Web Content Display

Senarai Jabatan & Fungsi

TH diterajui oleh lapan jabatan yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri yang disusun secara sistematik dan teratur bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan efisyen bagi setiap pihak samada pelanggan ataupun anggota.

  • Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif

    +

    Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat Kumpulan

    Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan dalaman dan luaran, menyalurkan maklumat serta pengurusan imej dan identiti TH ke arah kecemerlangan.

    Bahagian Perundangan

    Menyediakan khidmat nasihat korporat , gubalan, semakan dokumen perundangan, litigasi, penyiasatan, penyediaan dan pendakwaan kes-kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan peraturan-peraturan berkuatkuasa dan perkhidmatan korporat dan kesetiausahaan.

    Bahagian Pengurusan Audit Dalam

    Bertanggungjawab menjalankan aktiviti secara bebas, objektif dan memberi perundingan yang dirancang untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Bahagian ini turut membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan yang sistematik dan teratur untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan organisasi dalam mengurus risiko, kawalan dan keutuhan pengurusan.

    Bahagian Pengurusan Risiko

    Bertanggungjawab menerapkan budaya pengurusan risiko secara aktif dan konsisten di semua peringkat kumpulan TH. Memberikan khidmat nasihat yang bebas berdasarkan konsep pengurusan risiko demi menambahbaik keberkesanan operasi di kumpulan TH. Menguruskan risiko-risiko utama di TH berlandaskan Rangkakerja Pengurusan Risiko yang menyeluruh.

    Bahagian Integriti

    Bahagian Syariah

  • Jabatan Khidmat Pendeposit Dan Operasi

    +

    Jabatan ini adalah bertanggungjawab ke atas segala urusan simpanan dan pengeluaran wang pendeposit sama ada di pejabat-pejabat daerah, negeri dan ibu pejabat TH atau agensi-agensi yang dilantik oleh TH seperti Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan Pejabat-Pejabat Pos.

    Jabatan ini telah dan sedang berusaha untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi aktiviti pemasaran dan perkhidmatan bagi tujuan meningkatkan keyakinan pendeposit kepada TH.

    Bahagian Simpanan dan Pengeluaran

    Mengurus kawalan akaun dan rekod pendeposit secara professional dan amanah; memberi perkhidmatan yang memuaskan bagi mempertingkatkan keyakinan semua umat Islam untuk terus menabung di TH serta mewujudkan perkhidmatan sistem simpanan dan pengeluaran di Malaysia dan di Arab Saudi.

    Bahagian Operasi Pejabat Cawangan

    Bertanggungjawab mengurus pentadbiran pejabat-pejabat cawangan TH di peringkat negeri, daerah dan mini bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada pendeposit. Bertanggungjawab memastikan semua wang pendeposit yang diterima disalurkan ke akaun TH melalui bank-bank yang ditetapkan dalam sesingkat masa untuk memaksimumkan kegunaan dan pelaburan dana.

    Bahagian Khidmat Pelanggan

    Merancang dan menyelaraskan strategi serta aktiviti pemasaran untuk dilaksanakan di Pejabat TH cawangan bersesuaian dengan matlamat semasa pengurusan TH. Menguruskan soal selidik untuk mendapatkan perspektif pendeposit dan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh TH.

  • Jabatan Haji

    +

    Menyedia dan menyelaraskan semua perkhidmatan yang diperlukan bagi membolehkan umat Islam Malaysia menunaikan fardhu haji dengan sempurna, selamat dan dengan kos yang efektif agar mendapat haji yang mabrur.

    Bahagian Operasi Domestik

    Bertanggungjawab dalam urusan pengendalian jemaah haji yang meliputi pendaftaran haji, peruntukan pasport, alokasi penerbangan dan penyelarasan visa haji dan pengurusan Operasi Haji Tanah Air.

    Bahagian Pengurusan Haji

    Bertanggungjawab dalam menyediakan infrastruktur pengurusan dan operasi haji bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji dan mengawal serta menyelaras aktiviti kebajikan jemaah haji sesuai dengan kedudukan mereka sebagai Tetamu Allah.

    Bahagian Bimbingan

    Bertanggungjawab untuk menyediakan modul bimbingan haji bersepadu, menerbitkan bahan-bahan bimbingan haji bagi rujukan utama jemaah haji dan membangunkan pengkursus-pengkursus dan Guru Agama sebagai pembimbing jemaah haji yang berkesan.

