Web Content Display

Tawaran Perkhidmatan

Potongan Gaji

Skim Potongan Gaji Bulanan adalah merupakan kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji (TH) untuk pendeposit membuat simpanan bagi diri dan keluarganya secara bulanan melalui potongan gaji. Skim ini juga bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk dirinya dan anak-anak dari pelbagai peringkat umur termasuk yang baru lahir. Selain itu, potongan gaji juga boleh dibuat untuk suami atau isteri, ibu bapa, dan adik beradik.

 

Kelebihan Menyertai Skim Potongan Gaji

  • Simpanan boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke Pejabat TH.
  • Anak-anak boleh menjadi pendeposit TH sejak ianya dilahirkan dan mempunyai simpanan dari potongan gaji ibu bapanya.
  • Dapat menanam sikap berjimat cermat dan minat menabung dikalangan kanak-kanak dan merancang keperluan mereka dimasa hadapan.
  • Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardhu Haji, simpanan bulanan secara tetap akan membantu merealisasikan impian anda.
 

Terma Potongan Gaji

  • Setiap pemohon dan ahli keluarga hendaklah terlebih dahulu menjadi pendeposit TH untuk mendapatkan nombor akaun sebelum membuat simpanan melalui potongan gaji.
  • Potongan paling minima yang boleh dibuat ialah RM10.00.
 

Potongan Gaji Majikan

Individu boleh datang ke kaunter TH dengan mendapatkan :
 
  1. Borang (JP010)
  2. Borang (JP010-01)

Borang JP010, JP010-01 (salinan Tabung Haji) yang telah dilengkapi hendaklah dihantar terus ke TH. Manakala salinan Borang JP010 (salinan) dihantar kepada majikan masing-masing, dan Borang JP010-01 (salinan pendeposit) untuk disimpan oleh pendeposit.