Web Content Display Web Content Display

Pemeriksaan Kesihatan Di Tanah Air

Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji

Semua bakal haji adalah diwajibkan untuk melaui proses pemeriksaan kesihatan sebagaimana ketetapan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Melaluinya status kesihatan bakal haji dapat disaring, rawatan awal dapat diberikan dan rekod rawatan diperolehi dan dicatatkan di dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji. Ini akan memudahkan sekiranya bakal haji tersebut memerlukan rawatan ketika berada di Tanah Suci nanti.