakluk daripada pindaaan dari semasa ke semasa

Keistimewaan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Terdapat sebanyak 76 bilik yang lengkap dan selesa disediakan.
Keselamatan di KTHKJ juga terjamin dengan kawalan 24 Jam.
Faktor lokasi yang berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pusat-pusat perniagaan menjadikan
   KTHKJ lebih digemari kerana memudahkan urusan.

Kemudahan sukan & riadah yang disediakan:

Ping-pong
Dart
Karom
Congkak
Badminton
Sepak Takraw

T
empat-tempat pelancongan yang berdekatan dengan KTHKJ

Sunway Lagoon (Subang Jaya)
Sunway Pyramid (Subang Jaya)
Giant Hypermarket (Kelana Jaya)
Subang Parade (Subang Jaya)
One Utama (Damansara)
Stadium MPPJ (Petaling Jaya)
Taman Pertanian Bukit Cerakah (Shah Alam)
FRIM (Kepong)

Kemudahan pengangkutan ke KTHKJ

Bas
Teksi
Putra LRT – Stesen Kelana Jaya dan Taman Bahagia                                                                             

Pertanyaan

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
Kompleks Tabung Haji, Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 78741033 / 78741179
Fax : 03 - 78771414

Email :
Reserve­_kj@lth.gov.my / Paskjh@lth.gov.my                                                                               


Pelan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya