Web Content Display

Soal Jawab Haji

Soalan 1:
Berapakah wang naik haji bagi musim haji semasa?

Jawapan:

JENIS JEMAAH KOS HAJI (RM) TANGGUNGAN KOS HAJI (RM) BAYARAN HAJI (RM)
    MUASSASAH
    - warganegara belum tunai haji RM16,155 RM6,175 RM  9,980
    - warganegara telah tunai haji RM16,155 Tiada RM16,155

* Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.

Soalan 2:
Bila dan dimanakah Kursus Asas Haji tahun semasa?

Jawapan:
Tuan / Puan bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan klik disini untuk maklumat lanjut. Untuk makluman tuan / puan pada amnya Kursus Haji Bersiri bermula pada bulan Rabiulawal tahun semasa.

Soalan 3:
Adakah TH menawarkan perkhidmatan Pakej Haji kepada bakal jemaah haji tahun semasa?

Jawapan:
Perkhidmatan Pakej Haji ditawarkan kepada bakal jemaah haji tahun semasa oleh TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), iaitu anak syarikat Tabung Haji.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan THTS yang disediakan, tuan/puan bolehlah melayari laman web THTS di www.thts.com.my atau hubungi THTS di:

TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS)
Bahagian Pakej Haji,
Lantai 24, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2162 4613 / 03-2163 3594
Faks: 03-2161 5664

E-mel: pakej.haji@thts.com.my

Soalan 4:
Adakah pihak lain yang menawarkan perkhidmatan Pakej Haji dan apakah jenis perkhidmatan yang disediakan?

Jawapan:
Sila klik untuk mendapatkan senarai pengelola jemaah haji bagi tahun semasa.

Soalan 5:
Adakah pihak yang menawarkan perkhidmatan Pakej Umrah dan apakah jenis perkhidmatan yang disediakan? 

Jawapan:

Ya, terdapat beberapa Agen pelancongan yang menawarkan pakej-pakej umrah. Sila klik untuk mendapatkan senarai pengelola umrah bagi tahun semasa. Sumber diperolehi daripada Kedutaan Arab Saudi Malaysia pada 27 Mei 2014.
 

Soalan 6:
Saya ingin mengetahui syarat-syarat pendaftaran haji?

Jawapan:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam.
  • Pendeposit Tabung Haji (TH)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 untuk membuat
  • Pendaftaran haji melalui akaunTH.

Soalan 7:

Di manakah lokasi pendaftaran haji?

Jawapan:

  • Di mana-mana cawanganTH
  • Melalui laman web TH : www.tabunghaji.gov my
  • Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat.
  • ATM / CDM Maybank
  • ATM BIMB

Soalan 8:
Apakah dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar haji?

Jawapan:

  • myKad (dokumen pengenalan diri)
  • sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah

Soalan 9:
Adakah pendaftaran bagi individu lain dibenarkan?

Jawapan:
Hanya dibenarkan atas kaitan suami / isteri / anak / ibu / ayah sahaja dengan syarat my kad individu yang hendak didaftarkan dibawa bersama. Salinan My Kad bagi membuat pendaftaran bagi pihak lain juga diterima dengan syarat membawa bersama dokumen sokongan sebagai bukti pertalian keluarga (contoh : sijil kelahiran / dokumen pengesahan nikah)

Soalan 10:
Saya sudah membuka akaun TH, adakah itu bermakna saya telah mendaftar haji?

Jawapan:
Tidak. Salah satu syarat untuk mendaftar haji ialah mempunyai akaun TH. Untuk mendaftar haji menggunakan akaun TH, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 di dalam akaun TH.

Soalan 11:
Adakah terdapat sebarang alternatif untuk mendaftar haji selain dari mencukupkan wang dalam akaun TH?

Jawapan:
Ada. Anda boleh membuat pendaftaran haji melalui akaun KWSP.

Soalan 12:
Apakah syarat-syarat pendaftaran haji KWSP?

Jawapan:
Sama seperti syarat pendaftaran haji melalui akaun TH. Walau bagaimanapun, sekiranya memilih untuk mendaftar haji menggunakan akaun KWSP, pendeposit perlu memastikan caruman akaun satu KWSP melebihi RM1,300.

Soalan 13:
Saya baru pulang dari menunaikan haji pada musim haji yang lalu. Adakah saya boleh mendaftar haji semula?

Jawapan:
Tidak. Anda hanya akan dibenarkan untuk mendaftar haji semula 5 tahun selepas dari tahun menunaikan hajinya yang terakhir.

Soalan 14:
Saya mempunyai ahli keluarga seramai 8 orang. Apakah yang perlu dilakukan jika saya ingin semua ahli keluarga saya dapat menunaikan haji bersama-sama?

Jawapan:
Anda boleh membuat Pendaftaran Haji Berkelompok. Jumlah ahli keluarga yang dibenarkan mendaftar sekali adalah 10 orang. Kesemua ahli keluarga yang ingin mendaftar bersama perlu hadir ke CawanganTH.

Soalan 15:
Bilakah saya perlu membuat paspot untuk pergi menunaikan haji?

Jawapan:
Bakal-bakal haji telah diminta menguruskan sendiri urusan membuat paspot masing – masing seperti yang dimaklumkan di dalam surat tawaran haji. CawanganTHakan menghubungi bakal-bakal haji untuk urusan serahan paspot apabila sampai masanya kelak.

Soalan 16:
Bilakah penerbangan haji tahun 2014 ini bermula?

Jawapan:
Jangkaan penerbangan haji pertama ke tanah suci bagi musim haji 1435H / 2014M ini adalah pada 27 Ogos 2014.