Web Content Display

Maklumat

Soal Jawab Pendeposit - Pengeluaran Akaun TH

Soalan 1 :
Adakah pendeposit perlu memaklumkan kepada TH tujuan pengeluaran wang di lakukan?

Ya, sekiranya perlu. Walaubagaimanapun, pendeposit dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanannya bagi apa-apa tujuan sekali pun.

Soalan 2 :
Adakah terdapat had kekerapan pengeluaran wang di kaunter TH ?

Pengeluaran di kaunter TH dibenarkan tanpa had kekerapan.

Soalan 3 :
Adakah pendeposit yang telah mendaftar haji di benarkan untuk mengeluarkan wang simpanan TH ?

Pendeposit yang telah mendaftar haji dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam simpanan TH. Walau bagaimanapun, baki wang di dalam akaun TH mestilah tidak kurang dari RM1,300 dan baki simpanan boleh di keluarkan. Sekiranya pendeposit tersebut telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, sejumlah amaun di dalam akaun beliau akan dibekukan untuk tujuan bayaran haji.

Soalan 4 :
Adakah TH boleh mengeluarkan Bank Draf?

Ya. Walaubagaimanapun, hanya Ibu Pejabat TH sahaja boleh mengeluarkan bank draf. Tiada had amaun bagi pengeluaran bank draf.

Soalan 5 :
Berapakah jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan?

Bergantung kepada jumlah baki akaun TH, tiada had pengeluaran maksimum disyaratkan. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada lokasi pengeluaran wang di lakukan. Bagi Pengeluaran 100% baki Minimum RM5.00 perlu ditinggalkan di dalam akaun.

Soalan 6 :
Adakah Jemaah Haji yang baru pulang dari tanah suci boleh membuat pengeluaran di tanah air?

Ya. Jemaah Haji yang baru pulang ke tanah air boleh membuat pengeluaran wang seperti biasa.

Soalan 7 :
Bolehkah pendeposit mewakilkan ahli keluarga / individu lain untuk membuat pengeluaran wang dari akaun TH nya?

Tidak. Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengeluarkan wang dari akaun TH.

Soalan 8 :
Selain di cawangan TH, di manakah lokasi untuk mengeluarkan wang dari akaun TH?

Pendeposit boleh ke mana-mana ATM atau kaunter cawangan Bank Islam atau Bank Rakyat.

Soalan 9 :
Adakah TH menyediakan perkhidmatan pengeluaran wang melalui ATM?

Pengeluaran wang melalui ATM boleh dilakukan dengan syarat pendeposit perlu membuat pengaktifan kad (link card) ATM bank dengan akaun TH. Pengaktifan boleh dibuat di ATM atau kaunter bank berkenaan.