Web Content Display

Bimbingan

MAKLUMAT AM

Bahagian Bimbingan

Objektif :

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai ibadat haji, umrah dan ziarah
  2. Meningkatkan kesedaran mengenai situasi sebenar di Tanah Suci
  3. Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa yang memahami fungsi mereka selepas kembali dari melaksanakan ibadat haji

Perkhidmatan Bimbingan

Program Pembangunan Jemaah Haji Malaysia

Bertanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan modul bimbingan haji bersepadu melalui kursus berikut :

  1. Kursus Asas Haji
  2. Kursus Intensif Haji
  3. Kursus Khas Haji
  4. Kursus Perdana Haji

KURSUS-KURSUS HAJI

i. Kursus Asas Haji (KAH)

Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri).

Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

ii. Kursus Intensif Haji (KIH)

Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya'aban pada setiap tahun.

Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

iii. Kursus Khas Haji (KKH)

Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir.

Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.

v. Kursus Perdana Haji (KPH)

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.

Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Program Pembangunan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) /Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)

1.Program Pengkursus / Pembimbing Ibadat Haji

Menyedia dan melaksanakan program Pembangunan Pengkursus/ Pembimbing Ibadat Haji seperti berikut:

  1. Bengkel Penilaian Ibadat Haji Tanah Suci
  2. Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 
  3. Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah
  4. Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
  5. Kursus Training of Trainers (TOT) Pembimbing Baru

Program-program ini diadakan bagi membentuk PEKTA/PIHTAS yang berilmu, seragam dan selaras serta mampu membimbing jemaah haji di Malaysia dan Tanah Suci dengan baik dan berkesan. Mereka yang telah mengikuti program ini dengan jaya akan diberi surat kebenaran mengajar haji oleh TH. PIH yang telah diberikan surat kebenaran mengajar dan telah tamat tempoh hendaklah membuat permohonan pembaharuan dengan mengisi borang (Brg/PH/HB/05-05 (pindaan 3/2012)

(Senarai Pengkursus/Pembimbing Ibadat Haji yang telah diberi surat kebenaran mengajar haji)

2. Perlantikan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)

Membuat permohonan melalui pejabat TH Negeri atau Daerah. Mengisi borang permohonan Brg/PH/HB/05-03 (pindaan 3/2012). Hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum mengisi borang:

  1. Telah menunaikan fardhu haji dan umrah
  2. Telah mempunyai tauliah mengajar yang sah dan masih berkuatkuasa dari Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri
  3. Mempunyai latarbelakang pendidikan agama dengan kelulusan sekurang-kurangnya 4 thanawi atau setaraf
  4. Tidak membawa jemaah haji atau berkempen ketua kumpulan

Pemohon akan mengambil ujian bertulis dan lisan sebelum dilantik menjadi PEKTA

3. Perlantikan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)

  1. Menjadi PIH Negeri atau Daerah serta dicalon oleh Pengarah TH Negeri
  2. Disahkan oleh Bahagian Bimbingan
  3. Menghadiri muzakarah haji (dalam tempoh 3 tahun terdahulu)
  4. Lulus temu duga Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
  5. Tidak terlibat membawa jemaah haji
  6. Sihat tubuh badan dan umur tidak melebihi 60 tahun

4. Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)

Keanggotaan jawatankuasa adalah terdiri daripada 10 orang ahli yang terdiri daripada para alim ulama dan ahli akademik yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu Islam.

Pengurus Besar Bimbingan Haji adalah sebagai Setiausaha jawatankuasa ini.

Bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

  1. Memutuskan kedudukan hukum hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang dirujuk
  2. Memberi cadangan kepada Pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji
  3. Mengesahkan semakan ke atas bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH
  4. Bertugas sebagai anggota jemaah Pakar Rujuk Ibadat Haji dalam Rombongan Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci

(Senarai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM))

5. Perkhidmatan Tambahan Badal Haji

Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan khidmat tambahan TH kepada Pendeposit.

TH akan membuka pendaftaran untuk Badal Haji bermula pada bulan Rejab setiap tahun. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan TH. Tarikh sebenar pendaftaran akan dimaklumkan kelak. Pendaftaran adalah terhad seramai 3000 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran secara terbuka dengan berkonsep yang dahulu di dahulukan.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah RM2500.00 untuk satu permohonan. TH akan mendebitkan amaun bagi bayaran tersebut dari Akaun TH pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini TH akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Kopiah, Sejadah, Tasbih dan Tudung Kepala Wanita selepas selesai operasi haji tahun semasa.

6. Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) <Senarai Tempat>

Mulai tahun 2012 Pengurusan TH telah mengadakan Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ). Ianya sebagai medium penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji. Objektif program adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan jemaah haji setempat, mengekalkan roh haji dan sebagai satu wadah ilmu dikalangan jemaah haji selepas pulang dari Tanah Suci.

7. Program Bimbingan Haji Melalui Penerbitan Haji

Bahagian Bimbingan juga menyediakan bahan-bahan penerbitan bimbingan ibadat haji seperti berikut:

1. Penerbitan Buku

  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah (Rumi)
  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah (Jawi)
  • Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Rumi)
  • Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Jawi)
  • Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji
  • Buku Himpunan Doa-doa Terpilih di Tanah Suci
  • Buku Ringkasan Ibadat Haji
  • Wirid Terpilih Untuk Dhuyuf Al-Rahman

Buku Panduan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa Terpilih di Tanah Suci serta Wirid Terpilih Dhuyuf Al-Rahman diberi secara percuma kepada Jemaah Haji terpilih tahun semasa sebelum bertolak ke Tanah Suci

Buku-buku ini juga boleh diperolehi dengan membelinya melalui wakil jualan buku di kedai buku dan pustaka seluruh malaysia.

2. Penerbitan Program di Media Elektronik

  • Seruan Haji di Radio RTM 1
  • Seruan Haji di Radio Saluran Klasik Nasional.fm
  • Lambaian Kaabah di Radio Saluran IKIM.fm
  • Penerbitan VCD Panduan Ibadat Haji Tamattu', Ifrad dan Qiran
  • Penerbitan VCD Panduan Perjalanan Haji

3. Penerbitan Program di Media Cetak

  • Bicara Haji (Utusan Malaysia)

4. Penerbitan Risalah/Poster

  • Penerbitan Risalah Perjalanan Haji
  • Penerbitan Risalah Senarai Semak Ibadat Haji/Umrah
  • Penerbitan Poster Tanah Suci
  • Penerbitan Risalah Wanita - Panduan Untuk Jemaah Haji

Risalah dan senarai semak juga diberi secara percuma kepada Jemaah Haji terpilih tahun semasa sebelum bertolak ke Tanah Suci.

8. e-Book Tabung Haji