Web Content Display
Kelab TaHa
Latarbelakang Penubuhan
Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.
Objektif
- Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda
- Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya
- Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda
Keistimewaan
- Kad keahlian secara percuma
- Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia
- Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA
- Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.*
- Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma.*
- Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*
* Tertakluk kepada syarat dan terma.
Lihat senarai Rakan Kelab TaHa
Borang Pendaftaran
Syarat-syarat Menjadi Ahli :
- Individu beragama Islam
- Warganegara Malaysia.
- Permastautin tetap
- Berumur 7 hingga 17 tahun
- Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh membuka akaun TH serendah RM2
- Mendaftar sebagai Ahli Kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dengan cara-cara berikut :
- Laman Web Rasmi TH
- Semua pejabat TH
Aktiviti-aktiviti
Seminar Bimbingan Peperiksaan
- Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara percuma kepada ahli Kelab TaHa
- Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PMR, SPM)
- Dijalankan di seluruh negeri
Kem Bijak
- Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta, meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan diri
- Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan menjalankan aktiviti bersama-sama
English Camp
- Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar
Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa
- Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai penghargaan TH dan motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM
- Seramai 50 pelajar UPSR, 30 pelajar PMR dan 20 pelajar SPM terpilih untuk menerima anugerah ini

