Web Content Display Web Content Display

BIMB Holdings Berhad

BIMB Holdings Berhad (423858-X)
Aras 31, Menara Bank Islam
22 Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur

Telefon        : 03-2781 2999
Faks           : 03-2781 2998
Laman web  : http://www.bimbholdings.com/

Latar Belakang

BIMB Holdings Berhad (BHB), sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, ditubuhkan pada 20 Mac 1997 dan disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia pada 16 September 1997.  BHB adalah syarikat pegangan pelaburan bagi beberapa entiti pelopor dalam perbankan Islam dan patuh syariah iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan BIMB Securities Sdn. Bhd. 

Sebagai penyedia perkhidmatan kewangan patuh syariah yang unggul dengan Modal Dibenarkan berjumlah RM2 bilion dan Modal Berbayar RM1.07 bilion, kami berupaya untuk membantu hasrat Kerajaan untuk menubuhkan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa yang  unggul di Malaysia.  Menyambut ulang tahun penubuhan ke-15 tahun ini, BHB kekal teguh dan bersemangat sebagai peneraju perbankan Islam, industri sekuriti dan takaful melalui pelaburan-pelaburan strategik dalam entiti-entiti pelopor patuh Syariah di Malaysia.