|
Soalan 4:
Bagaimana cara
untuk membuat Simpanan Melalui
Potongan Gaji ?
Jawapan:
Anda perlu mengisi
'Borang Kebenaran Untuk Membuat Potongan
Gaji Bulanan' (JP010) dan mengemukakan
terus kepada majikan masing-masing.
Potongan gaji minimum adalah RM10.00 sebulan.
Kemudahan potongan gaji untuk simpanan di TH adalah
dibenarkan oleh Kerajaan melalui kuasa yang diberi seperti berikut:-
|
◊ |
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4
Tahun 1976 Para 3 (5) (bagi pegawai dan kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun).
|
|
◊ |
Di bawah Seksyen 24 (2) (e) akta
Kerja 1955 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (bagi
pekerja swasta dan Industri) kelulusan ini untuk pekerja Semenanjung
Malaysia sahaja. Surat kebenaran ini bertarikh 12 Jun 1998.
|
|
◊ |
Surat kebenaran dan permit
potongan gaji daripada pekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan
Buruh melalui Seksyen 113 (2) Ordinan Buruh (Sabah Cop 67)
dengan ini memberi kebenaran kepada mana-mana majikan di Sabah
dan Wilayah Persekutuan untuk membuat potongan daripada gaji
pekerja-pekerja, kebenaran ini bertarikh 1 September 1998. |
|