|
Soalan 19:
Adakah akaun tidak aktif 7 tahun
akan dipindahkan kepada
Pendaftar Wang Tak Dituntut ?
Jawapan:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-27 pada 3 Oktober 1990 bagi Akaun
Simpanan Tidak Aktif adalah seperti berikut:-
|
◊ |
Dari segi Hukum Syarak, TH tidak boleh
menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif
pendeposit-pendeposit TH kepada Pendaftar Wang
Tak Dituntut. Fatwa ini adalah berdasarkan bahawa telah ada
akad persetujuan di antara pendeposit dengan TH
yang meletakkan TH sebagai pemegang amanah
untuk menjalankan urusniaga wang simpanan itu masih kekal
dan tidak terputus walaupun akaun itu tidak aktif melebihi
tujuh tahun. |
|