Web Content Display Web Content Display

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Aras 32, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur

Telefon  : 03-2088 8000

Contact Center : 03-2690 0900

Laman web      : http://www.bankislam.com.my

Latar belakang

Di dalam sektor perbankan Islam diterajui oleh BIMB Holdings Berhad (BHB), syarikat pelaburan induk kepada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) dan beberapa syarikat lain. BHB diperbadankan di Malaysia pada 20 Mac 1997 dan tersenarai di Bursa Malaysia semenjak 16 September 1997. Ia adalah syarikat pegangan pelaburan yang beroperasi berlandaskan prinsip Syariah.

Bank Islam muncul sebagai institusi kewangan yang berteraskan Syariah yang pertama di Malaysia sejak penubuhannya pada bulan Julai 1983. Sejak dari itu Bank Islam telah menjadi simbol perbankan Islam di Malaysia dan visinya untuk menjadi "Pemimpin Global dalam Perbankan Islam" menggambarkan statusnya sebagai peneraju industri perkhidmatan kewangan Islam negara ("Industri").

Bank telah tumbuh dan kekal teguh seperti mana yang dipertunjukkan oleh pertumbuhan keuntungan serta modal berbayar, yang seterusnya memainkan peranan penting dalam menambahkan lagi jumlah aset bank serta memantapkan program perkembangannya. Perkembangan bank yang berterusan ini telah diiktiraf oleh industri global, lebih-lebih lagi bila The Asian Banker 500 telah menyenaraikan Bank Islam sebagai bank ke-empat paling kukuh di Malaysia dan di nombor 53 di Asia Pasifik pada tahun 2011.

Daripada jenis produk tradisional seperti pembiayaan, simpanan dan pelaburan khusus untuk pelanggan individu di awal penubuhan bank, jumlah produk, perkhidmatan serta penyelesaian kewangan Bank Islam berlandaskan syariah telah bertambah dan kini antara lainnya merangkumi pembiayaan mikro, pengurusan kekayaan, pasaran modal, perbankan perniagaan, perbankan pelaburan, perbendaharaan dan produk berstruktur, disesuaikan bagi memenuhi keperluan kewangan semua pelanggan pada setiap peringkat kehidupan.