|
PELABURAN
Maklumat Am Di dalam mengendalikan aktiviti pelaburan, pihak pengurusan TH sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan berhemat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan sentiasa diawasi bagi memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju. TH juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank mudhaarabah dan "bill of acceptances". Pelaburan dalam anak-anak syarikat merupakan strategi Tabung Haji bagi membolehkan ia terlibat secara langsung dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini, tumpuan pelaburan diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, perkhidmatan dan pengeluaran produk-produk halal. Lima anak syarikat milik penuh Tabung Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor tersebut ialah:
(Sektor perladangan) (Sektor pembangunan hartanah) (Sektor pembinaan) · TH Travel & Services Sdn Bhd (Sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan) (Sektor mengedar dan mengeluarkan produk makanan dan minuman halal) |