Web Content Display
Kaunter Mudah Alih
Tabung Haji telah melancarkan perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007 yang bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan Tabung Haji di lokasi tertentu seperti ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya. Konsep ini bertepatan dengan moto "Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mementingkan keperluan pendeposit.
Melalui perkhidmatan ini pelanggan dapat berurusan dengan Tabung Haji tanpa perlu datang ke kaunter Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.
Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Mobile Counter adalah merangkumi pembukaan akaun baru, tambahan simpanan, mendaftar haji dan mengemaskini akaun.