Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Pembayaran Zakat TH

TH telah membayar zakat ke atas wang simpanan bagi pihak pendeposit selari dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979 yang memutuskan hal berikut.

Akad zakat ini turut tertera pada helaian Terma dan Syarat akaun TH serta Slip Simpanan Wang yang menyatakan persetujuan pendeposit bahawa simpanan wang mereka akan diuruskan oleh TH seperti mana yang bersesuaian. Ini juga memberi maksud bahawa urusan pembayaran zakat TH bagi pihak pendeposit termasuklah di dalam perkara di atas.