    Bahagian Agensi Haji

    Mengawalselia Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 27-36, Akta TH 1995 serta menguatkuasakan sebarang pelanggaran terhadap seksyen tersebut serta meningkatkan tahap profesionalisma pengurusan haji PJH sebagai sebahagian daripada pengurusan haji Malaysia yang cemerlang.

    Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji

    Bertanggungjawab dalam menyedia, merancang dan mengawal aktiviti penyelidikan dan pembangunan haji (R&D) dari semasa ke semasa berdasarkan bajet yang disediakan. Menerajui Pasukan Penggerak Utama (PPU) dan urusetia Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Perkhidmatan Haji (SPK ISO PH) serta inisiatif-inisiatif penambahbaikan. Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajian haji di bawah program Akademi Haji.

    Pejabat Konsul Haji

    Bertanggungjawab dalam mewujudkan dan memelihara perhubungan baik antara TH dengan pihak berkuasa di Arab Saudi yang berkaitan dengan urusan haji, mengurus penyewaan bangunan untuk perumahan jemaah haji, mengurus pembelian bekalan yang ditentukan untuk Rombongan Haji dan jemaah haji Malaysia, dan memastikan jemaah umrah di bawah kelolaan anak syarikat TH mendapat perkhidmatan yang dijanjikan.

  • Jabatan Pelaburan

    +

    Jabatan ini bertanggungjawab untuk semua urusan pelaburan dalam sektor ekonomi yang diluluskan Syariah bertujuan memberi pulangan yang kompetitif. Tumpuan yang utama yang diberikan oleh jabatan ini adalah termasuk langkah-langkah mempelbagaikan dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti pelaburan bagi meningkatkan keuntungan dan berusaha ke arah pengemblengan dana ummah di samping meningkatkan usaha pengeluaran barangan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Penekanan akan terus dibuat kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju dan mempunyai pengurusan yang cekap.

    Jabatan ini sentiasa berusaha mengenalpasti sektor-sektor industri yang berpotensi tinggi yang berkembang agar dapat menjamin serta memastikan kejayaan pelaburannya.

  • Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan

    +

    Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan bertanggungjawab memperkukuhkan pelaburan saham TH melalui penilaian peluang pelaburan strategik dan hartanah yang komprehensif, sistem pemantauan yang cekap dan mantap, pemuliharaan dan penambahbaikan pelaburan TH serta kawalselia urustadbir korporat. Di samping itu, JPK juga memastikan pengstrukturan dan tindakan korporat (corporate exercise) setiap pelaburan saham dan hartanah memanfaatkan TH demi menjaga kepentingan TH melalui perancangan strategik organisasi.

    Objektif Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan (CFS) ialah memperkukuhkan pelaburan saham dan hartanah TH melalui penilaian peluang strategik yang komprehensif, sistem pemantauan cekap dan mantap, pemulihan dan penambahbaikan pelaburan TH serta kawalselia urustadbir korporat terbaik. Disamping itu, Jabatan CFS juga berperanan memastikan setiap pengstrukturan dan tindakan korporat atas pelaburan saham dan hartanah dimanfaatkan demi kepentingan TH.

  • Jabatan Sumber Manusia

    +

    Jabatan Sumber Manusia menjadi rakan kongsi strategik di dalam membangunkan secara total keupayaan, bagi menyokong segala keperluan dan objektif organisasi. Jabatan ini membangunkan pasukan kerja yang kompeten, berkeyakinan dan berkebolehan di dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan komuniti TH, di samping menggalakkan satu suasana budaya kerja yang berdaya saing. Mewujudkan dan mempromosikan satu persekitaran kerja yang sihat dan produktif, selaras dengan kehendak organisasi.

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perancangan dan perlantikan tenaga kerja secara cekap dan efektif bagi memastikan "tenaga kerja yang positif, berdaya saing serta mempunyai kepakaran dan kesungguhan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dalam masa yang diperuntukkan".

    Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti

    Bertanggungjawab untuk membentuk dan membangunkan keperluan latihan bagi mempertingkatkan lagi motivasi, kepakaran dan keupayaan tenaga kerja yang sedia ada. Bahagian ini merupakan agen perubahan untuk melaksanakan dan memastikan prinsip-prinsip TQM (Total Quality Management) yang berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti dijadikan sebagai satu budaya kerja kepada semua anggota TH.

    Bahagian Perhubungan Anggota & Industri

    Bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian perhubungan di kalangan anggota TH di samping memastikan peraturan dan undang-undang organisasi dipatuhi. Bahagian ini adalah bertanggungjawab bertindak sebagai pengantara di antara Pihak Pengurusan TH dengan para anggotanya.

