|
Soalan 1: Bagaimana cara untuk buka akaun di TH ? Jawapan: Pembukaan akaun boleh dibuat di mana-mana kaunter Pejabat TH. Kelayakan untuk membuka akaun TH : ◊ Individu beragama Islam dan ◊ Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM2.00. Pemohon perlu membawa kad pengenalan atau kad kuasa polis atau tentera. Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun penjaga perlu membawa surat beranak. Pemilik akaun akan diberi Buku Akaun Simpanan TH. |