Web Content Display

Pendaftaran Haji

(Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Dalam Negara)

(Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Luar Negara)

 

* Penambahan Maklumat (Mahram bagi bakal haji wanita dibawah 45tahun)

Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun bermula pada musim haji ini (1434H).

Bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan  panggilan telefon oleh THCC bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara' bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun 1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkaitan jadual pertalian mahram yang mengikut hukum syara' dan memerlukan pengesahan.