    Secara keseluruhannya, rangkaian perkhidmatan ini diwujudkan bagi menyokong dan memastikan segala aspirasi dan objektif organisasi dapat didukung oleh semua lapisan tenaga kerja TH.

  • Jabatan Pengurusan Hartanah Dan Pentadbiran

    +

    Jabatan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran berusaha meningkatkan pendapatan TH melalui peningkatan kutipan sewa dan keberkesanan penyelanggaraan dan pengurusan hartanah TH seluruh negara secara profesional. Disamping itu, jabatan ini juga berusaha ke arah memantapkan sistem pentadbiran dan pengurusan perolehan TH dalam memastikan barangan dan perkhidmatan yang diperolehi adalah yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Jabatan ini juga turut berfungsi untuk memberikan khidmat sokongan dan perlindungan ke atas aktiviti-aktiviti TH dalam memastikan matlamat TH tercapai dengan jayanya.

    Bahagian Pentadbiran Dan Perolehan

    Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dari segi perhubungan serta menyalurkan maklumat pengurusan kepada semua jabatan di ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan. Mengendalikan urusan perolehan berpusat secara cekap, berkesan dan menguntungkan TH bagi mencapai matlamat sesuatu perolehan serta perkhidmatan yang berkualiti.

    Bahagian Pengurusan Hartanah

    Berusaha mendapatkan pelaburan yang halal dan berdaya maju didalam sektor Hartanah. Menyelaraskan perkhidmatan penyelenggaran dan sewaan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini supaya ruang sewaan dapat disewakan sepenuhnya bagi menghasilkan pulangan yang maksima kepada TH.

  • Jabatan Kewangan

    +

    Merancang, merumus dan menyediakan belanjawan bagi organisasi TH berdasarkan kepada keperluan jabatan-jabatan berkenaan bagi tujuan mencapai objektif organisasi dengan lebih berkesan. Disamping itu, jabatan ini memainkan peranan penting bagi mendapatkan pulangan yang maksimum dari pelaburan jangka pendek dan sewaan bangunan. Ia juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan TH selaras dengan kehendak piawaian dan kawalan kewangan yang mantap.

    Latarbelakang dan Fungsi Jabatan Kewangan

    Jabatan Kewangan adalah satu daripada lapan (8) Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (KPKK) dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (TKPKK) serta tiga (3) Ketua Bahagian di Bahagian berikut:

    · Bahagian Perkhidmatan Pelaburan

    · Bahagian Pengurus Strategik Kewangan Kumpulan

    · Bahagian Perkhidmatan

    Fungsi utama Jabatan Kewangan:

    1. Bertanggungjawab mentadbir dan mengawal Urusan Kewangan menurut Akta TH dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh TH.

    2. Mewujudkan polisi serta peraturan kewangan yang efektif dan efisyen untuk pelaksanaan sistem dan prosedur kerja yang menzahirkan hasil kerja berkualiti.

    3. Melaksanakan analisa kewangan untuk membantu dalam membuat keputusan kewangan yang berkesan.

    4. Memantau, menilai dan menambahbaik operasi kewangan bersesusaian dengan perancangan kewangan yang diluluskan.

  • Jabatan Teknologi Maklumat

    +

    · Bertanggungjawab memberi perkhidmatan ICT kepada organisasi berasaskan teknologi terkini, cekap dan efektif.

    · Membuat analisa dan kajian kemungkinan untuk meningkatkan kawalan prosesan dan pengurusan maklumat di semua peringkat.

    · Mewujudkan persekitaran ICT kepada semua peringkat pengurusan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti anggota.

    · Memperkembangkan dan meningkatkan penggunaan ICT secara bersepadu dan terkini setanding dengan agensi luar.

    Bahagian ECO (Enterprise Computer Operations)

    · Mengendalikan aktiviti pengoperasian Sistem Aplikasi, Pemerosesan Data dan Pengurusan Rekod Pendeposit/Maklumat-maklumat lain.

    · Mengendalikan aktiviti rangkaian komputer, automasi pejabat seperti emel/internet dan implementasi sistem di Ibu Pejabat dan Pejabat TH Cawangan termasuk di Tanah Suci.

    · Mengendali dan melaksanakan Pelan Pemulihan Bencana Perniagaan (Business Recovery Centre (BRC)).

    Bahagian SPG (Strategic Planning & Governance)

    Mengendalikan aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi.

    Terlibat dalam pelaksanaan Projek Sistem Aplikasi.

    Melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Sistem Aplikasi.