Web Content Display
Tawaran Perkhidmatan
Perkhidmatan ATM / CDM / Uniteller & Transaksi Elektronik
TH telah mengadakan usahasama strategik dengan BIMB, BKRM dan Maybank Islamic untuk menambahkan rangkaian perkhidmatan TH kepada pendeposit. Untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan mesin ATM / CDM yang disediakan oleh BIMB, BKRM dan Maybank Islamic pendeposit yang mempunyai kad ATM bank tersebut perlu mendaftarkan dan menghubungkan (link) kad ATM mereka ke akaun TH.
Cara link kad :-
- Bawa Buku Akaun Simpanan Tabung Haji dan hadir ke kaunter BIMB, BKRM dan Maybank.
- Link kad ATM boleh dilakukan di mesin ATM.
- Kad ATM penjaga boleh dihubungkan sehingga 8 akaun TH anak di bawah jagaannya.
* Bagi M2U, masih belum boleh diakses.
Perkhidmatan yang disediakan :-
1) Uniteller (Bank Islam dan Bank Rakyat)
Perkhidmatan yang disediakan:
• Pembukaan akaun TH
• Simpanan tunai
• Simpanan cek (tempoh penjelasan cek yang lebih cepat)
• Pengeluaran tunai
• Pindahan wang antara akaun TH
• Pendaftaran haji
• Pengaktifan kad bank
• Kemaskini buku simpanan TH
Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pendeposit TH.
2) ATM/CDM (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic)
Perkhidmatan yang disediakan
• Semakan baki
• Pengeluaran wang
• Simpanan wang melalui CDM
• Pindahan wang dari akaun bank ke akaun TH
• Pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank
• Pendaftaran haji
• Pengaktifan kad bank
Waktu Operasi ATM / CDM :-
- Perkhidmatan adalah 24 jam, 7 hari seminggu.Lebih 6,000 ATM/CDM mesin yang boleh diakses.
Transaksi Elektronik
Kini Perkhidmatan TH boleh diakses melalui :
- mytaha/online (Mula beroperasi pada pertengahan tahun 2013)
- m2u
- myGovernment (eKL)