Soalan 7:

Apakah dia Borang Penamaan ?

Jawapan:

Borang Penamaan wajib diisi semasa pemohon membuka akaun TH.  Borang Penamaan memudahkan pembayaran wang simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian kepada pendeposit.  Penama adalah terdiri daripada waris-waris yang berhak mengikut Hukum Syarak.  Penamaan boleh dikemaskini mengikut keperluan pendeposit.