Web Content Display Web Content Display

Tawaran Perkhidmatan

Kaunter TH

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pendeposit yang berurusan di kaunter Tabung Haji (TH) adalah :

Pembukaan Ahli Baru

  • Simpanan permulaan RM2.00
  • Dokumen pengenalan diri yang sah
  • Akaun Dewasa
  • Berumur 12 tahun ke atas
  • Akaun Kanak-Kanak
    • Di bawah umur 12 tahun mengikut tarikh lahir
    • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
    • Penjaga adalah pendeposit TH
    • Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)

Penamaan

Pendeposit Tabung Haji perlu membuat penamaan untuk akaun mereka. Proses penamaan boleh dilakukan di kaunter-kaunter cawangan Tabung Haji yang berdekatan. Selain itu pendeposit juga boleh memuat turun borang penamaan di sini. 
 
Borang penama (sila klik disini untuk muat turun borang) yang telah dilengkapkan perlu dihantar terus ke kaunter cawangan Tabung Haji dengan membawa bersama: 
 
1. Kad Pengenalan Pendeposit Tabung Haji.
 
2. Maklumat penama:

    i)   Nama penama
    ii)  Nombor Kad pengenalan penama
    iii) Perhubungan

Nota: 
Penerima Namaan mestilah waris yang berhak menurut Hukum Syarak (Faraid).

Simpanan ( Tiada Had Simpanan)

  • Tunai dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Bukan Tunai - Cek, Bank Draft, Bankers' Check

Pengeluaran

  • Had maksimum tunai RM10,000 tunai sahaja
  • Had pengeluaran melebihi RM10,000 boleh dilakukan di TH Negeri dan Ibu Pejabat TH sahaja melalui cek/pindahan telegrafik

Pendaftaran Haji

Pendaftaran haji terbahagi kepada Pendaftaran Haji Di Dalam Negara dan Pendaftaran Haji Di Luar Negara.

Untuk mendaftar haji,

  • Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun, atau;
  • Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00 dan sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang terkini ke kaunter untuk mendaftar haji. Sila rujuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan soalan lazim yang disediakan oleh KWSP dan sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

Kaunter Mudah Alih

Selain itu juga, TH juga menawarkan perkhidmatan kaunter mudah alih (Mobile Counter). Perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007. Ianya bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan TH di lokasi tertentu seperti ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya.

Konsep ini bertepatan dengan moto "Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mementingkan keperluan pendeposit. Melalui perkhidmatan ini pelanggan dapat berurusan dengan TH tanpa perlu datang ke kaunter TH, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.